Sunday, April 30, 2017

Konvoi Pertama Honda Rs 150R

Konvoi Pertama Honda Rs 150R:  Pd - Melaka.

Tarikh: 9 Okt 2016
Hari: Ahad
Jumlah Jentera Rs: 32

#SALAMSATUHATI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Konvoi Pd - Melaka adalah konvoi tak rasmi pertama yang diadakan oleh pemilik pemilik motorsikal RS. Penganjuran dan maklumat berkaitan konvoi ini pada mulanya dilakukan melalui info dalam group Fb "Honda Rs 150R Center (Semangat Impian) kerana ketika itu kewujudan group whatsApp masih tidak begitu banyak seperti sekarang, ramai pemilik Rs yang tidak mengenali antara satu sama lain. Malahan admin sendiri tidak mempunyai rakan yang dikenali ketika itu tapi semua pemilik Rs baik ramah dan hepy go lucky jer antara satu sama lain. Mungkin juga ada segelintir dikalangan mereka sudah mengenali sebelum memiliki RS.


Itinerary pada hari itu sangat sempoi.
9.00 pg: Berkumpul di Shell Tol Sg Besi
9.30: Tayar golek ke Pd

Kami mula berkumpul di bahagian  belakang stesen Shell, admin antara yang terawal sampai dan sempat berkenalan dengan King dan Ijan di sini (Ijan membawa GoPro diatas kepalanya).
Tiada "kepala" yang lead konvoi ini tapi masing masing seperti sudah biasa dan serasi untuk ride bersama dalam satu kumpulan (ini adalah konvoi pertama admin sejak hampir 30 tahun). Kami bergerak dari Shell Sg Besi dalam satu kumpulan dan menunggang dalam kelajuan 100 - 120km shj (kami penunggang berdisplin dan berhemah huhuhu). Kami singgah di R&R Seremban kerana menunggu kedatangan beberapa biji lagi RS (termasuk Along) yang terlewat dari KL untuk bersama kami.
Setelah mereka sampai, kami meneruskan perjalanan ke PD. Admin sudah lupa siapa yang lead pada hari itu sebab admin dikelompok belakang sekali.
Di Shell sebelum Tol Seremban - PD kami berhenti sekali lagi untuk  menanti rakan rakan dari N9 dan Melaka. Jumlah RS semakin meningkat dan kehadiran mereka menambahkan lagi semangat kepada kami yang baru kali pertama berkonvoi bersama Honda Rs 150R. (Seingat admin tiada yang meroket ketika berkonvoi hehehe). Kalau admin tak silap ada seorang mamat yang bernama Ariel bertindak secara sukarela untuk bertugas sebagai "marshall" dalam konvoi ini. Terima kasih kepada bro Ariel.


Sebaik tiba di PD rombongan RS kami terus menuju ke Dataran Teluk Kemang untuk berehat dan minum bersama di tepi pantai Pd. Memang hapening masa tu.. Aku masih ingat ada beberapa rakan yang mengambil inisiatif untuk menyusun RS di Dataran Teluk Kemang untuk sesi bergambar. Salah seorang darinya ialah Ady dari Rawang.

Selesai minum, berehat sambil bersuai kenal dan bergambar kenangan kami membuat keputusan bersama untuk bersolat dan kemudiannya mencari kedai untuk makan tengah hari.
Ketika menikmati makanan tengahari ada beberapa suara yang mencadangkan untuk menyambung perjalanan terus ke Pantai Klebang Melaka. Di sini sekali lagi kami membuat keputusan bersama iaitu siapa yang mahu meneruskan perjalan boleh teruskan dan yang mahu balik KL boleh balik, tiada paksaan atau perasaan tidak puas hati dikalangan kami (pada asal program konvoi hanya ke PD sahaja).

Ketika kami singgah mengisi minyak di Caltex PD tiba tiba muncul Saffin yang datang berseorangan dari KL. Bersemangat dan begitu heppy nampaknya.

Pada peringkat ini berakhirlah konvoi pertama RS yang disertai paling ramai pemilik RS. Satu group balik KL satu lagi meneruskan perjalanan ke Melaka.


Terima Kasih kepada yang turut serta:

Asri Ariel Along Shahrul Iskandar King Eijam Adi Abul Ijan Saffin Iwan Munawar⁩ Faisal⁩ Afif⁩ Afendy⁩ Abg Din Farid Panther Jerung dan lain lain yang admin tak ingat nama.

#Fb Honda RS 150R (Semangat Impian)
# Kelab Premier Honda Rs 150R (WhattsApp Group)

Saturday, April 29, 2017

Ride Solo Keliling Negeri Selangor.

Tempoh: 2 hari 1 malam.
Jarak: 733.9 Kilometer.
Tarikh: 26&27 April 2017.

Fakta Negeri Selangor.

*Menteri Besar: Yab Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali (PKR).

*Yb Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

*Ibu Negeri: Shah Alam.
*Jumlah penduduk: 7 Juta Orang.
*Keluasan: 7,956 km/p.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sebelum memulakan perjalanan "Le tour de Selangor" aku singgah besarapan bersama otai Masjid  Al Khairiah Au3 di gerai minum Dollah Cafe atau lebih di kenali sebagai mini Parlimen dikalangan kami. (Yab Ds Mb dan Yb Shaari Sungib pernah beberapa kali singgah bersarapan bersama disini). Selesai sarapan dan berborak aku memulakan perjalanan menuju Zoo Negara sebagai tempat permulaan dan penamat untuk  jelajah kali kedua selepas Jelajah 1Perak.

"Zoo Negara seluas 110 ekar terletak di Ulu Kelang Gombak diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman.  Zoo Negara kini dihuni kira-kira 5000 haiwan terdiri daripada lebih dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan".

Selepas singgah di Zoo Negara aku menuju ke UIAM Gombak.

"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Gombak Selangor adalah sebuah universiti yang popular dikalangan Negara2  Islam. Sebahagian besar daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam lain.
UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya ialah Allahyarham Tun Hussein Onn.
Kampus induk UIAM adalah seluas 700 ekar.

Dari UIAM aku bergerak menuju Kuala Kubu Baru KKB) untuk ke Empangan Sungai Selangor yang terletak di antara KKB dan Fraser Hill. Untuk sampai kesana aku melalui Bt Cave,  Empangan Batu, Ulu Yam dan Batang Kali. Dari Batang Kali aku menggunakan jalan dalam melalui jalan Rasa - Ampang Pecah sebelum sampai KKB. Di KKB aku singgah dan pusing2 di pekan KKB "seround" sebelum menuju ke Empangan Sg Selangor.

Perjalanan dari KKB ke Empangan ini hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit. Rasa tenang bila berada di kawasan ini, tidak banyak kenderaan lalu lalang dan cuaca nya pula terasa dingin dan nyaman kerana kawasan ini dikelilingi oleh hutan tebal dan takungan air yang banyak.

Empangan Sungai Selangor  telah mula beroperasi sejak dari tahun 2003 dan mampu menampung kapasiti air sebanyak 235 juta meter padu pada satu satu masa.
Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air (LPA) iaitu LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3). Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60 peratus bekalan air di sekitar Lembah Klang."


Setelah bergambar dan berehat aku meneruskan perjalanan menuju ke Hulu Bernam yang bersempadan dengan Tanjong Malim Perak. Di Hulu Bernam aku singgah mengisi minyak  dan berehat sebentar sambil makan sebiji roti (gardenia 85sen) yang sentiasa aku bawa dan simpan dalam "box Shad" setiap kali ride jauh.
Laluan yang akan aku lalui ini adalah jalan yang  paling sunyi dan akan melalui ladang ladang kelapa sawit dan dan beberapa perkampungan. Aku hanya mengetahui tentang jalan ini melalui cerita dari kengkawan sahaja. Tokey petrol pam tempat aku isi petrol juga ada memberi sedikit info tentang laluan yang sepanjang 80 km ini. Aku mula bergerak menuju Sabak Bernam lebih kurang pukul 11.45 pagi. Laluan sepanjang lebih kurang 80km ini boleh dibahagi kepada beberapa kategori seperti lurus, bengkang bengkok, rata dan kurang elok. ( Laluan gred C)😐😐.
Hampir 3/4 di kiri dan kanan laluan ini ditanam dengan pokok kelapa sawit menjadikan perjalanan dilaluan ini tidak begitu panas. Dipetengahan perjalanan aku bertemu dengan pekan kecil Felda Serigala yang hanya ada beberapa unit kedai papan yang sudah usang, balai polis, Masjid dan pejabat pos. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Sabak Bernam aku melalui beberapa buah kampong dan Felda seperti kampong Serigala dan kampong Gesir Tengah dan Felda Gedangsa dan Ladang Sime Darby.
Dilaluan ini ada persimpangan untuk sampai ke Felda Suharto. Tidak berapa jauh selepas penempatan Rancangan Tanah Belia Dua terdapat sebuah MRSM. Aku singgah untuk "lunch" di Kampong Sg Panjang lebih kurang 15 km dari Sabak Bernam. Nasib aku baik kerana di gerai makan ini ada menyediakan ikan semilang (ikan febret aku) masak lomak dan goreng biasa. Aku sambar tiga ekor😆😆. (Cost lunch cuma Rm 10 shj termasuk teh 0 kurang manis)
Pada keseluruhannya aku mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke Sabak Bernam.
Laluan Hulu Bernam - Sabak Bernam ini tidak sesuai untuk penunggang bersendirian atau menunggang diwaktu malam kerana  permukaan jalan yang tidak rata, sunyi dan gelap.

