Saturday, May 5, 2018

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia


Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer"

*1609 Kilometer
*20 jam 40 minit
* Modenas RS200
Kuala Lumpur - Dang Bay Johor - Bukit Kayu Hitam - Kuala Lumpur.
26 - 27 Apr 2018



Alhamdulillah telah berjaya melakukan tunggangan sejauh lebih dari 1600km dalam masa 20 jam dengan selamat dan mengikut syarat seperti yang ditetapkan oleh "Iron Butt Association USA".

Bermula dari Setapak Jaya seawal 5.00 pagi aku bergerak menuju ke Johor Bharu melalui lebuh raya Utara - Selatan. Sepanjang perjalanan lebih 300 km hingga ke Danga Bay aku berhadapan dengan beberapa kali cuaca berhujan dan cuaca yang sejuk. Sebelum sampai di Danga Bay pada 9.30 pagi aku singgah di R&R Machap untuk mengisi petrol dan di R&R Pandan untuk sarapan pagi.
Dari Danga Bay sambung semula perjalanan juga melalui lebuh raya Utara - Selatan untuk menuju ke Bukit Kayu Hitam,Kedah yang jaraknya lebih kurang 800 kilometer. Aku singgah di beberapa tempat seperti di Pagoh, R&R Rawang dan R&R Bukit Gantang untuk mengisi petrol, mengalas perut dan berehat seketika sebelum sampai di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 6.03 petang mengikut jam yang terdapat pada motorsikal Modenas Rs200 yang aku tunggang untuk ride Iron Butt hari ini.


Untuk ride Iron Butt ini, aku tidak banyak singgah dan mengambil gambar kerana tujuan ride ini hanya untuk menamatkan perjalanan sejauh sekurang kurangnya 1600 kilometer dalam masa 24 jam.

Dari Bukit Kayu Hitam aku sambung semula perjalanan untuk balik semula ke Kuala Lumpur dan menamatkan ride Iron Butt yang jarang dilakukan dan kurang popular di Malaysia. Aku sampai dan singgah di Simpang Taiping untuk mengisi petrol dan "makan malam" di sebuah petrol pam.


Untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur sejauh 250 kilometer dari Simpang Taiping aku hanya menunggang pada kelajuan sekitar 120 kmj sahaja.
 Aku singgah di petrol pam R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut dengan sebiji roti dan air mineral. Aku menyambung semula perjalanan dengan perasaan lega dan gembira kerana hasrat untuk menunggang sejauh 1600 kilometer hampir menjadi kenyataan dengan menunggang motosikal yang diedarkan oleh Modenas.


Aku sampai ke rumah pada jam 1.17 pagi, 27 April 2018 dengan disambut oleh isteri aku sebagai saksi aku memulakan dan menamatkan perjalanan "Iron Butt " selain resit isi petrol dan gambar di lokasi, saksi permulaan dan penamat amat penting untuk mendapatkan sijil, pihak Iron Butt USA akan menghubungi saksi untuk pengesahan.

Syukur Alhamdulillah perjalanan pada keseluruhannya berjalan lancar dan selamat tanpa menghadapi masaalah besar. Terima kasih kepada En. Safrin dari Modenas yang mencetuskan idea tentang ride Iron Butt ini dan kepada semua yang membantu dan memberi sokongan.

*Oleh kerana kurang arif untuk mendapatkan sijil dari Iron Butt USA, aku hanya memohon pengiktirafan dan pengesahan ride solo 1600 kilometer ini dari sebuah Akademi Keselematan (BHM) yang turut mengeliarkan sijil ala ala Iron Butt USA untuk penunggang tempatan yang telah bejaya melakukan tunggangan sejauh 1600 kilometer dalam masa 24 secara solo atau berkonvoi. Sijil keluaran BHM ini dikenali sebagai Sijil VX1000miles Trooper.



#Modenas
#ShadMalaysia
#NorPuteh

Monday, April 16, 2018

SYM VF3i

SYM VF3i RAJA KAPCAI TERBARU PALING BESAR DAN PALING BERKUASA DIDUNIA.

MForce Bike Holdings Sdn Bhd,  pengedar tunggal motosikal jenama SYM di Malaysia telah melancarkan sebuah model moped terbaru yang berkuasa paling tinggi dan berkapasiti Cc terbesar didunia iaitu SYM VF3i dan menariknya Malaysia telah dipilih sebagai negara pertama di dunia yang menerima SYM VF3i ini. Reka bentuk menarik dan sporty yang ditampilkan pasti akan menarik minat golongan muda dan pertengahan umur untuk memiliki sebuah kapcai berkuasa tinggi tetapi pada harga yang mampu dimiliki. (Harga rendah dari Honda Rs150 dan Y15)

SYM VF3i dilengkapi dengan lampu besar depan, lampu belakang dan lampu signal LED. Terdapat 3 warna yang ditawarkan iaitu biru dan merah untuk model standard dan hitam matte untuk versi model SE.
SYM VF3i turut mendapat pengiktirafan penarafan euro 3. Untuk kemudahan pemilik SYM VF3i, pengecas handphon disediakan dibawah tempat duduk.

