Saturday, May 5, 2018

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia


Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer"

*1609 Kilometer
*20 jam 40 minit
* Modenas RS200
Kuala Lumpur - Dang Bay Johor - Bukit Kayu Hitam - Kuala Lumpur.
26 - 27 Apr 2018



Alhamdulillah telah berjaya melakukan tunggangan sejauh lebih dari 1600km dalam masa 20 jam dengan selamat dan mengikut syarat seperti yang ditetapkan oleh "Iron Butt Association USA".

Bermula dari Setapak Jaya seawal 5.00 pagi aku bergerak menuju ke Johor Bharu melalui lebuh raya Utara - Selatan. Sepanjang perjalanan lebih 300 km hingga ke Danga Bay aku berhadapan dengan beberapa kali cuaca berhujan dan cuaca yang sejuk. Sebelum sampai di Danga Bay pada 9.30 pagi aku singgah di R&R Machap untuk mengisi petrol dan di R&R Pandan untuk sarapan pagi.
Dari Danga Bay sambung semula perjalanan juga melalui lebuh raya Utara - Selatan untuk menuju ke Bukit Kayu Hitam,Kedah yang jaraknya lebih kurang 800 kilometer. Aku singgah di beberapa tempat seperti di Pagoh, R&R Rawang dan R&R Bukit Gantang untuk mengisi petrol, mengalas perut dan berehat seketika sebelum sampai di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 6.03 petang mengikut jam yang terdapat pada motorsikal Modenas Rs200 yang aku tunggang untuk ride Iron Butt hari ini.


Untuk ride Iron Butt ini, aku tidak banyak singgah dan mengambil gambar kerana tujuan ride ini hanya untuk menamatkan perjalanan sejauh sekurang kurangnya 1600 kilometer dalam masa 24 jam.

Dari Bukit Kayu Hitam aku sambung semula perjalanan untuk balik semula ke Kuala Lumpur dan menamatkan ride Iron Butt yang jarang dilakukan dan kurang popular di Malaysia. Aku sampai dan singgah di Simpang Taiping untuk mengisi petrol dan "makan malam" di sebuah petrol pam.


Untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur sejauh 250 kilometer dari Simpang Taiping aku hanya menunggang pada kelajuan sekitar 120 kmj sahaja.
 Aku singgah di petrol pam R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut dengan sebiji roti dan air mineral. Aku menyambung semula perjalanan dengan perasaan lega dan gembira kerana hasrat untuk menunggang sejauh 1600 kilometer hampir menjadi kenyataan dengan menunggang motosikal yang diedarkan oleh Modenas.


Aku sampai ke rumah pada jam 1.17 pagi, 27 April 2018 dengan disambut oleh isteri aku sebagai saksi aku memulakan dan menamatkan perjalanan "Iron Butt " selain resit isi petrol dan gambar di lokasi, saksi permulaan dan penamat amat penting untuk mendapatkan sijil, pihak Iron Butt USA akan menghubungi saksi untuk pengesahan.

Syukur Alhamdulillah perjalanan pada keseluruhannya berjalan lancar dan selamat tanpa menghadapi masaalah besar. Terima kasih kepada En. Safrin dari Modenas yang mencetuskan idea tentang ride Iron Butt ini dan kepada semua yang membantu dan memberi sokongan.

*Oleh kerana kurang arif untuk mendapatkan sijil dari Iron Butt USA, aku hanya memohon pengiktirafan dan pengesahan ride solo 1600 kilometer ini dari sebuah Akademi Keselematan (BHM) yang turut mengeliarkan sijil ala ala Iron Butt USA untuk penunggang tempatan yang telah bejaya melakukan tunggangan sejauh 1600 kilometer dalam masa 24 secara solo atau berkonvoi. Sijil keluaran BHM ini dikenali sebagai Sijil VX1000miles Trooper.



#Modenas
#ShadMalaysia
#NorPuteh

No comments:

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...