Aku tidak singgal lama di Sabak Bernam, hanya mengambil beberapa keping gambar di Dataran Sabak Bernam dan meneruskan perjalanan untuk ke Air Tawar. Jalan menuju ke Air Tawar sejauh 28 km agak baik dan memuaskan jika dibanding dengan laluan H. Bernam dan S. Bernam( laluan gred B). Hujan renyai renyai mula turun disini tapi aku tetap meneruskan perjalanan kerana hujan bukan alasan untuk berehat bagi seorang pengembara bermotosikal! Sampai di simpang Empat Bagan Nakhoda Omar aku singgah di Masjid Ubudiah BNO. Hujan bertambah lebat dan kerana tidak mahu membuang masa aku terus memakai baju hujan untuk ke Air Tawar yang jaraknya hanya 8 km. Air Tawar terletak di hujung sebelah utara Selangor dekat sempadan Perak. Terdapat sebuah jeti pendaratan nelayan tepi pantai disini. Dari Air Tawar aku patah balik untuk meneruskan perjalan ke Sungai Lang. Di Sg Lang terdapat Pusat Latihan dan Dawah Negeri Selangor, Politeknik Sultan Idris Shah dan Sekolah Berasrama penuh Intigrasi. Ketika ini jam sudah menunjukan pukul 4 ptg dan hujan masih tidak berhenti. Aku berpatah balik untuk meneruskan perjalanan kearah selatan melalui Sg Besar dan singgah di sini untuk mengisi minyak. Dari Sg Besar aku melalui jalan lama untuk ke Sekinchan, laluan di sini ok tapi sempit dan sunyi melalui ladang kelapa sawit. Sampai di kampong Sg Nipah laluan nya semakin sempit dan kurang elok,kerana tidak yakin dengan laluan tersebut aku masuk semula kejalan besar yang jaraknya hampir 400 meter dari situ. Di laluan ke Sekinchan terdapat kawasan tanaman padi yang luas,kebiasan nya aku singgah disini untuk menikmati jagong rebus panas setiap kali melalui jalan ini tapi kerana hujan masih belum reda aku tidak berhenti kali ini. Aku singgah sebentar di pantai Sekinchan. Di situ juga terdapat jeti nelayan bot besar dan sebuah Resort yang sudah tidak beroperasi. Seram juga ketika melalui jalan masuk ke pantai ini kerana air dari jeti nelayan sudah melimpah hingga keatas jalan raya. Aku keluar dari situ dan meneruskan perjalan ke Kuala Selangor melalui Tanjong Karang. Kerana masih hujan aku meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor tanpa singgah disini. Sebaik sampai K. Selangor hujan sudah berhenti dan aku terus menuju ke Bukit Malawati sebuah bukit yang menjadi tumpuan pelancong di K. Selangor. Dari puncaknya kita dapat melihat keindahan panorama di sekitar Kuala Selangor dan kawasan berhampirannya. Di sini juga banyak monyet monyet yang berkeliaran mengharapkan makanan dari pengunjung tempatan dan pelancung dari luar. Ketika menurun bukit pula ada sekumpulan puluhan lotong besar yang jinak menanti huluran makanan dari pengunjung.

"Bukit Malawati adalah pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Sultan Ibrahim (1782-1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda.Kota Malawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977.
Di Kompleks ini masih terdapat berbagai tinggalah Sejarah diantaranya ialah Makam DiRaja Selangor, Tembok Kota, Meriam lama,Tapak istana dan sebuah rumah Api.
Rumah Api ini dibina pada 1907 dan mula digunakan secara rasmi pada tahun 1910.
Bukit Malawati juga merupakan salah satu lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal pada setiap tahun.

Aku turun dari bukit dan merayap seketika disekitar pekan Kuala Selengor sebelum singgah di sebuah restoran mamak pekena nescafe 0 panas kurang manis.


Dari K. Selangor aku bergerak ke Pantai Jeram dan Pantai Remis dan bercadang untuk bermalam di sini tapi nasib kurang baik kerana  tiada hotel atau resort bajet disini. Kerana hari sudah mula gelap aku singgah untuk makan malam di sebuah kedai tom yam ditepi jalan besar. Oder nasi puteh daging masak merah, teloq dadar kosong dan semangkok sup, airnya air suam sahaja. Selesai makan dan berehat aku terus menghala ke Kapar untuk mencari hotel. Di Kapar full house so aku terus hala ke Kelang dan nasib baik ada sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran jalan besar Kelang - Meru yang sesuai utk aku bermalam disini.(yang penting dapat berehat dan tido dgn selesa). Aku melelapkan mata sekitar 1100 mlm.

7.00 pagi: Di hari kedua  selepas berkemas aku mula bersiap untuk perjalanan seterusnya. Laluan dihari kedua ini agak sukar sedikit kerana terpaksa menunggang bersaing bersama dengan kenderaan orang ramai yang mahu kepejabat untuk bekerja. Laluan dari Meru ke Tanjung Harapan Kelang agak teruk keadaanya kerana permukaan jalan yang tidak rata dan sudah lama tidak berturap. Tiba di Tanjung Harapan aku singgah sekejap untuk merakam beberapa keping gambar di tepi laut. Kemudian aku ke Medan Selera berhampiran untuk bersarapan pagi.
Selesai sarapan aku meneruskan perjalanan ke West Port satu tempat yang biasa aku dengar tapi tak pernah pergi kesana. Untuk sampai ke West Port aku bertembung dengan banyak lori lori besar yang keluar masuk dari West Port dan keadaan jalannya sangat teruk(laluan gred D). Di sini tiada apa apa yang menarik dapat aku lihat kecuali kenderaan kenderaan berat yang keluar masuk West Port. Setelah mengisi minyak aku meneruskan perjalanan menuju ke Banting yang jaraknya lebih kurang 45 km. Aku merayau rayau sekejap di Pekan Banting sebelum meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan ke Pantai Klanang aku ternampak satu signboard "Istana Bandar" dan secara spontan aku terasa ingin melihat bagaimanakah bentuk dan keadaannya Istana Bandat. Selepas bertanya kepada seoaran dua penduduk akhirnya aku sampai ke Istana Bandar, sebuah Istana lama yang tidak digunakan lagi tapi ada penjaganya kerana Istana Bandar telah dijadikan tempat kunjungan pelancung.

Istana Sultan Alaedin atau lebih dikenali sebagai Istana Bandar dibina pada tahun 1899 didirikan berdekatan dengan Masjid Bandar, kedudukannya kira-kira lima belas kilometer dari pekan Banting.

Selepas melihat Istana Bandar aku terus bergerak ke Pantai Kelanang yang hanya 15 minit perjalanan dari Istana Bandar. Di pantai Kelanang aku dapat melihat beberapa oran penduduk tempatan sedang menjalankan aktiviti mencari "mentarang" iaitu sejenis kerang. Mungkin kerana hari ini hari bekerja maka hanya ada beberapa orang pengunjung sahaja berada di sini (mat motor). Dalam perjalanan keluar dari Pantai Kelanang aku singgah sebentar di sebuah gerai untuk minum secawan Nes 0 kurang manis dan makan sebiji kueh keria (murah rm 1.60 shj). Digerai ini terdapat sebuah music box siap sekali dgn screen karaoke (canggih) membuatkan aku teringat kembali ketika zaman remaja dimana ketika itu music box ini ada di kebayakan kedai makan&minim di Pekan Batu Gajah. Selepas membuat bayaran aku meneruskan perjalanan ke Pantai Morib. Sama seperti keadaan dikebanyakan pantai lain semasa "weekday" disini juga tidak ramai pengunjung. Aku meneruskan perjalanan untuk persinggahan seterusnya iaitu Pantai Bagan Lalang di Sepang. Dalam perjalanan melalui pesisir pantai ini aku dapat melihat beberapa tempat pendaratan nelayan kecil seperti di Batu Laut dan Tanjung Sepat. Aku tiba di Pantai Bagan Lalang lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Di pantai ini terdapat sebuah hotel 5 bintang dan beberapa buah hotel dan Resort mampu sewa (mudah mencari tempat untuk bermalam disini). Di sini aku singgah berehat untuk minum sahaja kerana aku memang kurang mengambil makanan setiap kali keluar ride jauh2. Yang penting banyak minum air mineral yang sentiasa ada didalam bakul kapcai aku dan bawa kemana sahaja aku ride.