SYM VF3i menggunakan enjin:
SOCH Empat Lejang
Satu Silinder
Penyejukan Cecair
Enjin Suntikan Bahan Api
Kuasa Kuda 17.7  pada 8,500 rpm
Tork 15.3 Nm pada 7,500 rpm
Saiz Blokb Pembakaran 65.3 X 57.8.
Kelajuan Maksima 155Kmj
Berat Bersih 124Kg
Tayar Depan 90/80R17
Tayar Belakang 120/70R17
Fork Teleskopik
Muatan Tangki 7 Liter.

SYM VF3i standard akan dijual pada harga RM8,467.28 manakala  hitam matte SE, pada harga RM8,785.28 (harga termasuk GST, tanpa insurans).

SYM VF3i yang dijangka akan mula berada diatas jalan raya pada penghujung bulan May ini ditawarkan dengan jaminan Mforce Bike Holding selama dua tahun atau 20,000 km.




Wednesday, December 13, 2017

Test Ride Modenas Ct115s

Test Ride Modenas Ct 115s


Sepanjang hampir 2 minggu bersama Modenas Ct 115s dan menunggang lebih dari 6 ribu kilometer barulah aku tahu bahawa motorsikal ini bukan sembarangan motorsikal seperti yang aku anggap sebelum ini, motorsikal bertaraf "second class". Aku berani berkata begitu kerana Modenas Ct 115s ini ada kelebihannya tersendiri. Antaranya, walaupun berada diposisi gear ke 4 namun ia masih boleh memulakan pergerakan dengan baik dan lancar, kelajuan setanding dengan yang sekelas dengannya, pick up cun dan di bawah seat terdapat ruang untuk menyimpan barang penting seperti dompet, wang  dan hand phone untuk mengelak dari basah jika menunggang didalam hujan. Dan yang menariknya juga Ct115s ini ialah ia dilengkapi dengan pengecas hand phone!.


Ada power.
Ketika menunggang mendaki bukit kemampuan Modenas sangat mantop. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gurun Kedah Ct115s mampu mendaki bukit yang ada sepanjang perjalanan tanpa menukar kedudukan di gear 4 walaupun Modenas Ct yang aku bawa dipasang dengan top & side box Givi beserta 7 - 8 kg muatan  didalamnya.

Kelajuan
Kelajuan Modenas Ct115s ini boleh dikatakan setanding dengan jenama terkenal yang lain. Dilaluan lurus dan landai kelajuan maksima yang aku dapat ialah sekitar 130 Kilometer Sejam..ok tak?

Kawalan dan brek
Kawalan ketika menunggang Ct tiada masaalah, ketika layan koner di "1000 corners" Mae Hong Sun tak ada rasa goyang atau berbuai, tayar Emos yang digunakan juga ok jer.. Brek depan dan belakang berfungsi dan mencengkam dengan baik ketika melakukan brek menuruni bukit curam dan ketika membrek secara mengejut.


Dengan enijin 114cc dan 8.8 kuasa kuda Modenas Ct adalah sesuai untuk semua golongan termasuk yang muda kerana penampilan reka bentuknya yang lebih sporty dan menawan.

*Enjin 4 lejang
*8.8kuasa kuda
*Kelajuan 4 gear
*Penghidup enjin auto dan endang
*Penggunaan petrol 43km/liter.
*Muatan Tangki 4.5 liter
*Dua warna pilihan yang menarik iaitu corak grafik sporty Cherry Red (Merah) dan Livia Blue (Biru).
*Jaminan 2 tahun atau 20 ribu kilometer
*Harga Ct115s termasuk Gst sekitar RM5K masih didalam lingkungan harga mampu milik.
#TerusMembara

Tuesday, December 12, 2017

Kembara Dengan Kapcai Modenas Ct115s ke "Thousand Corners@Thailand"


Kembara Thousand Corners @Thailand Bersama Modenas CT 115s

30 Nov - 10 Dec 2017

Kembara kali ini aku bersama 2 lagi rakandari Kedah yang menunggang Modenas Kriss MR2.  "Flag off" dari Gurun dilakukan oleh Tuan Yaacob Coo Modenas pada pukul 3 petang 30 Nov 2017.

Perjalanan sebenar kami merentasi Thailand bermula awal pagi 1 Dec kerana pada 30 Nov kami bermalam di Danok disebabkan ada sedikit masaalah berkaitan dengan urusan dokumentasi yang berubah di bahagian imigresen Thailand.

Laluan kami dari Danok hingga ke persinggahan pertama kami di Chumphon dan malam kedua di Nakon Sawan  sehingga melepasi pekan Tak adalah laluan lurus dan landai yang tidak memberikan sebarang masaalah kepada kami dan motorsikal Modenas yang kami tunggang. Cabaran laluan berliku hanya bermula apabila kami mula menghampiri Mae Sot. Cabaran bukan setakat jalan berliku tetapi juga cabaran dari laluan yang sedang dalam naik taraf kepada 2 lorong sehala dan penurapan semula. Banyak kerja kerja membaiki dan menaik taraf jalan sedang dilakukan sepanjang perjalanan kami di Thailand.
 Kami selamat sampai ke Mae Sot lebih kurang pukul 11 pagi dan terus mencari kedai makan untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Mae Sariang yang jarak nya lebih 200 kilometer. Sepanjang laluan ke Mae Sariang yang berliku dan berbukit ini tiada sebarang pekan ditemui hanya hutan tebal, bukit bukau dan perkampungan kecil sahaja. Namun jalan rayanya tetap cantik dan selamat untuk pengguna. Pemandangan dilaluan ini juga menarik dengan keujudan perkampungan orang asal Thai dan kawasan sawahnya. Kami sampai di Mae Sariang sekitar jam 6 petang tapi suasana di sini sudah gelap seperti pukul 7.30 malam waktu Malaysia.
Kami mula merasai cuaca sejuk di Mae Sariang dan aku mula memakai 3 lapis baju termasuk ridding jaket. Mae Sariang adalam malam ketiga perhentian kami.


