Monday, April 24, 2017

Konvoi Honda Kapchai ke Melaka

Konvoi Honda Rs 150R Asam Pedas Melaka

Tarikh: 21 Jan 2017 (sabtu)
Jumlah: 31 buah Rs
Penaja: Ee Tiong Motorsport (Impian Honda Shop)
Boon Siew Honda Kl.
Penganjur: Honda Rs150 R Premier Club.

7.00 pg: Peserta konvoi Honda Rs 150R yang julung kalinya diadakan telah mendapat tajaan penuh dari Ee Tiong Motor mula berkumpul di hadapan kedai Ee Tiong Impian Shop Jalan Pahang Setapak. Walaupun ketika itu hujan renyai renyai namun peserta tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Melaka yang telah kami rancang sebulan sebelumnya. Mr Jeffrey Gan Ee Tiong pemilik Ee Tiong Motor mengagihkan t shirt yang ditaja oleh BSH KL.
Jamuan sarapan pagi sebungkus bihun yang ditaja oleh salah seorang peserta juga turut diedarkan kepada peserta konvoi. Setelah urusan agihan baju dan mini sarapan selesai kami berkumpul utk mendengar taklimat terakhir dan bacaan doa dari saudara Afeek yg juga "imam" Premier Club dan koordinator konvoi.
Tepat jam 8.00pg Mr Jeffrey melepaskan Konvoi Honda Rs 150R Asam Pedas Melaka didalam keadaan hujan renyai.


Persinggahan pertama kami adalah di sebuah stesen minyak jalan Tun Razak untuk mengisi minyak penuh tangki setiap Honda Rs.
Perjalanan kami ke Melaka melalui laluan Tun Razak, Sg Besi dan terus memasuki Hiway KL- Seremban. Dengan kawalan 6 orang "marshall" yang di ketuai oleh bro Ariel perjalan konvoi kami berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama yang sangat baik daripada semua peserta konvoi. Perjalanan semasa di Hiway juga berjalan lancar kerana semua peserta sangat berdisplin dan mengikut arahan yang diberi oleh marshall. Kelajuan kami sepanjang perjalan diatas Hiway sekitar 100 - 120 km.
Kami tiba di Tol susur keluar Port Dickson pada pukul 9.00pg dan meneruskan perjalanan ke Pd.


Di Pd kami singgah untuk bersarapan nasi lemak di gerai kak yah di Medan selera Pd. Kami telah mengatur pejalanan konvoi 2 minggu lebih awal dan telah mengatur urusan sarapan dengan makcik Yah,apabila kami sampai hidangan untuk sarapan sudah siap sedia menanti kehadiran kami.
Setelah selesai sarapan kami sekali lagi singgah disebuah petrol pam di Pd untuk memenuhkan semula tangki Rs kami.

10.30 pg kami meneruskan semula perjalanan ke Melaka melalui Pasir Panjang, Kuala Linggi, Tjg Agas, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Di Tjg Bidara kami singgah sebentar untuk bergambar kenangan di situ. Selesai bergambar kami meneruskan lagi perjalanan Konvoi Ride Asam Pedas Melaka melalui Sg Udang, Tangga Batu sebelum sampai Klebang. Di Klebang kami singgah untuk menghilangkan dahaga dan menghilangkan rasa penat di "coconut shake " iaitu antara tempat persinggahan paling popular kepada pelancong yang berkunjung ke Melaka. Rasa dan harganya yang berpatutan menyebabkan coconut shake ini menjadi perhatian pengunjung dan sentiasa padat dengan pelanggan pada setiap hari cuti.

Setelah melepas dahaga di sini kami menuju ke Pantai Klebang untuk bergambar kenangan. Kami disini tidak lama kerana cuaca yang panas dan tiada tempat "melepak" yang sesuai disini.


Kami menuju kedestinasi utama konvoi iaitu menjamu selera Asam Pedas Melaka. Seperti yang kami lakukan di Pd, persiapan awal untuk makan asam pedas juga telah diatur lebih awal (diatur oleh pasukan recce) dengan penyelia restoran di Kota Laksamana. Kami mengambil masa lebih kurang 1jam berada di sini untuk menikmati makanan popupar di negeri Melaka.
Selesai selesai menjamu selera  bermenukan Asam Pedas kami bergerak lagi, kali ini menuju ke Hard Rock Cafe Melaka untuk bergambar sekali lagi. Keadaan dikawasan ini agak sesak dengan pelanggan dan pelancong yang lalu lalang dan singgah utk bergambar dan kawasan nya agak sempit dan terhad . Banyak group motor singgah di sini untuk bergambar. (Tidak sesuai untuk berada lama di sini, beri peluang kpd group lain untuk bergambar).

Selesai mengambil gambar kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Negeri Masjid Al Azim. Selepas selesai menunaikan Solat kami bergerak keluar dari Masjid Al Azim menghala ke Air Keroh untuk pulang ke KL melalui Hiway Plus. Sebelum memasuki Hiway kami sempat singgah sebentar dikawasan penjualan barang barang keluaran penduduk tempatan yg popular seperti gula melaka, cincalok dan kueh kueh tradisional.
Untuk kali ketiganya sebelum bersurai (bebas dari kawalan marshall) kami singgah di stesen minyak hentian Air Keroh untuk mengisi full tank setiap Rs yang menyertai  Konvoi Ride Asam Pedas tajaan Ee Tiong Motorsport.
5.00ptg: Kami berpisah, ada yg balik kpg di Johor ada yg singgah di Seremban dan ada yang meroket hahaha.


Ribuan terima kasih Mr Jeffrey Gan dan Bsh KL yang sudi menaja Konvoi Ride Asam Pedas yang berjaya mengumpul pemilik pemilik Rs yang sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain. Konvoi ini juga berjaya merapat dan mengeratkan hubungan antara kami pemilik Honda Rs150R khasnya kepada pembeli dan pelanggan yang datang Service Honda Rs150R mereka di kedai Ee Tiong Honda Impian Shop Jln Pahang.

Syukur Alhamdulillah Konvoi Ride Asam Pedas Melaka berjalan lancar.

#Fb Honda Rs150R Center (Semangat Impian)
#Honda Rs150R Premier Club (WhattsApp Group)

No comments:

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...