Perjalanan seterusnya aku mensasarkan untuk sampai ke Bangi dan Kajang. Perjalanan dari Bagan Lalang ke Kajang melalui bandar Sepang, Salak dan kampong Jenderam. Pada kesluruhanya laluan di sini bolehlah dikatakan cantik dan lawo (laluan gred B-). Perjalanan untuk sampai ke pekan Bangi Lama mengambil masa hampir satu jam setengah kerana aku berhenti 2 3 kali sepanjang jalan ini termasuk mengisi minyak di Sepang dan makan buah "Dragon Fruit" juga di Sepang. Inilah pertama kali aku sampai ke pekan Bangi Lama itu pun kerana tidak sengaja. Aku cuma ikut "arrow" arah ke Bangi tapi apabila sampai ianya adalah sebuah pekan kecil bangunan kedai sederet dan di penghujungnya terdapat sebuah stesen Komuter dimana ianya adalah penghujung jalan (jalan mati). Aku berpatah balik untuk keluar menghala ke Bandar Bangi Baru dan Kajang. Di Bangi terdapat sebuah lagi Universiti yang popular di Selangor iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selangor sebuah Negeri Maju sememangnya terkenal dengan keujudan beberapa buah IPTA yang besar dan popular antaranya UKM, UPM,UNISEL, UITM.


Tiba di kajang tiba tiba aku teringat sebuah Empangan yang pernah aku lalu kira kira 15 tahun dahulu lalu aku menghala ke Semenyih kerana ingin melalui semula jalan berhampiran Empangan tersebut. Selepas melalui pekan Semenyih aku singgah minum Nes 0 panas kurang manis di sebuah gerai kolam pancing ikan. Sebelum sampai Empangan terdapat sebuah kawasan rekreasi tempat mandi manda yg popular juga iaitu Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sg Tekala. Aku sampai di Empangan Skim Sg Semenyih lebih kurang pukul 3.30 petang. Laluan di sini tidak berapa sunyi sangat kerana banyak juga kenderaan menggunakanya dan jalanya juga cantik. Dari Empangan ada dua jalan keluar iaitu ke batu 18 dan batu 14 Hulu Langat. Aku keluar melalui jalan pekan Bt 14 dan terus ke pusat riadah dan perkelahan terkenal di kawasan ini iaitu Sg Chongkak. Tempat ini sangat sesuai kepada mereka yang suka kepada berehat ditepi sungai dan didalam kawasan bersuasana hutan. Di Hulu Langat terdapat sebuah Pusat Latihan Belia Dusun Tua atau IKBN Dusun Tua, Hulu Langat.

Tujuan penubuhanya IKBN Dusun Tua  adalah untuk melatih golongan belia menganggur mendapat kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta atau berniaga sendiri. Pusat Pembina Negara ini ditubuhkan pada 1969 dan dirasmikan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara ketika itu, Tun Abdul Razak.

Aku meneruskan perjalanan dengan matlamat untuk sampai semula ke Zoo Negara sebagai tempat permulaan dan penamat Ride Solo Mengelilingi Negeri Selangor hari ini. Dalam perjalanan untuk menuju ke Zoo Negara terdapat satu kawasan di Bukit Ampang yang menjadi tumpuan bagi penduduk Lembah Kelang berkumpul untuk menikmati pemandangan indah Bandaraya Kuala Lumpur diwaktu malam. Ketika aku menyangka akan terus menamatkan ride solo ini di Zoo Negara tiba tiba terpandang signboard Bukit Belacan yang merupakan salah satu tempat perkelahan terkenal satu ketika dahulu. Aku menambah satu lagi senarai tempat berkunjung dalam perjalanan ini iaitu Bukit Belacan. Kawasan ini sudah tidak menarik lagi untuk dikunjung kerana terdapat aktiviti pembinaan berhampiran kawasan rekreasi ini. Mungkin ia hanya bersifat sementara untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Aku meneruskan perjalan terakhir menuju ke "garisan penamat" iaitu Zoo Negara. Aku sampai di hadapan Zoo Negara tepat pada pukul 5.05 minit petang

Syukur Alham dulillah perjalanan bermula dan berakhir dengan selamat.


Terima kasih kepada Yb Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Seri Setia dan EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Negeri Selangor yang sudi memberi sumbangan untuk Ride Solo Mengelilingi Negeri Selangor.

#Fb Honda Rs150R Center (Semangat Impian)
#Honda Rs 150R Premier Club (WhattsApp Group)

Friday, April 28, 2017

Benelli RFS 150i mendapat Sambutan Hangat

BENELLI RFS 150i Mendapat Sambutan Hangat dari peminat kapcai.

Walaupun hanya baru beberapa minggu dilancarkan, Benelli Malaysia sudah menerima hampir 4000 unit tempahan untuk  Moped Benelli RFS 150i!

Dimaklumkan bahawa moped pertama Benelli RFS 150i ialah model paling laris dari jenama Benelli setakat ini.
Menurut Benelli Malaysia, faktor harga yang kompetitif selain rekabentuk menarik menjadi penyumbang utama permintaan terhadap Benelli RFS 150i begitu memberansangkan.

Kemasukan Benelli RFS 150i pasti memeriahkan lagi pasaran kapcai 150cc.


#Fb Benelli RFS 150i Fan Club (M)

Monday, April 24, 2017

Konvoi Honda Kapchai ke Melaka

Konvoi Honda Rs 150R Asam Pedas Melaka

Tarikh: 21 Jan 2017 (sabtu)
Jumlah: 31 buah Rs
Penaja: Ee Tiong Motorsport (Impian Honda Shop)
Boon Siew Honda Kl.
Penganjur: Honda Rs150 R Premier Club.

7.00 pg: Peserta konvoi Honda Rs 150R yang julung kalinya diadakan telah mendapat tajaan penuh dari Ee Tiong Motor mula berkumpul di hadapan kedai Ee Tiong Impian Shop Jalan Pahang Setapak. Walaupun ketika itu hujan renyai renyai namun peserta tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Melaka yang telah kami rancang sebulan sebelumnya. Mr Jeffrey Gan Ee Tiong pemilik Ee Tiong Motor mengagihkan t shirt yang ditaja oleh BSH KL.
Jamuan sarapan pagi sebungkus bihun yang ditaja oleh salah seorang peserta juga turut diedarkan kepada peserta konvoi. Setelah urusan agihan baju dan mini sarapan selesai kami berkumpul utk mendengar taklimat terakhir dan bacaan doa dari saudara Afeek yg juga "imam" Premier Club dan koordinator konvoi.
Tepat jam 8.00pg Mr Jeffrey melepaskan Konvoi Honda Rs 150R Asam Pedas Melaka didalam keadaan hujan renyai.


Persinggahan pertama kami adalah di sebuah stesen minyak jalan Tun Razak untuk mengisi minyak penuh tangki setiap Honda Rs.
Perjalanan kami ke Melaka melalui laluan Tun Razak, Sg Besi dan terus memasuki Hiway KL- Seremban. Dengan kawalan 6 orang "marshall" yang di ketuai oleh bro Ariel perjalan konvoi kami berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama yang sangat baik daripada semua peserta konvoi. Perjalanan semasa di Hiway juga berjalan lancar kerana semua peserta sangat berdisplin dan mengikut arahan yang diberi oleh marshall. Kelajuan kami sepanjang perjalan diatas Hiway sekitar 100 - 120 km.
Kami tiba di Tol susur keluar Port Dickson pada pukul 9.00pg dan meneruskan perjalanan ke Pd.


Di Pd kami singgah untuk bersarapan nasi lemak di gerai kak yah di Medan selera Pd. Kami telah mengatur pejalanan konvoi 2 minggu lebih awal dan telah mengatur urusan sarapan dengan makcik Yah,apabila kami sampai hidangan untuk sarapan sudah siap sedia menanti kehadiran kami.
Setelah selesai sarapan kami sekali lagi singgah disebuah petrol pam di Pd untuk memenuhkan semula tangki Rs kami.

10.30 pg kami meneruskan semula perjalanan ke Melaka melalui Pasir Panjang, Kuala Linggi, Tjg Agas, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Di Tjg Bidara kami singgah sebentar untuk bergambar kenangan di situ. Selesai bergambar kami meneruskan lagi perjalanan Konvoi Ride Asam Pedas Melaka melalui Sg Udang, Tangga Batu sebelum sampai Klebang. Di Klebang kami singgah untuk menghilangkan dahaga dan menghilangkan rasa penat di "coconut shake " iaitu antara tempat persinggahan paling popular kepada pelancong yang berkunjung ke Melaka. Rasa dan harganya yang berpatutan menyebabkan coconut shake ini menjadi perhatian pengunjung dan sentiasa padat dengan pelanggan pada setiap hari cuti.