Hari ke empat adalah hari yang sangat di nantikan kerana kami dijangka akan sampai ke tempat yang menjadi impian ramai bikers Malaysia tak kira pemilik motorsikal Cc kecil atau besar untuk sampai ke sini iaitu Mae Hong Sun yang terkenal dengan "Thousand Corners" nya!
 Walaupun jarak antara Mae Sariang dan Mae Hong Sun hanya 100 km tetapi kami mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai ke MHS kerana laluannya yang berliku liku, berbukit dan juga berhenti bergambar dilokasi lokasi yang menarik. Layan koner disini memang best dan menarik kerana laluan nya agak cantik dan konernya pendek sesuai untuk motor kapcai. Ketika melalui kawasan seperti ini aku sentiasa berada dibelakang 2 rakan yang hebat dan nampak lancar  dan biasa melentok liuk laju di lalu "cecah lutut" ini.

Alhamdulillah.. akhirnya setelah meredah lebih 2 ribu kilometer dari Kuala Lumpur  dan puas layan beribu konar..impian untuk menjejak kaki ke MHS tercapai hanya dengan menaiki kapcai Modenas Ct115. Sesuatu yang tidak diduga sebelum ini. Tiada sebarang masaalah dihadapi ketika mengambil selekoh dan mendaki bukit walaupun Modenas Ct115 aku di pasang dengan top dan side box Givi.


Setelah mengambil sijil sebagai bukti telah sampai ke MHS dengan bayaran 60 Baht, bergambar kenangan dan singgah untuk makan, kami meneruskan perjalanan ke Pai satu pekan yang popular dikalangan pelancong dari Eropah. Sampai di sini kami menukar minyak hitam yang kami bawa dan dikenakan caj 20 bht untuk sebuah motorsikal. Di Pai kami bertemu dengan beberapa kumpulan bikers dari Malaysia yang turut bermalam di sini.

Hari kelima kami di negara "Gajah Putih ini cuaca masih sejuk mencecah 17 darjah celcius. Dari Pai kami menuju ke Chiang Rai dan bermalam disini. Dari awal permulaan perjalanan laluannya masih berliku seperti ular sawa kena bedal tapi semakin ok apabila 20 - 30 km menghampiri pekan Chiang Rai. Disini cuacanya juga sejuk dan kami memilih bilik yang tidak beraircond ketika bermalam disini.

Dari Chiang Rai kami menuju ke Mae Sai iaitu sebuah pekan yang terletak di utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar. Di Mae Sai terletak nya "Batu Tanda" tanah paling utara di Thailand. Jarak antara Chiang Rai dan Mae Sai lebih kurang 60km sahaja.
 Perjalanan  yang telah aku tempuhi bersama Modenas CT115 dari Kuala Lumpur hingga ke Mae Sai tanah paling utara di Thailand ialah 3988 kilometer. Alhamdulillah tiada masaalah.

Di Mae Sai kami bernasib baik kerana sampai awal dan sempat bergambar dengan motorsikal berhampiran batu tanda sempadan antara Thailand dan Myanmar. Jika terlewat motorsikal tidak boleh dibawa masuk kerana laluan nya akan dipenuhi dengan barang barang peniaga dikawasan tersebut. Selepas bergambar dan bersarapan disebuah kedai makan Muslim, kami bergerak semula turun kebawah menuju Golden Triangle iaitu sempadan 3 negara yang dipisahkan oleh dua batang sungai yang mengalir dari Myanmar dan Laos tapi bersatu di sempadan Thailand. Dari Golden Triangle kami turun lagi menuju ke Uttaradit dan bermalam disini. Sepanjang laluan dari Chiang Rai - Mae Sai dan Uttaradit dikiri dan kanan laluan dipenuhi dengan kawasan sawah padi yang sangat luas dan berlatar belakangkan bukit bukau yang menarik.


