Pasangan Pengantin Baru ‘Berbulan Madu"’ di Kota London bersama Honda Rs 150R
8 April 2017
Mohd Alfifshahrin Zakaria, 31 dari Kelang Selangor D.Ebakal memulakan siri jelajah ke Kota London menggunakan motorsikal jenis ‘kapcai’ Honda Rs 150R dengan ditemani isterinya, Diana Latief, 30.
Alfi berkata,
“Cabaran utamanya nanti adalah jangkakan akan berdepan faktor ketidaktentuan cuaca kerana peralatan yang dibawa agak terhad dan kebimbangan utama tentunya keadaan penyelenggaraan dan keselamatan motorsikal itu.
“Namun cabaran tetap diteruskan berpandukan persediaan mental dan fizikal selain harapan tinggi kami supaya keadaan motorsikal baik dan tidak rosak sepanjang pengembaraan ini,” katanya.
Pengembaraan ini merupakan program sulung yang direncanakan merentasi 25 negara Eropah antaranya Austria, Belgium, Perancis, England, Hungary dan berakhir di Kota London selama 4 bulan (120 hari) yang dijangka tamat sebelum September depan.
Difahamkan, pemilihan motor kapcai jenis Honda RS 150R dipilih bagi menguji ketahanan mental fizikal demi kepuasa maksima.
Alfi juga berkata, ini bukan pertama kalinya pengembaraan rentas sempadan negara menggunakan motorsikal dilakukannya.
Sebelum ini, beliau pernah merentasi sempadan negara China, Vietnam, Kemboja, Thailand, Laos, Myanmar dan Singapura selama 21 hari.
Sementara itu, bagi isterinya, Diana Latief menganggap pengembaraan bersama suami lebih kepada ‘percutian bulan madu’ mereka yang baru sahaja diijabkabulkan bersama, minggu lalu.
“Ini akan menjadi pengalaman pertama saya dan suami mengembara bersama menggunakan motorsikal merentasi sempadan negara.
“Walaupun kali pertama saya turut serta dengan aktiviti bermotosikal, tetapi kami mempunyai minat yang sama dalam aktiviti mencabar seperti ini kata Diana.
Program ini turut mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri melalui Exco Belia, Sukan, Pembangunan Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari yang turut hadir merasmikan majlis pelepasan, di sini.
#Fb Honda Rs Center (Semangat Impian)
No comments:
Post a Comment