Konvoi Pertama Honda Rs 150R: Pd - Melaka.
Tarikh: 9 Okt 2016
Hari: Ahad
Jumlah Jentera Rs: 32
#SALAMSATUHATI
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Konvoi Pd - Melaka adalah konvoi tak rasmi pertama yang diadakan oleh pemilik pemilik motorsikal RS. Penganjuran dan maklumat berkaitan konvoi ini pada mulanya dilakukan melalui info dalam group Fb "Honda Rs 150R Center (Semangat Impian) kerana ketika itu kewujudan group whatsApp masih tidak begitu banyak seperti sekarang, ramai pemilik Rs yang tidak mengenali antara satu sama lain. Malahan admin sendiri tidak mempunyai rakan yang dikenali ketika itu tapi semua pemilik Rs baik ramah dan hepy go lucky jer antara satu sama lain. Mungkin juga ada segelintir dikalangan mereka sudah mengenali sebelum memiliki RS.
Itinerary pada hari itu sangat sempoi.
9.00 pg: Berkumpul di Shell Tol Sg Besi
9.30: Tayar golek ke Pd
Kami mula berkumpul di bahagian belakang stesen Shell, admin antara yang terawal sampai dan sempat berkenalan dengan King dan Ijan di sini (Ijan membawa GoPro diatas kepalanya).
Tiada "kepala" yang lead konvoi ini tapi masing masing seperti sudah biasa dan serasi untuk ride bersama dalam satu kumpulan (ini adalah konvoi pertama admin sejak hampir 30 tahun). Kami bergerak dari Shell Sg Besi dalam satu kumpulan dan menunggang dalam kelajuan 100 - 120km shj (kami penunggang berdisplin dan berhemah huhuhu). Kami singgah di R&R Seremban kerana menunggu kedatangan beberapa biji lagi RS (termasuk Along) yang terlewat dari KL untuk bersama kami.
Setelah mereka sampai, kami meneruskan perjalanan ke PD. Admin sudah lupa siapa yang lead pada hari itu sebab admin dikelompok belakang sekali.
Di Shell sebelum Tol Seremban - PD kami berhenti sekali lagi untuk menanti rakan rakan dari N9 dan Melaka. Jumlah RS semakin meningkat dan kehadiran mereka menambahkan lagi semangat kepada kami yang baru kali pertama berkonvoi bersama Honda Rs 150R. (Seingat admin tiada yang meroket ketika berkonvoi hehehe). Kalau admin tak silap ada seorang mamat yang bernama Ariel bertindak secara sukarela untuk bertugas sebagai "marshall" dalam konvoi ini. Terima kasih kepada bro Ariel.
Sebaik tiba di PD rombongan RS kami terus menuju ke Dataran Teluk Kemang untuk berehat dan minum bersama di tepi pantai Pd. Memang hapening masa tu.. Aku masih ingat ada beberapa rakan yang mengambil inisiatif untuk menyusun RS di Dataran Teluk Kemang untuk sesi bergambar. Salah seorang darinya ialah Ady dari Rawang.
Selesai minum, berehat sambil bersuai kenal dan bergambar kenangan kami membuat keputusan bersama untuk bersolat dan kemudiannya mencari kedai untuk makan tengah hari.
Ketika menikmati makanan tengahari ada beberapa suara yang mencadangkan untuk menyambung perjalanan terus ke Pantai Klebang Melaka. Di sini sekali lagi kami membuat keputusan bersama iaitu siapa yang mahu meneruskan perjalan boleh teruskan dan yang mahu balik KL boleh balik, tiada paksaan atau perasaan tidak puas hati dikalangan kami (pada asal program konvoi hanya ke PD sahaja).
Ketika kami singgah mengisi minyak di Caltex PD tiba tiba muncul Saffin yang datang berseorangan dari KL. Bersemangat dan begitu heppy nampaknya.
Pada peringkat ini berakhirlah konvoi pertama RS yang disertai paling ramai pemilik RS. Satu group balik KL satu lagi meneruskan perjalanan ke Melaka.
Terima Kasih kepada yang turut serta:
Asri Ariel Along Shahrul Iskandar King Eijam Adi Abul Ijan Saffin Iwan Munawar Faisal Afif Afendy Abg Din Farid Panther Jerung dan lain lain yang admin tak ingat nama.
#Fb Honda RS 150R (Semangat Impian)
# Kelab Premier Honda Rs 150R (WhattsApp Group)
No comments:
Post a Comment