Dari Uttaradit kami bergerak ke arah Bangkok dengan jangkaan akan bermalam di Phatum Thani sebuah bandar dipinggir Bangkok. Jarak antara Uttaradid adalah sekitar 626 kilometer. Dalam perjalanan kami sempat singgah disebuah kedai makan milik warga Myanmar Muslim yang menjual roti canai dan dan teh tarik. Beliau pernah berkerja di Ampang katanya. Dilaluan ini juga terletaknya Route 12 yang terkenal dengan kawasan yang memiliki pemandangan alam semulajadi yang menarik. Terdapat juga kawasan rehat untuk membeli cenderahati disini. Kebanyakan yang singgah disini adalah penunggang motorsikal. Laluan ini kebanyakannya lurus dan panjang sesuai kalau nak test top speed hehehe. Kami sampai di Phatum Tani kira kira pukul 7.00 malam dan seperti biasa singgah di 7E untuk caj tenaga sebelum check in dan bermalam disini. 7E adalah tempat yang paling mudah, cepat dan murah untuk mendapat makanan Halal sepanjang kami berada disini

Dari Phatum Tani kami bergerak keluar lebih awal kerana bimbang tersangkut didalam kesesakan jalan raya. Perjalanan hari kelapan bersama Modenas CT 115 sudah menghampiri penghujungnya kerana perjalanan hari ini dirancang untuk singgah di Hat Yai. Jarak antara Phatum Tani dan Hat Yai lebih dari 1000 kilometer. Laluan di sini lurus dan landai memudahkan perjalanan walaupun kami hanya menunggang sebuah kapchai. Tidak banyak singgah untuk makan minum dan bergambar disini. Pada kelajuan purata 110 kmj kami akhirnya sampai di Hat Yai pada jam 10 malam. Ini adalah perjalanan  paling jauh dan paling lama yang kami lakukan dengan jarak 1049 kilometer dan selama 17 jam!
Makanan tiada masaalah di Hat Yai kerana banyak kedai makan Muslim disini. Penduduk nya juga ramai yang fasih berbahasa Malaysia dan ramai pelancong Malaysia berada disini.

Kami bergerak lewat dari Hat Yai lebih kurang 12 tengahari kerana destinasi kami di negara "gajah putih" akan berakhir di Danok yang hanya lebih kurang 55 kilometer sahaja dari Hat Yai.
Kami tiba di Danok lebih kurang jam 12.45 tengahari dan terus singgah di sebuah restoran di pekan Danok untuk rehat rehat dan bersedia untuk memasuki semula sempadan. Aku sempat membeli pulut hitam sekilo sebagai buah tangan.

Selesai urusan di kaunter imigresen kami singgah di Bike Meet 2017 di Bkt Kayu Hitam dan kami bertuah kerana diberi sehelai tshirt "event" oleh salah seorang ajk penganjur.

Perjalanan kami bertiga bersama motorsikal Modenas MR2 dan CT115 berakhir di sini kerana 2 lagi rakan aku berasal dari Kedah. Aku meneruskan perjalanan ride solo untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pada mulanya aku merancang untuk terus ke Kuala Lumpur kerana hari masih cerah tetapi selepas Sg Petani hujan mula turun kadang kala lebat. Keadaan cuaca seperti ini tidak menyakinkan aku untuk terus pulang malam ini, aku mengambil keputusan unyuk bermalam di Simpang Taiping.


Dari Simpang Taiping adalah perjalanan terakhir Kembara 1000 Corners@Thailand. Dari Simpang aku menggunakan Hiway PLUS sehingga ke Simpang Pulai dan mula menggunakan laluan persekutuan hingga ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ini aku singgah di beberapa tempat untuk berehat sambil makan dan minum. Singgah dan bergambar di atas jambatan tertinggi Malaysia yang baru siap dibina di Rawang dan sampai kerumah pada pukul 3.30 petang.
Syukur Alhamdulillah..segala nya berjalan lancar mengikut program yang diatur tiada sebarang masaalah yang kami dan motorsikal kami hadapi sepanjang "Kembara ke 1000 Corners@Thailand.

* Jarak perjalanan = 5900 KM
* Tempoh Kembara = 12 hari 11 malam
*29 Nov - 10 Dec 2017
* Kos Petrol di Thailand = 3240 Bht
* 37 kali berhenti isi petrol
*Penggunaan petrol dl Thailand 109 liter
* Kos Hotel = 5258 Bht
* Perbelanjaan Keseluruhan Rm 2075.00

Tq
#Modenas
#GIVIMalaysoa
#GracshawHelmet
#SyukurAlhamdulillah

Saturday, November 25, 2017

Ekzos AHM

EKZOS AHM

Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak sekian lama. AHM mula dikeluarkan pada awal tahun 90an oleh Ampang Hoong Motor yang berpusat di Kuala Lumpur. Kehebatan dan kemampuan  Ekzos AHM buatan Malaysia ini telah mendapat kepercayaan dari beberapa pasukan Cub Prix yang menggunakan Ekzos AHM untuk pasukan mereka. AHM juga terkenal dikalangan pengguna motorsikal berkuasa tinggi.

Untuk mendapat kepastian kehebatan dan kepower'an ekzos AHM yang diperbuat dari stailess steel ini, admin telah diberi peluang oleh bro Hanif dari HA Crew Motorsports yang juga merupakan "dyno tuner" di NKS Dyno Centre untuk mencuba mengguna ekzos AHM M3 SP pada motorsikal Honda Rs 150 admin selama satu minggu dan hasil nya.. sangat memuaskan hati!



AHM juga mengeluarkan 2 jenis material untuk ekzos mereka iaitu stainless steel dan Titanium. Untuk Honda RS 150 juga mempunyai ekzos yang diperbuat dari Titanium yg berkualiti tinggi.