Setelah melepas dahaga di sini kami menuju ke Pantai Klebang untuk bergambar kenangan. Kami disini tidak lama kerana cuaca yang panas dan tiada tempat "melepak" yang sesuai disini.


Kami menuju kedestinasi utama konvoi iaitu menjamu selera Asam Pedas Melaka. Seperti yang kami lakukan di Pd, persiapan awal untuk makan asam pedas juga telah diatur lebih awal (diatur oleh pasukan recce) dengan penyelia restoran di Kota Laksamana. Kami mengambil masa lebih kurang 1jam berada di sini untuk menikmati makanan popupar di negeri Melaka.
Selesai selesai menjamu selera  bermenukan Asam Pedas kami bergerak lagi, kali ini menuju ke Hard Rock Cafe Melaka untuk bergambar sekali lagi. Keadaan dikawasan ini agak sesak dengan pelanggan dan pelancong yang lalu lalang dan singgah utk bergambar dan kawasan nya agak sempit dan terhad . Banyak group motor singgah di sini untuk bergambar. (Tidak sesuai untuk berada lama di sini, beri peluang kpd group lain untuk bergambar).

Selesai mengambil gambar kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Negeri Masjid Al Azim. Selepas selesai menunaikan Solat kami bergerak keluar dari Masjid Al Azim menghala ke Air Keroh untuk pulang ke KL melalui Hiway Plus. Sebelum memasuki Hiway kami sempat singgah sebentar dikawasan penjualan barang barang keluaran penduduk tempatan yg popular seperti gula melaka, cincalok dan kueh kueh tradisional.
Untuk kali ketiganya sebelum bersurai (bebas dari kawalan marshall) kami singgah di stesen minyak hentian Air Keroh untuk mengisi full tank setiap Rs yang menyertai  Konvoi Ride Asam Pedas tajaan Ee Tiong Motorsport.
5.00ptg: Kami berpisah, ada yg balik kpg di Johor ada yg singgah di Seremban dan ada yang meroket hahaha.


Ribuan terima kasih Mr Jeffrey Gan dan Bsh KL yang sudi menaja Konvoi Ride Asam Pedas yang berjaya mengumpul pemilik pemilik Rs yang sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain. Konvoi ini juga berjaya merapat dan mengeratkan hubungan antara kami pemilik Honda Rs150R khasnya kepada pembeli dan pelanggan yang datang Service Honda Rs150R mereka di kedai Ee Tiong Honda Impian Shop Jln Pahang.

Syukur Alhamdulillah Konvoi Ride Asam Pedas Melaka berjalan lancar.

#Fb Honda Rs150R Center (Semangat Impian)
#Honda Rs150R Premier Club (WhattsApp Group)

Sunday, April 16, 2017

Ride ke Fraser Hill dengan Kapcai

Ride ke Fraser Hill Dengan Kapcai
17 April 2017

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Fraser Hill terletak di negeri Pahang, Ia antara kawasan pelancongan pergunungan yang popular dan menarik kepada rakyat tempatan dan pelancong asing kerana suhunya yang sejuk antara 17 - 24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Terletak kira-kira 105 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang Fraser tetapi tidak pasti kesahihannya termasuk andaian beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang. Pelancong tidak perlu merasa risau untuk bermalam disini kerana banyak bilik hotel,apartment dan homsestay disediakan.
Jalan raya menuju kepuncak Fraser Hill (10km) sempit bengkang bengkok dan berselekoh tajam namun kini telah dibina satu lagi laluan untuk turun dari Fraser Hill dan dijadikan jalan sehala untuk naik dan turun. Tiada lagi jadual untuk turun atau naik Fraser Hill. Walaubagaimana pun para penunggang perlu lebih berhati hati kerana permukaan jalanya sering basah dan lembab.

Perjalanan menuju Frazer Hill

Kami mula berkumpul pada pukul 8.30 pagi di Sg Tua berhampiran stesen pam Petronas. Setelah kesemua kami (5 org) berkumpul kami memulakan perjalanan untuk ke Fraser Hill lebih kurang pada pukul 9.00 pagi.
Sampai di Batang Kali kami singgah di sebuah gerai ditepi main road. Banyak pilihan makanan disini seperti mee kari,ns lemak, roti canai,nasi dagang dan kueh mueh.

Selepas bersarapan dan berehat sambil menunggu rakan rakan selesai menghisap sebatang rokok kami meneruskan perjalanan melalui jalan lama Ipoh - Kl.
Selepas lebih kurang 25 mnt kami sampai di Kuala Kubu Baru dan singgah lagi untuk mengisi petrol.
Kami memulakan perjalan dari KKB ke Fraser Hill tepat pada 10.30 pagi mengikut jam tangan bro awie. Perjalanan ke Fraser di ketuai oleh Afeek diikuti oleh Awi King Eijam dan aku yang last sekali. Laluan dari KKB sehingga ke penghujung Empangan cantik dan lebar. Kelajuan kami di sini sekitar 100 - 110 shj.
Setelah melepasi Empangan Sungai Selangor jalanraya nya mula bengkang bengkok tp ok (laluan seperti ini menjadi kegemaran kepada kakl kaki leper). Afeek dan Awie meninggalkan King dan Eijam dikelompok kedua manakala aku berseorangan lebih kurang 100 meter dibelakang hehehe. Dipertengahan perjalanan mereka berhenti menanti aku dan meneruskan perjalanan sebaik aku sampai.
Diperingkat kedua kedudukan perjalanan masih sama dimana Afeek dihadapan diikuti Awie King Eijam dan aku. Sepanjang perjalanan ini kami melewati berpuluh penunggang basikal yang juga menuju matlamat yang sama iaitu puncak Fraser Hill. Kami sampai ke puncak Fraser Hill tepat pada 11.15 pagi (lbh kurang 45minit) dan berehat sebentar untuk mereka menghabiskan sebatang rokok. Setelah selesai "perasap" kami mula bergerak ke bulatan jam Fraser Hill untuk sessi bergambar.
Hampir 20 minit menghabiskan masa disitu kami bergerak kekedai makan "restoran puncak" tidak jauh dari bulatan tersebut.
Aku mengambil semangkok sop sayur dan air panas untuk memanaskan badan manakala rakan2 yg lain hanya minum panas sahaja. Kerana tiada apa apa yg menarik disini selain hanya untuk merasa suasana sejuk dan nyaman kami mengambil keputusan untuk turun semula.



Selesai rehat rehat kami mula siap untuk turun balik Kl.
Tepat jam 12.40 tgh kami mula turun meninggalkan Fraser Hill. Laluan untuk turun ini mungkin agak baru jadi keadaanya lebih baik jika dibandingkan dengan laluan lama (untuk naik).
Lebih kurang pukul 1 kami tiba di persimpangan jalan besar dan singgah sekali lagi untuk berposing berlatar belakangkan tulisan Bukit Fraser.

Jam 1.15 tgh kami bergerak turun menuju KKB dengan kedudukan barisan tunggangan masih sama, Afeek Awie King Eijam dan aku😃😃. Ketika menurun kelajuan lebih sikit daripada ketika menaik. Aku tidak ketinggalan terlalu jauh seperti ketika naik dari kelumpuk kedua cuma ketinggalan sekitar 10 - 15 meter shj. Perjalan berjalan lancar walaupun terdapat antara 15 - 20 buah kereta turun dan naik ketika ini tidak seperti ketika kami naik hanya bertemu 5 6 biji kereta sahaja.

Kami sampai di Masjid Ar Rahimah KKB pada pukul 1.45 dan singgah sebentar untuk solat Zohor dan kemudian terus ke gerai cendol Pak Samat yang terletak diseberang jalan Masjid itu.



Selesai menjamu selera dengan cendol special Pak Samat kami terus pulang ke Kuala Lumpur melalui Batang Kali dan Ulu Yam. Kami berpisah untuk bersurai menuju kerumah masing2 berhampiran BHP di Ulu Yam.
Alhamdulillah tepat jam 4.00 petang aku sampai dirumah. Kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan ini cuaca baik dan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Jarak = 216 Km
Petrol = Rm 11.00

Sekian Jumpa Lagi.

Fb @Honda Rs150r Center (Semangat Impian)

Thursday, April 13, 2017

Santai Honda Day 2.0

SANTAI HONDA DAY 2.0 PANTAI REMIS SELANGOR.



Santai Honda Day kali pertama telah diadakan pada 2016 dan diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Kuala Selangor dengan kehadiran kira2 300 peserta/pengunjung sahaja. Acara yg dianjurkan oleh DACS Motorsport Club dengan kerjasama Pegerakan Belia tempatan Kuala Selangor ini mendapat sokongan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram, Boon Siew Honda Kl dan juga sokongan dari pelbagai kumpulan/persatuan pemilik motosikal Honda dari seluruh Semenanjung. Acara ini berjaya mengumpulkan semua generasi dan model Honda sejak dari awal tahun 60an.



