Sunday, April 2, 2017
Sehari Ronda Ronda Negeri Sembilan.
ASSALAMUALAIKUM..
Sehari Ronda Ronda Negeri Sembilan.
#Petrol Rm20.60
#Makan&Minum Rm 32.00
#Jarak 398 Km
Pada mulanya aku hanya bercadang untuk bersarapan di sekitar Seremban hari ini. Keluar dari rumah lebih kurang 7.30 pagi dan sampai di Seremban sekitar jam 9.00. Sebaik sahaja sampai aku terus menghubungi rakan segroup dlm wattaps untuk meminta pendapat tempat sarapan yang menarik dan beliau mencadangkan kepada aku supaya mencuba mee kari udang di sebuah kafe di Paroi.
Setelah mendapat info tersebut aku terus menuju ke kafe tersebut yang terletak di jalan pintas yang menghubungkan Paroi dan Senawang. Lokasi kafe ditepi jalan dan nampak bersih dan cantik memudahkan aku utk menjumpai kafe tersebut. Aku memesan semangkok mee kari udang secawan teh float dan air suam dengan harga Rm10.70. Mee karinya ok ok jer aku bagi 3 bintang.
Setelah selesai bersarapan aku meneruskan perjalanan menuju K. Pilah. Perjalanan mengambil masa 45 minit kerana aku singgah sebentar di Istana Lama Seri Menanti (Istana msh dlm baik pulih tidak dibenarkan melawat) Untuk sampai ke Pilah aku melalui jln baru Bkt Putus, Air Terjun Ulu Bendul dan pekan Kecil Terachi. Di laluan ini terdapat juga kawasan sawah bendang.
Singgah sebentar di Kuala Pilah untuk mengisi petrol minum dan melihat hp kot kot ada panggilan atau msj penting.
Seterusnya bergerak kearah selatan untuk menuju ke Tampin. Ketika sampai di Senaling aku belok ke kiri melalui beberapa buah kampong kampong yang tembus kejalan besar yang beradapan Sek Keb Jelai. Aku belok kekanan untuk menuju ke Tampin. Dalam perjalanan ke Tampin aku melalui kawasan ladang kelapa sawit dan pekan kecil seperti Johol dan Dangi. Perjalanan ini mengambil masa hampir satu untuk sampai ke Tampin dari K. Pilah.
Sampai di Tampin lebih kurang pukul 12 tengah hari dan aku singgah di sebuah gerai berhampiran pasar Tampin untuk menikmati makan tengahari. Seperti biasa apabila sampai di N9 menu utama adalah gulai lomak cili api. Di sini aku memilih ikan keli dan tolo itek masak lomak. Berbaloi dgn harga Rm 7.50 termasuk air suam.
Setelah berehat seketika aku meneruskan perjalanan menuju Rembau.
Sampai Rombau lebih kurang 1.30 ptg pusing pusing sekejap sebelum singgah minum cendol madu Rembau. Selepas menikmati cendol madu dan berehat sekejap aku meneruskan perjalanan menuju Seremban. Perjalanan kali ini tidak ke Pd kerana rasa sudah selalu sangat ke Pd. Beberapa pekan dilalui untuk sampai ke Seremban dari Rembau antaranya Pedas Linggi dan Rantau. Untuk laluan dari Rantau ke Somban pengguna pengguna jalan raya perlu lebih berhati hati kerana dikawasan ini terdapat banyak kumpulan lembu lembu berkeliaran di tepi jalan untuk meragut rumput.
Sampai di Seremban aku refill petrol di Petronas Seremban berhadapan Terminal bas Seremban. Dari Seremban aku meneruskan perjalanan melalui jalan lama kerana aku ingin pergi kesatu tempat yang biasa aku dengar nama nya tapi tak pernah sampai iaitu Labu. Mengambil masa lebih kurang 40 mnt utk sampai ke Labu terperanjat juga kerana hanya ada beberapa unit kedai sederet sahaja di Labu tidak seperti yg aku sangkakan. Singgah sebentar di masjid Kariah Pekan Labu Bt 10. Terdapat sebuah Balai Polis dan stesen Komuter di sini.
Aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kl melalui pekan lama Nilai. Dalam perjalanan dari Nilai aku melencong bercadang utk ke kaki Bkt Broga. Malangnya 1 km laluan masuk ke Bkt Broga adalah jalan batu krikil akan membatalkan hasrat utk kesana kerana risau dengan keadaan permukaan jalan tersebut yang agak merbahaya kepada penunggang solo.
Aku terus patah balik untuk menuju ke Kajang kerana pada ketika itu perut sudah mula rasa kosong dan aku bercadang untuk menikmati Satey Kajang petang itu.
Setelah menjamah 10 cucuk satey Kajang aku meneruskan semula perjalanan untuk pulang kerumah dan menamatkan perjalanan hari ini..
Tiba di rumah pada pukul 6.45 petang.
# 22 Mac 2017
# Fb Honda Rs 150 Yamaha Y 15 Suzuki Belang 150 Benelli RFS 150
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perjalanan
"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia
Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...
-
EKZOS AHM Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak seki...
No comments:
Post a Comment