Admin telah melakukan beberapa "test power" keatas ekzos AHM seperti di dalam bandar (Kuala Lumpur) dan diatas Highway (Kl - Seremban)



1. Dalam Bandar.

Ekzos AHM sangat sesuai digunakan jika anda seorang mat motor yang suka menciluk di celah celah kereta, merempit atau main pick up ketika berhenti dilampu merah. Dengan ekzos AHM motorsikal admin terasa melonjak kehadapan dengan lebih pantas berbanding pengguna ekzos standard. Anda juga pasti akan menjadi perhatian pengguna jalan raya yang lain sekiranya menggunakan ekzos AHM tanpa menggunakan DB killer kerana bunyi Ekzos AHM M3 SP tanpa Db killer lebih menjadi lebih bingit dan mengaum. (Jika  disaman oleh abam polisi tanggong sendiri yer..hehehe).

2. Highway ( Kl - Seremban)

Diatas highway power motorsikal Honda Rs admin ternyata berbeza sekali, dengan AHM M3 SP cepat dan mudah sangat  mendapat cut off pada setiap gear (pulas jer cut off, pulas jer cut off). Dari segi kelajuan juga terasa ketara peningkatan nya, kebiasaan top speed @cut off honda Rs admin hanya 142 kmj shj (itu pun ketika turun bukit dan jarang jarang dapat cut off) dan diatas jalan lurus dan rata hanya mampu cecah paling laju 138 kmj shj, tapi dengan Ekzos AHM M3 SP Honda Rs standard admin boleh cecah top speed @ cut off145 kmj! (Tegak).
 Dilaluan lurus dan rata senang senang cecah 140 kmj dan selalu sangat dapat top speed dan cut off..Power kan?


Hasil ujian

Kesimpulan nya dengan penggunaan Ekzos AHM M3 SP prestasi Honda Rs admin terasa ada peningkatan dan "semakin kedepan" berbanding pengguna Ekzos standard. Dan yang penting, menurut kata bro Hanif, ekzos AHM tidak mengganggu atau menjadi punca kerosakan kepada enjin motorsikal anda. Dan yang menarik nya ekzos AHM tidak "makan minyak".
Bagi admin tidak rugi untuk memiliki sebatang AHM yang mampu meningkatkan prestasi enjin anda yang boleh dimiliki pada harga yang sangat berpatutan dan mampu bersaing dengan ekzos yang diimport dari luar.


 "Menang membeli menang memakai"
Sebarang pertanyaan berkaitan Ekzos AHM sila LIKE/FOLLOW FB HA Crew Motorsports

#Fb Benelli RFS 150i Yamaha Y 15 Honda Rs 150R Belang 150R

Wednesday, November 1, 2017

Konvoi Honda Rs 150R MotoGp 2017

Konvoi MotoGp 2017 Honda Rs 150R

Lebih 500 pemilik motosikal Honda Rs 150R telah menyertai konvoi Boon Siew Honda yang menaja sebahagian dari perbelanjaan ke Moto Gp Sepang 2017. Konvoi pada hari ini  telah bermula dari Taman Tasik Cyberjaya pada pukul 9.30 pagi melalui lebuhraya Elite dan lebuhraya Klia  yang mengambil masa hampir setengah jam. Perjalanan Konvoi Honda Rs menjadi mudah, selesa dan teratur kerana diiringan "out rider" dari anggota polis trafik PDRM.


Sebelum perjalanan bermula peserta konvoi sudah mula berkumpul seawal 7.30 pagi di Tasik Cyberjaya. Beberapa acara telah diadakan sebelum perjalanan konvoi bermula, antara nya penyerahan goodies dari BSH, sesi bergambar group group Rs yang datang dari seluruh negara, senamrobik ringan, ucapan dari CEO BSH, taklimat perjalanan ringkas dari wakil PDRM, bacaan doa dan flag off oleh CEO BSH Nagata San dan Dato Sri Tan Hui Jing.

Konvoi Honda Rs yang berbaju merah dan vest yang diberi oleh BSH telah selamat sampai kelitar SIC Sepang sekitar 10.00 pagi dan kami terus menuju ketempat parkir yang disediakan khas untuk pemilik motorsikal dari pelbagai  kategori jenama Honda termasuk dari Thailand dan Singapura yang turut mendapat tajaan separuh dari BSH. Setelah bergambar dikawasan parkir kami memasuki kawasan Litar Sepang untuk melihat lihat dan berehat dikawasan yang dikhaskan untuk penaga menjual makanan dan  merchandise, xsesories dan alat ganti dari pelbagai jenama permotoran terkemuka dunia seperti Honda, Yamaha, Kawasaki, KTM, Modenas dan Benelli, Rcb, Uma Racing, Ngk, Komine, Alpinestar dan lain lain. Group Honda Rs mula memasuki bahagian tempat duduk "grandstand" apabila acara Moto 3 hampir bermula.


Semasa perlumbaan berlangsung pehak BSH telah menyediakan makan tengahari, buah epal dan minuman ringan kepada semua peserta konvoi(jimat kos makan&minum hehehe). Ada sedikit kelemahan dari segi agihan makanan yang tidak teratur dimana peserta berebut untuk mendapat makanan dan kehabisan makanan. Kumpulan kedua terpaksa menunggu hampir 45 mnt untuk mendapat makanan dari pembekal. Diharap BSH dapat membaiki kelemahan tersebut ditahun akan datang.