Santai Honda Day Pada tahun 2017 yang berlangsung pada 9 April adalah penganjuran untuk kali kedua dan diadakan di Pantai Remis, Jeram Selangor. Pada acara  tahun ini Kehadiran dianggarkan melebihi 1500 orang pemilik dan pengunjung.
Adalah diharapkan penyertaan dan kehadiran peserta dan pengunjung Santai Honda Day anjuran DACS Motorsport Club akan bertambah pada penganjuran tahun hadapan dan tahun tahun seterusnya.



TAhniah DACS Motorsport Club Kerana telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan yang besar dan bersejarah untuk pemilik motosikal Honda!

#Fb Honda Rs Center (Semangat Impian)
#SatuHati
#CariKawan

Wednesday, April 12, 2017

Modenas Kriss MR2



Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 - Harga dibawah Rm 4000.00

Modenas Kriss MR2 baru saja dilancarkan secara rasmi dan dijual pada harga RM3,890.

Dengan rekabentuk baru  yang lebih cun dansporty, kehadiran Modenas Kriss MR2 ialah bagi menggantikan MR1 yang sudah lama berada di pasaran Malaysia sejak 2011.

Lebih tampak menarik, ruangan roda Modenas Kriss MR2 dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci bersama brek cakera hadapan.

Paparan meter turut menampilkan rekaan manimali, MR2 juga memiliki tempat ruang simpan barang di bawah tempat duduk dengan kapasiti 6.6L.

HARGA
Modenas Kriss MR2 - RM3,890
* Tidak termasuk GST

JAMINAN
*2 tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu)




ENJIN 110CC

Modenas Kriss MR2 dipadankan dengan enjin 4-lejang SOHC bersesaran 110cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 8.3hp pada 7,500rpm dan tork puncak 8.2Nm (5,500rpm). Walaupun hanya berada dalam segmen kapcai, Modenas Kriss MR2 telah mematuhi piawaian Euro 3.

Memiliki kapasiti tangki 4.5L(agak luas) Modenas Kriss MR2 mampu bergerak sejauh 200km dengan sekali isian minyak penuh sahaja.

Anda boleh melihat MR2 dengan lebih dekat dibilik pameran atau pengedar Modenas berhampiran bermula minggu ini.



SPESIFIKASI MODENAS KRISS MR2

ENJIN 4-lejang, SOHC, 1-silinder 110cc

GEREK x LEJANG 50mm x 55.6mm

SISTEM PENYEJUKAN Penyejukan udara

SISTEM Karburetor

TRANSMISI 4-kelajuan

SISTEM PENGHIDUP Tendang & Elektrik

BREK HADAPAN Cakera

BREK BELAKANG Gelendong

SUSPENSI DEPAN Telekopik

SUSPENSI BELAKANG Dual Shock

*Modenas motorsikal mampu milik.& berkuality.

#Fb Honda Rs 150r Center (Semangat Impian)

Monday, April 10, 2017

Berbulan Madu ke London Dengan Kapcai

Pasangan Pengantin Baru ‘Berbulan Madu"’ di Kota London bersama Honda Rs 150R

8 April 2017

 Mohd Alfifshahrin Zakaria, 31 dari Kelang Selangor D.Ebakal memulakan siri jelajah ke Kota London menggunakan motorsikal jenis ‘kapcai’ Honda Rs 150R dengan ditemani isterinya, Diana Latief, 30. Alfi berkata, “Cabaran utamanya nanti adalah jangkakan akan berdepan faktor ketidaktentuan cuaca kerana peralatan yang dibawa agak terhad dan kebimbangan utama tentunya keadaan penyelenggaraan dan keselamatan motorsikal itu. “Namun cabaran tetap diteruskan berpandukan persediaan mental dan fizikal selain harapan tinggi kami supaya keadaan motorsikal baik dan tidak rosak sepanjang pengembaraan ini,” katanya. Pengembaraan ini merupakan program sulung yang direncanakan merentasi 25 negara Eropah antaranya Austria, Belgium, Perancis, England, Hungary dan berakhir di Kota London selama 4 bulan (120 hari) yang dijangka tamat sebelum September depan. Difahamkan, pemilihan motor kapcai jenis Honda RS 150R dipilih bagi menguji ketahanan mental fizikal demi kepuasa maksima. Alfi juga berkata, ini bukan pertama kalinya pengembaraan rentas sempadan negara menggunakan motorsikal dilakukannya. Sebelum ini, beliau pernah merentasi sempadan negara China, Vietnam, Kemboja, Thailand, Laos, Myanmar dan Singapura selama 21 hari.

Sementara itu, bagi isterinya, Diana Latief menganggap pengembaraan bersama suami lebih kepada ‘percutian bulan madu’ mereka yang baru sahaja diijabkabulkan bersama, minggu lalu. “Ini akan menjadi pengalaman pertama saya dan suami mengembara bersama menggunakan motorsikal merentasi sempadan negara. “Walaupun kali pertama saya turut serta dengan aktiviti bermotosikal, tetapi kami mempunyai minat yang sama dalam aktiviti mencabar seperti ini kata Diana.

Program ini turut mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri melalui Exco Belia, Sukan, Pembangunan Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari yang turut hadir merasmikan majlis pelepasan, di sini.

#Fb Honda Rs Center (Semangat Impian)

Sunday, April 9, 2017

Ride Solo Jelajah Perak #2017

Ride Solo Jelajah Perak Sempena #TahunMelawatPerak2017.

Ibu Negeri = Ipoh
Bandar DiRaja = Kuala Kangsar
Keluasan = 21006 Km/p
Penduduk = 2.7 juta

4,5,6 April 2017
3 hari 2 malam

Hari Pertama
Tanjong Malim - Gerik
4 April 2017

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 Aku memulakan perjalanan Jelajah Perak sempena Tahun Melawat Perak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris. Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena nama Sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Untuk hari pertama perjalanan, aku bajet akan bermalam di Gerik.
 Selepas singgah mengisi petrol di Slim River aku terus bergerak ke Sungkai, Bidor Tapah dan Temoh. Di Sungkai terdapat sebuah kedai makan di tepi jalan besar yang popular iaitu kedai makan "nasi buluh" yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hari sabtu,ahad dan cuti umum. Di Sungkai juga terdapat sebuah kolam air panas yang popular dan menjadi tumpuan orang ramai dimusim cuti penggal persekolahan dan dihujung minggu. Di Bidor pula popular dengan jambu batu dan petainya manakala Tapah adalah lokasi persinggahan terakhir dan laluan utama untuk pelancong dari arah selatan menuju ke Cameron Highland. Dari Tapah aku meneruskan perjalanan melalui Temoh - Kampar Gopeng dan Kellies castle di Batu Gajah. Di Kampar tiada apa yang menarik bagi pelancong namun di sini terletaknya Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang mula dibuka pada tahun 2002. Di Gopeng pula terkenal dengan Ladang Herba,Gua Tempurung dan buah buahan tempatan terutamanya durian. Aku tidak singgah di Gua Tempurung kerana ia agak jauh dari jalan besar dan hari ini adalah hari biasa yang pasti kurang pengunjung yang datang berkunjung. Aku terus menuju Kellies Castle di Batu Gajah dan singgah bergambar.

 Istana Kellie telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Pekerja binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras India. William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba di Tanah Melayu. Dalam perancangannya bangunan ini akan mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia, ia juga akan dilengkapi dengan lif yang pertama dibawa masuk dan diguna Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula Smith merancang untuk membina sebuah gelanggang tenis berlantaikan simen. Bagaimanapun bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal ketika mahu mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang "tidak siap" ini kekal dalam keadaan sedang dibina sehingga hari ini. Kellies Castle pada satu ketika dahulu adalah satu tempat yang agak menyeramkan kerana terbiar dan jarang jarang dikunjungi dan pernah menjadi tempat kaki kaki ekor "memuja" untuk mendapat nombor.

 Dari Kellies Castle aku meneruskan perjalanan ke Ipoh Ibu Negeri Perak. Bandar Ipoh tidak banyak berubah hampir sama seperti 30 tahun lepas. Pada mulanya aku bercadang untuk pekena "nasi ganja" Ipoh tapi kerana pelanggan yang terlampau ramai (anggaran 30 org) sedang beratur aku melupakan hasrat untuk menikmati hidangan popular di Ipoh dan terus ronda ronda di Ipoh. Ipoh adalah bandar utama aku ketika di usia remaja. Pernah beberapa bulan menjadi pembantu kepada "anak buah" yang berniaga burger pada awal tahun 80an. Semasa aku bekerja di Ipoh pada tahun 1982 dengan sebuah syarikat courier antarabangsa yang terkenal ketika itu aku telah membeli sebuah motosikal pertama aku jenis Suzuki Trs 118cc dengan meminjam duit dari kakak aku. Jalan2 lagi singgah pula di Taman Dr. Senivasagam. Di taman ini banyak juga kenanganya. Selalu menyertai pertandingan bolasepak 7 sebelah bawah umur 18 tahun bersama rakan rakan sekolah(SYS) Batu Gajah. Mula belajar bercintan cintun pun di sini juga hahaha. Aku terus merayap lagi ke stesen ketapi Ipoh yang juga banyak meninggalkan kenangan suatu ketika dahulu. Setiap kali selepas menonton perlawanan bolasepak piala Malaysia atau konsert rock kapak kami akan melepak disini untuk menjamu selera di gerai gerai yang banyak terdapat disini. (Sekarang gerai2 itu tiada lagi) Malam minggu juga menjadi tempat tumpuan bagi mat mat rempit melepak disini. Di Ipoh Tiger Lane,jln Tasek dan Jln Chamberlane adalah antara jalan tumpuan bagi mat rempit beraksi pada setiap malam minggu. Selepas stesen ketapi aku bergerak kesatu lokasi pelancongan yang agak baru di Ipoh iaitu Gunung Lang yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari pusat bandar Ipoh melalui jalan lama Kuala Kangsar. Disini aku singgah berehat dan menjamu selera dengan 2 biji roti gardenia dan air mineral. Selesai makan dan berehat aku bergerak ke Kuala Kangsar melalui Chemor dan Sungai Siput. Dikedua dua tempat ini sudah banyak berubah. Kalu dulu kiri kanan jalan dipenuhi pokok getah/kelapa sawit tapi kini sudah dipenuhi dengan kawasan perumahan dan kilang2. Jalan raya juga sudah ok dan memuaskan, 2 lane sehala. Sampai Kuala Kangsar aku terus ke Bkt Chandan melawat Masjaid lama Ubudiah dan istana lama disini.

Masjid Ubudiah, yang juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, ia dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. Pembinaan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, oleh seorang tukang kayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya. Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar Shah sebagai tempat Baginda bersemayam sementara, disebabkan Istana Iskandariah ketika itu masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah Baginda berpindah ke Istana Iskandariah. Kuala Kangsar juga popular dengan laksa beras kuale nya jadi aku tidak melepaskan peluang untuk mencuba semangkok laksa dan abc di Dataran Lembah Kuale. Not bad..Aku bagi 4 ha..

Selepas Kuala perjalanan yang dirancang seterus nya adalah Gerik. Selepas sahaja merefill petrol di Kuala hujan mula turun. Kerana tidak mahu menunggu dan membuang masa aku terus menyarung baju hujan dan meneruskan perjalanan ke Gerik. Laluan ke Gerik sudah banyak berubah, selesa dan lurus boleh memecut sehingga 120 kmj. Sepanjang perjalanan bayak rumah rumah dan perkampungan di kiri dan kanan jalan dan keadaan ini mengurangkan perasaan risau yang aku sangkakan sebelum ini iaitu laluan ke Gerik sangat sunyi dan jauh ke pendalaman. Sampai di Gerik masih renyai renyai dan aku terus menghubungi rakan sekampong yang sudah lama tidak berjumpa yang kini menetap di felda Bersia utk mendapat info tempat bermalam dan tidor di Gerik hari ini. Beliau mencadangkan aku menginap di hotel tempat beliau bekerja. Senang citer! Aku bemalam di Gerik hari ini.



Hari ke 2
Gerik - Lumut
5 April 2017

6.00 pagi: Bangun dan kemas kemas barang untuk meneruskan perjalanan pada hari kedua jelajah Perak. Sebelum bergerak sempat bersembang dengan orang kampong yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa dan sempat juga mengimbau semula kesah kesah lama di zaman remaja. Kerana masih awal pagi aku tidak bersarapan di Gerik tapi bercadang utk sarapan di Lenggong yang jaraknya lebih kurang 50 km dari Gerik. Dalam perjalanan ke Lenggong laluanya di penuhi kabus lembab yang menyebabkan visor helmet dan pakaian aku merasa lembab. Berkabus sepanjang perjalanan dari Gerik ke Lenggong. Di Lenggong aku singgah disebuah warung yang di jaga oleh dua orang pakcik yang berumur dalam lingkungan 70an. Mungkin perasan aku orang luar pakcik tersebut mencadangkan kepada aku untuk mencuba nasi lemak goreng. Aku bersetuju kerana ini kali pertama aku dengar menu nasi lemak goreng disamping ingin mencuba rasanya. Aku oder secawan kopi 0 kurang manis dan nasi lemak goreng kurang pedas. Boleh tahan juga rasa nasi lemak goreng kerana digoreng bersama telur dan sayur. Boleh makan lagi jika datang Lenggong.. Aku bagi 3 ha.

Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157 cm, yang berumur sekitar 50-an. Peralatan batu berusia 100,000 tahun juga telah ditemui berhampiran Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Aku meneruskan perjalanan dengan target untuk sampai ke Taiping sebelum tengahari. Dalam perjalanan dari Lenggong aku sempat singgah membeli pekasam satu produk popular di Lenggong. Aku menggunakan laluan jalan pintas yang tembus ke Padang Rengas tanpa melalui Kuala Kangsar. Laluan di sini ok dan agak sejuk juga kerana masih banyak pokok pokok besar dikiri kanan dan ia berhampiran dengan pergunungan dan tak banyak kenderaan menggunakannya. Berhampiran Kpg Laneh terdapat satu kawasan tanaman padi. Laluan pintas ini terletak di bahagian belakang kilang Simen YTL yang dahulunya dimiliki kerajaan Perak yang Jv dgn Syarikat dari Korea Selatan dengan menggunakan nama Perak - Hanjoong Simen(aku masih ingat sejarah kilang simen ini kerana kerap juga masuk kesini ketika ia masih dalam pembinaan dahulu). Sampai di Padang Rengas aku singgah di Petronas untuk memberi "minum" motor kapchai aku. Dari Padang rengas ke Taiping aku melalui Bkt Gantang yang popular dengan buah buahan tempatan terutama durian tapi ketika ini belum musim buah. Laluan seterusnya adalah melalui Changkat Jering dan Air Kuning sebelum sampai Taiping. Di Taiping aku terus menuju Taman Tasik Taiping yang merupakan lokasi paling popular di Taiping. Di sinilah terletaknya Zoo Taping dan kaki Bukit Larut. Terdapat juga sebuah sungai yang dikenali sebagai "Burmese Pool" yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi manda bersama keluarga. Penjara Taiping juga terletak berhampiran Taman Tasik ini. (Taman Tasik adalah port aku ketika berulang alik setiap hari dari Ipoh - Taiping semasaa bekerja dengan sebuah Syarikat courier).

Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Taiping bermaksud "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Dua Pertubuhan kongsi gelap terkenal satu ketika dahulu iaitu Gee Hin dan Hai San turut berpusat di Taiping kerana berebut kawasan untuk menguasai lombong bijih timah dan jalan air. Pada 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. Pada 1937 Ibu Negeri Perak telah berpindah ke Ipoh dari Taiping. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri Perak kerana ia terletak di tengah-tengah negeri Perak.