Pada keseluruhan nya peserta konvoi berpuas hati dan berterima dengan pehak BSH  especially kepada Mr. Nagata San yang bermurah hati menganjur dan menambah bilangan peserta pada tahun ini(170 orang) berbanding pada tahun lepas(35 org) untuk Rs dari Kl&Selangor.

#TahniahBsh
#SatuHati
#FbHondaRs150RSemangatImpian

Sunday, October 8, 2017

Test Ride Benelli Rfs 150i

Berkongsi pengalaman menunggang motorsikal Benelli Rfs 150i.

Laluan lurus..

Pecutan Rfs yang berkapisiti enjin 149cc,dengan kuasa kuda 15.5 pada 8500Rpm dan dengan penggunaan 3 spark plug pasti tidak menghampakan pemiliknya. Ditambah dengan pemasangan fork "up side down" yang pertama dalam kelas nya menjadikan pecutan Rfs bertambah mantap dan sesuai untuk tunggangan  berkelajuan tinggi. Reka bentuk Rfs yang sporty juga turut sesuai untuk mereka yang mencintai kelajuan dan meroket. Ketepatan dan cengkaman kerika memberek kecemasan tidak perlu diragui , ini kerana brek hadapan nya mempunyai 2 pump. Pecutan Rfs abam rasa setanding dengan jentera lain yang sama cc manakala top speed Rfs juga tidak kurang hebat nya, mampu mencecah 136kmj (kalau tunduk & fly mungkin cecah 140😅😅). Tiada rasa bergoyang ketika meluncur laju dan ketika meter ditahap maksima.


Laluan berliku.

Melalui pengalaman abam 2 kali menunggang Benelli Rfs di laluan popular untuk kaki kaki leper iaitu ,di K. Klawang dan hiway karak, abam dapat rasa Rfs sangat selesa dan mudah dikendalikan ketika mengambil selekoh.
 " footrest" yang fleksible dan tayar standard yang dibekalkan juga memainkan peranan dan sesuai untuk tujuan meleper, tiada perasaan risau motor tergelincir ketika mengambil selekoh. Tiada masaalah untuk mencecah lutut kejalan raya hehehe. Abam juga perasan yang Rfs tidak bergoyang atau membuai ketika mengambil selekoh panjang di hiway Karak walaupun meter sudah mencecah 130 kmj. Jadi tiada isu berkaitan yang boleh ditimbulkan dan merisaukan kepada bakal pemilik Rfs di laluan berkonar konar.


Jalan berbukit.

Untuk mencuba kemampuan mendaki bukit abam telah membawa Benelli Rfs melancong santai ke pusat hiburan terbesar Asia iaitu Genting Highland. Disini abam ada rasa sedikit kelemahan kepada Rfs, walaupun menggunakan 3 spark plug abam rasa ada sedikit kelemahan ketika mendaki Genting. Abam banyak mengguna gear 2 dan 3 shj sekali sekala terpaksa bertukar ke gear satu (Tak apalah masalah kecil shj, yang penting abam sampai di puncak Genting dengan selamat dan bergaya bersama Benelli Rfs).


 Ringkasan/keistimewaan Benelli Rfs

Benelli sebuah motorsikal yang dikeluarkan di negara China tetapi telah mendapat tahap piawaian "EURO 3". Tangki petrolnya yang berkapasiti 4.8 liter adalah yang terbesar dalam segmen Moped 150cc. Benelli Rfs ini dipasang dengan enjin 4-lejang bersesaran 149.8cc SOHC. Dengan memiliki kotak gear 6 speed, ia mampu menghasilkan15.5 kuasa kuda pada 8,500rpm dan tork puncak 13Nm (7,000rpm). Kelajuan maksimum Rfs adalah sekitar 135 hingga 140kmj. (Bergantung kepada rider). Rim aloi untuk Rfs adalah bersaiz 17-inci. Tayar hadapan bersaiz 70/90 manakala 120/70 pada bahagian belakang. Manakala berat Rfs hanya 115 kg. Penggunaan petrol seperti lain lain jenama motorsikal, jika dibawa laju pasti akan menyedut minyak.

Keistimewaan Benelli Rfs.

1. Penggunaan 3 spark plug
2. Fork terbalik (usd)
3. Dua pump pada brek hadapan
4. Signal kecemasan
5. Ada 3 cara membuka seat
6. Tangki petrol besar 4.8 ltr
7. Lampu depan Led
8. Tiada penyangkok helmet dibawah seat
9. Harga murah (+- Rm8k)
10. Tiada kick starter
11. 6 gear kelajuan.

Terima kasih Mr Gan Ee Tiong @Ee Tiong Motor Jln Pahang.
#Fb Benelli Rfs 150i Yamaha Y15 Honda Rs 150R Belang 150

Friday, October 6, 2017

Modenas Bajaj Dominar 400cc

Modenas Bajaj Dominar 400cc.

Mengikut dari beberapa sumber permotoran negara, Edaran Modenas Sdn Bhd (Modenas) bakal memperkenalkan sebuah lagi motorsikal jenama Bajaj dari negara India iaitu Modenas Bajaj Dominar 400 pada suku pertama tahun 2018. Dominar 400 adalah motorsikal cc paling besar yang di keluarkan oleh Bajaj India. Ceo Modenas Tuan Amirudin Abd Kadir turut mengesahkan akan kehadiran Dominar 400 kenegara ini ketika melawat kilang Bajaj di Pune India baru baru ini.

Dominar Bajaj adalah sebuah street bike enjin selinder tunggal berkuasa 373 cc dibekalkan dengan 35 hp pada 8000rpm dan Tor 35Nm pada 6500rpm dengan 6 gear kelajuan. Seperti Rs 200 Dominar 400 dibekalkan juga dengan brake Abs. Motosikal yang berkongsi teknologi bersama syarikat Ktm dari Austria ini menggunakan 3 spark plug seperti Bajaj Rs dan Ns 200 yang sudah diperkenalkan di negara ini beberapa bulan lepas.  Mengikut carian di You Tube, motosikal ini mampu melakukan pecutan sehingga 165 kmj!.

Harga yang dijangkan untuk Modenas Dominar 400 ini adalah diantara Rm 18k hingga Rm 20k, satu harga mampu milik untuk peminat motorsikal berkuasa sederhana.

Fb # Modenas Bajaj Rs & Ns 200 & V 15 Malaysia Fan Club

Friday, September 1, 2017

Suami Isteri Ride Honeymoon ke London

Suami Isteri Ride Honeymoon ke London.


9gyuy

Ketibaan mereka pada hari sambutan Kemerdekaan Negara  di London telah disambut oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.eeewrcseerd

Fb Honda Rs150R (Semangat Impian)

Thursday, August 24, 2017

Ride Solo Bersama Modenas Rs200 Kuala Lumpur - Gua Musang

Ride Solo Kl - Gua Musang - Cameron - Kl Bersama Modenas Rs200.

Ride solo kali ini aku ke Gua Musang bersama Modenas Pulsar Rs200 melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang. Manakala laluan balik ke Kuala Lumpur aku memilih laluan Sg Koyan - Cameron Highland - Tapah dan melalui hiway Plus menuju Kl.
Aku sengaja memilih laluan bercampur ini (jln biasa, hiway, berbukit dan berliku) untuk menikmati "feel" sebenar menunggang Modenas Pulsar Rs200.
 Keluar dari rumah sekitar 8.00 pagi aku melalui Mrr2 untuk masuk ke Hiway Karak menuju Bentong. Laluan ini sememangnya popular dan di gemari oleh rider tak kira ber Cc kecil atau besar. Lokasi tumpuan mengasah skil meleper katanya. Sekali sekala layan konar memang best tambah pula Modenas Rs200 ini adalah jenis "sport bike". Teringat zaman muda (80an) ketika menunggang Trs, Rxz dan Honda Raider pantang jumpa konar pasti "konar baring".
Aku singgah di kedai Lemang Tok Ki di Bentong utk bersarapan tapi kerana masih awal (9 pg) lemang dan rendang masih belum ready utk jualan so aku sarapan nasi lemak sahaja.
 Aku meneruskan perjalanan ke Raub yang jaraknya lebih kurang 30km dari Bentong. Laluan di sini agak lurus dan kurang kenderaan menggunakanya membolehkan aku bergerak pantas sekitar 120 kmj. Aku tidak singgah di Raub dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis melalui "laluan Altenatif" (seperti yang tertera pada papan tanda) ke Kota Bharu. Laluan ini agak sempit kerana ia bukan laluan utama ke Gua Musang. Laluan sejauh lebih kurang 30 km ini melalui kampong2 dan ladang kelapa sawit bertemu semula ke laluan utama Gua Musang sebelum simpang ke Kuala Lipis. Walaupun melalui berhampiran pekan Kuala Lipis aku meneruskan perjalanan tanpa singgah di Kuala Lipis kerana perjalanan ke Gua Musang agak jauh dan perjalanan ini aku rancang hanya untuk pergi ke Gua Musang dan balik pada hari yang sama. Ini bermakna mahu atau tak mahu aku mesti balik Kuala Lumpur hari ini juga.


Perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang sejauh lebih kurang 100km ini mengambil masa sekitar 1 jam. Ada hiway 4 lorong sepanjang lebih 30 km yang masih belum siap dilaluan ini memberi ruang kepada aku untuk memecut lebih laju sehingga 140 kmj. Aku sampai di Gua Musang lebih kurang jam 12.15 tengah hari dan ronda ronda di pekan lama dan pekan baru Gua Musang.
Majoriti penduduk disini adalah kaum Melayu jarang jarang kelihatan kaum lain.

Setelah berehat hampir 2 jam di sini aku memenuhkan  semula tangki minyak dan menyambung semula perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik agak lebih pantas kerana aku tidak singgah dimana mana kerana laluan ini adalah sama dengan laluan ketika aku datang tadi sehingga ke simpang Sg Koyan. Selepas memasuki simpang Sg Koyan dan Cameron Higland laluan di sini agak mencabar sedikit kerana sempit dan tidak berapa elok tapi ada juga kenderaan berat menggunakannya. Aku menunggang dengan lebih slow dan berhati hati di sini.