Setelah berehat dan minum secawan nes 0 kurang manis di sini aku meneruskan perjalanan menuju Batu Kurau yg terletak lebih kurang 40 km dari Taiping. Batu Kurau adalah sebuah pekan kecil yang majority penduduknya terdiri daripada orang melayu. Di sini juga popular dengan buah durian yang sedap dan disukai oleh penggemar buah durian dari seluruh negara. Dari Batu Kurau aku meneruskan perjalanan menuju Pekan Selama sebuah pekan yang berhampiran dengan sempadan negeri Kedah. Laluan disini merupakan laluan didalam hutan dan ladang kelapa sawit yang luas. Dalam perjalanan terserempak dengan beberapa kumpulan monyet yang sedang lepak santai sambil terlompat lompat ditepi jalan menanti makanan yang diberi oleh pengguna laluan ini. Sebelum sampai Selama ada sebuah pekan kecil bernama Kubu Gajah. Aku singgah di Selama untuk menikmati makan tengahari disebuah gerai dimedan selera pekan Selama.setelah berehat seketika aku meneruskan perjalanan menuju ke Bagan Serai yang melalui semula pekan kecil Kubu Gajah. Jarak dari Selama ke Bagan Serai lebih kirang 35 kilometer. Aku tidak singgah di Bagan Serai dan meneruskan perjalanan ke Parit Buntar. (Aku kerap datang kesini ketika bekerja dengan sebuah Syarikat courier satu ketika dahulu). Singgah sebentar di Masjid Daerah Kerian Parit Buntar. Dari P. Buntar aku menuju Kuala Kurau satu kawasan pendaratan nelayan laut.
Dari Kuala Kuara aku menghala ke Kuala Gula satu tempat yang popular dengan makanan masakan ketam lembut (ketam tanpa kulit). Kerana masih awal restoran terapong yang menyediakan makanan ketam lembut masih belum dibuka. Terdapat juga beberapa kawasan chalet disini untuk kemudahan pengunjung yang ingin bermalam disini. Tayar terus bergolek untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Lumut. Melalui Simpang Ampat, Simpang Taiping dan Changkat Jering aku terus masuk laluan ke Trong - Lumut . Laluan baru ini tidak melalui Beruas dan jalanya cantik tidak banyak selekoh. Boleh dapat top speed 120 kmj. (Kira laju lah bg sebuah motor kapcai). Disini juga dikelilingi ladang ladang kelapa sawit yang luas.
Didalam perjalanan ini aku ternampak sebuah kampong yang diberi nama Temerloh tapi bukan Temerloh di Pahang yang popular dengan Patin masak lomak tempoyak. Lebih kurang 25 minit menunggang aku sampai di Pantai Remis. Di sini aku berpusing pusing dilorong lorong belakang kedai pekan Pantai Remis untuk mencari pantai tapi nasib tidak baik tak jumpa pantai walaupun namanya Pantai Remis.
Dari Pantai Remis bergerak lagi ke Teluk Senangin satu kawasan perkelahan tepi pantai yang semakin popular di Perak khasnya tapi masih kurang diberi perhatian dari pehak berkaitan. Kurang penyelenggaraan,lebih kurang sama keadaan nya ketika pertama kali aku datang kesini sekitar tahun 2004. Singgah sebentar sahaja untuk mengambil gambar sebagai kenangan sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut lokasi yang dirancang untuk bermalam hari ini. Dalam perjalanan ke Lumut aku melalui Pelabuhan Lumut dan ronda ronda disitu untuk mencuba nasib kot kot dapat bergambar di tepi kapal kapal yang berlabuh disitu tapi gagal kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan "Lumut Port" . Sampai di Lumut terus cari port untuk bermalam disini. Meriah juga waktu malam di Dataran Lumut ramai peniaga kecil berniaga dan ramai juga pengunjung yang datang walaupun bukan dihujung minggu. Seperti dimana mana pekan dinegara kita masakan Thai medominasi kedai makan di pekan Lumut. Malam ini aku oder daging masak merah,telur dadar,sup ekor,nasi putih dan teh 0 kurang manis. Aku bagi 3 ha.. Bermalam disini.



 Hari ke 3= Lumut - Tanjong Malim
6 April 2017

Selepas siap berkemas dan chek out dari hotel penginapan aku terus memulakan perjalanan terakhir hari ini untuk melengkapkan Jelajah Perak sempena Tahun Melawat Perak 2017. Target tamat jelajah sekitar pukul 3 ptg. Dari Lumut aku menghala destinasi pertama perhentian hari ini untuk menikmati sarapan mee kari di Batu Gajah. Dalam perjalan aku melalui beberapa buah pekan seperti Setiawan,Air Tawar, Bota, Seri Iskandar dan Tronoh. Aku singgah sebentar di Changkat Chermin dimana ada seorang kawan dizaman persekolahan di SMR & SYS Bt Gajah iaitu Hj Ibrahim yang berasal dari sana tapi masih bekerja di Kuala Lumpur. Beliau sedang dalam proses membina rumah untuk persediaan apabila pencen nanti. Hj Ibrahim turut memberi sokongan dan dorongan kpd aku dalam program jelajah Perak ini.
Selepas bergerak dari Changkat cormin aku singgah sebentar di Bote yang juga dikenali sebagai Boston oleh sesetengah orang. Boston hanyalah sebuah pekan kecil yang majoritynya dihuni oleh orang Melayu. Lepas Bote aku melalui pekan Seri Iskandar sebuah bandar baru yang pesat membangun dimana terdapat sebuah Universiti Teknologi Petronas disini yang banyak membantu menaikan nama Seri Iskandar dan Perak amnya. Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 bermula dengan penubuhan Institute of Technology PETRONAS (ITP), sebuah institusi latihan khas untuk kakitangan PETRONAS di bawah pantauan PETRONAS Management & Training Sdn. Bhd. (PERMATA). Sebelum berpindah ke lokasi sekarang, ITP terletak di kawasan PERMATA di Bangi, Selangor. Kemudian,UTP berpindah ke Seri Iskandar, Perak. Nama lain UTP ialah TUPet (Technology University of Petronas) Pekan Batu Gajah hanya 20 minit perjalanan dari sini.
Sampai di Batu Gajah aku terus menuju kedai Man mee kari dimana kedai ini adalah persinggahan wajib bagi aku setiap kali balik kampong. Mee karinya adalah yang paling sedap pernah aku rasa berbanding dengan mana mana mee kari yang pernah aku cuba termasuk mee kari di hotel 5 star! Masih tiada tandingan hingga kini. Selesai bersarapan mee kari aku singgah sebentar di kampong halaman aku iaitu Kpg Sri Rahmat nama baru sempena nama Menteri Penerangan ketika itu Dato Mohammad Rahmat (Arwah) yang datang melawat kampong aku sekitar tahun 1978. Nama asal kampong aku ialah Kampong Rizab. Aku sempat singgah sebentar di warung berjumpa kengkawan lama yang kebetulan sedang minum disitu dan singgah sebentar di Sekolah Rendah di kampong aku. Seterusnya aku kembali semula ke Batu Gajah untuk mengunjungi sekelah menengah (SMR) kini diberi nama Sek. Men. TIWA semasa aku di tingkatan satu hingga tiga dan Sultan Yusuff Shcool (SYS) tingkatan 4 hingga 5.
 Untuk perjalanan setetusnya adalah ke Bagan Dato melalui Tanjong Tualang, Sg Galah Kpg Gajah dan Teluk Intan. Lebih kurang 5 km sebelum sampai Tanjung Tualang terdapat sebuak Muzium kapal korek yang telah dibuka kepada orang ramai sejak 2012 tapi ketika aku sampai disini Muzium Kapal Korek sedang dalam kerja baik pulih. Selepas Tanjung Tualang perjalanan seterusnya menuju Kampong Gajah sebuah pekan kecil dalam Daerah Perak Tengah. Kampong Gajah banyak menyimpan sejarah sejarah kebanggaan orang Melayu. Kampung Gajah merupakan tempat bersemayam beberapa orang Sultan Perak yang susur galurnya berasal daripada Sultan di Melaka. Banyak tanah-tanah perkuburan keturunan Raja-raja Perak terdapat di Kampung Gajah.

Di satu ketika dahulu Kampung Gajah melahirkan beberapa tokoh pejuang yang menentang penjajah British di Perak, antaranya Dato’ Maharaja Lela, Megat Tarawis dan Dato’ Sagor. JWW Birch dibunuh oleh Sepuntun di Pasir Salak, tidak jauh dari Kampung Gajah.

Kampong Gajah terletak lebih kurang 30 km dari pekan Teluk Intan. Aku meneruskan perjalanan ke Teluk Intan dan singgah di sini untuk menikmati makan tengahari. Aku memilih sebuah gerai makan berhampiran Sungai Perak kerana ketika itu ramai pelanggan sedang menjamu selera disitu. (Ramai pelanggan bermakna makanan nya sedap). Tapi agak pelik walaupun berhampiran dengan muara tetapi tak banyak lauk pauk yang di masak dengan ikan ikan yang besar atau sedap seperti kerapu atau ikan merah. Udang, sotong dan ketam juga tidak kelihatan di gerai ini.

Nama Teluk Intan diambil sempena nama seorang janda yang mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau juga adalah seorang anak saudagar yang berjaya dari Sumatra dan membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Nama Teluk Mak Intan telah ditukar kepada nama Teluk Anson oleh Jeneral Archibald Anson Gabenor British yang datang ke Teluk Mak Intan. Bagaimanapun pada 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama semula dari Teluk Anson kepada Teluk Intan. Di teluk Intan juga terdapat sebuah Menara condong seperti menara Pisa di Itali yang sudah berusia lebih dari 100 tahun dan kini menjadi Ikon kepada bandar Teluk Intan. Dibina pada tahun 1885 memiliki ketinggian 85 kaki bersamaan ketinggian bangunan tiga tingkat dan mempunyai sebanyak 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh. Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong.

 Selepas Teluk Intan aku meneruskan perjalanan jelajah Perak menghala ke Bagan Datok sebuah pekan "mati". Mengambil masa 25 minit untuk sampai ke Bagan Datok kawasan Parlimen Tim. Perdana Menteri ketika ini iaitu Yab Ds Zahid Hamidi. Aku berehat sebentar disini sambil minum nes 0 kurang manis. Selepas menghilangkan dahaga aku meneruskan perjalanan terakhir hari ini untuk menuju ke Bidor. Jarak antara Bagan Datok dan Bidor lebih kurang 100 kilometer.
Lauan untuk sampai ke Bidor di penuhi dengan pemandangan ladang kelapa sawit dan kawasan perkampongan, tiada pekan di laluan ini. Sebelum sampai trafik light simpang tiga di Bidor aku singgah sekali lagi disebuah gerai dibawah sebatang pokok besar untuk berehat sambil minum nes 0 kurang manis bersama pisang goreng. Aku meneruskan semula perjalanan selepas mengisi petrol di pekan Bidor untuk destinasi terakhir jelajah Perak iaitu UPSI Tanjong Malim. Dalam perjalanan aku singgah di sebuah gerai buah berhampiran pekan Sungkai untuk membeli "cendawan" ang biasanya ada dijual disitu. Nasib aku baik pada hari ini kerana gerai tersebut turut menjual durian. Harga Rm 20 sekilo,l! (lepas kumpunan makan doyan). Di Sungkai sekali lagi aku terpaksa menyarung baju hujan kerana hujan rintik rintik sudah mula turun. Di hadapan menghala Slim River aku lihat awan hitam sudah kelihatan tanda hujan akan turun. Sepanjang jalan dari Sungkai hingga ke Tanjung Malim aku meredah hujan yang ada kala lebat dan ada kala perlahan. Aku sampai dan menamatkan jelajah Perak sempena Tahun Melawat Perak 2017 di Tanjong Malim hadapan UPSI pada pukul 6.20 petang.



Jarak = 1240.6 Km
Petrol = Rm 69.05
Penginapan =Rm 150.00

                                                                 TAMAT الْحَمْدُ لِلَّهِ

Fb #Honda Rs 150R Center (Semangat Impian)

 Terima Kasih
# Isteri&anak2
# SHAD Malaysia
# Hj Ibrahim (SMR/SYS)

Monday, April 3, 2017

Benelli RFS 150i


Benelli RFS 150i

Tampil dengan rekaan yang menarik dan sporty, harganya sangat berpatutan mengikut kepada popularity jenama nya yang masih dianggap setakok dibawah jentera keluaran Negara matahari terbit. Pada harga asas cuma RM6,988 untuk spesifikasi standard dan RM7,338 bagi Edisi Khas (SE) ia sangat berbaloi.

Model SE didatangkan dengan warna merah kelabu matte dan beberapa aksesori tambahan. Benelli RFS 150i dijangka dapat dilihat diatas jalanraya pada hujung bulan ini(April)




Pengedar motosikal Benelli, Mforce Bike Holdings mensasarkan untuk menjual sekitar 1,000 unit RFS 150i sebulan.

RFS yang bermaksud ‘Riders For Speed’ itu dikuasakan oleh enjin empat lejang satu selinder dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 15.5hp dan tork 13.0Nm pada 7,000rpm.

Sistem B3SP Benelli ‘3-Spark’ membolehkan enjin RFS 150i menjadi begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga-tiga palam pencucuh, bersama sistem ECU motosikal dan pancutan bahan api.



Ia berfungsi mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan palam pencucuh untuk memaksimumkan kuasa. Selain memastikan enjin dapat beroperasi pada suhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi. Enjin bersesaran 149cc itu hadir bersama tiga palam pencucuh dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.Kualiti pengendalian RFS 150i dipertingkatkan dengan penggunaan suspensi fork teleskopik pada roda hadapan dan monoshock untuk roda belakang. Dengan berat 126kg.Menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda yang bersaiz 240mm di hadapan dan 220mm di belakang. Benelli RFS dibekalkan dengan rim bersaiz 17 inci. Saiz tayar pula ialah 70/90 di hadapan dan 120/70 (belakang).Dari segi kemudahan, RFS 150i dilengkapi penghidup elektrik. Kluster meter LCD memaparkan pelbagai maklumat penting tunggangan.



Benelli RFS 150i, dibawa masuk dan dipasarkan oleh Mforce Bike Holdings.

Bagi menambah baik aspek khidmat selepas jualan, Mforce Bike telah melantik lebih daripada 30 pengedar untuk menjadi Stesen Esklusif Benelli (BES).

#Fb "Benelli RFS 150i Fan Club (M)"

Sunday, April 2, 2017

Sehari Ronda Ronda Negeri Sembilan.


ASSALAMUALAIKUM..

Sehari Ronda Ronda Negeri Sembilan.

#Petrol Rm20.60
#Makan&Minum Rm 32.00
#Jarak 398 Km

Pada mulanya aku hanya bercadang untuk bersarapan di sekitar Seremban hari ini. Keluar dari rumah lebih kurang 7.30 pagi dan sampai di Seremban sekitar jam 9.00. Sebaik sahaja sampai aku terus menghubungi rakan segroup dlm wattaps untuk meminta pendapat tempat sarapan yang menarik dan beliau mencadangkan kepada aku supaya mencuba mee kari udang di sebuah kafe di Paroi.
Setelah mendapat info tersebut aku terus menuju ke kafe tersebut yang terletak di jalan pintas yang menghubungkan Paroi dan Senawang. Lokasi kafe ditepi jalan dan nampak bersih dan cantik memudahkan aku utk menjumpai kafe tersebut. Aku memesan semangkok mee kari udang secawan teh float dan air suam dengan harga Rm10.70. Mee karinya ok ok jer aku bagi 3 bintang.



Setelah selesai bersarapan aku meneruskan perjalanan menuju K. Pilah. Perjalanan mengambil masa 45 minit kerana aku singgah sebentar di Istana Lama Seri Menanti (Istana msh dlm baik pulih tidak dibenarkan melawat)  Untuk sampai ke Pilah aku melalui jln baru Bkt Putus, Air Terjun Ulu Bendul dan pekan Kecil Terachi. Di laluan ini terdapat juga kawasan sawah bendang.
Singgah sebentar di Kuala Pilah untuk mengisi petrol minum dan melihat hp kot kot ada panggilan atau msj penting.

Seterusnya bergerak kearah selatan untuk menuju ke Tampin. Ketika sampai di Senaling aku belok ke kiri melalui beberapa buah kampong kampong yang tembus kejalan besar yang beradapan Sek Keb Jelai. Aku belok kekanan untuk menuju ke Tampin. Dalam perjalanan ke Tampin aku melalui kawasan ladang kelapa sawit dan pekan kecil seperti Johol dan Dangi. Perjalanan ini mengambil masa hampir satu untuk sampai ke Tampin dari K. Pilah.

Sampai di Tampin lebih kurang pukul 12 tengah hari dan aku singgah di sebuah gerai berhampiran pasar Tampin untuk menikmati makan tengahari. Seperti biasa apabila sampai di N9 menu utama adalah gulai lomak cili api. Di sini aku memilih ikan keli dan tolo itek masak lomak. Berbaloi dgn harga Rm 7.50 termasuk air suam.
Setelah berehat seketika aku meneruskan perjalanan menuju Rembau.



Sampai Rombau lebih kurang 1.30 ptg pusing pusing sekejap sebelum singgah minum cendol madu Rembau. Selepas menikmati cendol madu dan berehat sekejap aku meneruskan perjalanan menuju Seremban. Perjalanan kali ini tidak ke Pd kerana rasa sudah selalu sangat ke Pd. Beberapa pekan dilalui untuk sampai ke Seremban dari Rembau antaranya  Pedas Linggi dan Rantau. Untuk laluan dari Rantau ke Somban pengguna pengguna jalan raya perlu lebih berhati hati kerana dikawasan ini terdapat banyak kumpulan lembu lembu berkeliaran di tepi jalan untuk meragut rumput.

Sampai di Seremban aku refill petrol di Petronas Seremban berhadapan Terminal bas Seremban. Dari Seremban aku meneruskan perjalanan melalui jalan lama kerana aku ingin pergi kesatu tempat yang biasa aku dengar nama nya tapi tak pernah sampai iaitu Labu. Mengambil masa lebih kurang 40 mnt utk sampai ke Labu terperanjat juga kerana hanya ada beberapa unit kedai sederet sahaja di Labu tidak seperti yg aku sangkakan. Singgah sebentar di masjid Kariah Pekan Labu Bt 10. Terdapat sebuah Balai Polis dan stesen Komuter di sini.



Aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kl melalui pekan lama Nilai. Dalam perjalanan dari Nilai aku  melencong bercadang utk ke kaki Bkt Broga. Malangnya 1 km laluan masuk ke Bkt Broga adalah jalan batu krikil akan membatalkan hasrat utk kesana kerana risau dengan keadaan permukaan jalan tersebut yang agak merbahaya kepada penunggang solo.
Aku terus patah balik untuk menuju ke Kajang kerana pada ketika itu perut sudah mula rasa kosong dan aku bercadang untuk menikmati Satey Kajang petang itu.


Setelah menjamah 10 cucuk satey Kajang aku meneruskan semula perjalanan untuk pulang kerumah dan menamatkan perjalanan hari ini..
Tiba di rumah pada pukul 6.45 petang.

# 22 Mac 2017
# Fb Honda Rs 150 Yamaha Y 15 Suzuki Belang 150 Benelli RFS 150

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...