Sampai di Sg Koyan aku meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Laluan Sg Koyan - Cameron juga merupakan antara laluan kegemaran mat mat motor kerana laluannya yang berliku liku tapi agak bahaya sedikit kepada penunggang yang pertama kali menggunakan laluan ini kerana permukaan jalannya yang tidak begitu baik di sesetengah tempat. Nasib aku hari ini agak baik kerana sebaik sahaja sampai berhampiran sebuah pos kediaman orang Asal hujan baru mula turun dengan lebat beserta angin kuat. Aku sempat singgah di sebuah medan selera disitu. Sempat juga bersembang dengan orang Asal yg turut sama menumpang berteduh. Mereka turut bertanya dan turut meminati motosikal Modenas yang aku naiki. Lawo kata mereka. Ramah dan bersopan juga anak anak muda orang Asal ni, sebelum bergerak selepas hujan teduh mereka beri nasihat kepada aku "ok pakcik hati hati jalan basah tu" sambil melambai tangan kpd aku. Aku jawab "ok..orite terima kasih" dan terus bergerak menghala Cameron Highland.
Walaupun hujan sudah berhenti tapi permukaan jalan masih basah dan air bertakung. Aku bernasib baik kerana selalu mengingatkan diri sendiri supaya lebih berhati hati ketika melalui jalan basah atau jalan berliku yang sunyi kerana jika terbabit dengan perkara yang tidak baik tiada siapa akan membantu dan jika ada, bantuan akan lambat sampai.
Di laluan ini aku terlanggar satu lopak yang dipenuhi air tapi bernasib baik kerana kelajuan aku ketika itu hanya sekitar 50 kmj sahaja. Alhamdulillah selamat. Perjalanan seterusnya agak menyeronokkan dan santai sambil layan konar kerana jalan sudah mula kering dan tidak hujan, dapat juga mengasah bakat  terpendam di laluan berliku disini tapi tidaklah sehebat rakan rakan lain yang jauh lebih hebat sehingga ada yang mampu mencecah kepala ke jalanraya hehehe.

Sampai ke Cameron jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Terlewat setengah jam dari jangkaan asal kerana terpaksa berhenti untuk berteduh tadi. Seperti biasa apabila pergi Cameron Highland tempat utama yang menjadi tumpuan aku ialah mencari air buah kelapa laut Afrika, jagung rebus dan minum teh. Selepas membeli setongkol jagong rebus di Kea Farm aku singgah di gerai menjual air kelapa laut Afrika. Mungkin kerana kerap singgah minum air kelapa nya setiap kali aku ke Cameron, brother yang menjual buah itu memberi aku isi kelapa laut yang sudah dikeluarkan isinya secara percuma yang harga jualannya RM10 sebekas. Sebelum turun meninggalkan Cameron aku singgah untuk minum secawan teh 0 panas di sebuah cafe berhampiran sebuah ladang teh sekitar jam 6.50 petang.


Dalam perjalanan turun ke Tapah tiada sebuah pun kenderaan yang turun dari Cameron sepanjang perjalanan menuruni bukit sehingga ke bawah (simpang lata Kuala Woh). Aku hanya bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang menuju ke Cameron Highland. Inilah kali pertama aku menuruni Cameron Highland di waktu malam dengan menunggang motorsikal (ada seram juga bila hari sudah mula gelap) Jalan yang sunyi, gelap, berliku liku, berlubang dan bertampal di sana sini menyebabkan aku menunggang dengan lebih berhati hati. Sampai di kaki bukit hari sudah gelap dan aku meneruskan perjalanan dan singgah di R&R Tapah untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Seperti biasa apabila berada diatas hiway jiwa kelajuan akan muncul secara tiba tiba. Apatah lagi apabila sudah berada diatas "sport bike" Modenas Rs200 yang berkuasa ini tanpa disedari "trottle" terpulas habis. Sekali sekala apabila menjeling ke papan meter digital, nombor sudah menunjukan 148kmj atau 150kmj. Top speed dan keupayaan Modenas Rs200 tidak perlu diragukan, marbeless!
Sekali lagi aku singgah di R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut yang sudah mula kosong.Selepas selesai mengalas perut aku meneruskan perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah aku rasa sangat berpuas hati mengharung perjalanan yang sejauh 674 kilometer ini dari Kl - Bentong - Cameron - Kl. Aku selamat sampai dirumah dengan penggunaan petrol (ron 97) sebanyak 21 ltr sekitar pukul 9 malam.

23 Ogos 2017
Fb Modenas Bajaj Rs & Ns & V15 Fan Club

Wednesday, August 9, 2017

Ride Santai Bersama Modenas Pulsar Rs200

Ride Santai Bersama Modenas Pulsar Rs200

 Kali ini aku nak citer ride santai sehari bersama Modenas Pulsar Rs200. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.30 malam sejauh 468 kilometer. Ketika berada diatas hiway Plus menuju ke Bidor aku hanya menunggang sekitar 125 - 130 kmj sahaja tapi sekali sekali terlajak juga hingga 150 kmj hehehe. Di atas hiway Rs200 ini memang mantop dan sedap ditunggang, dgn kelajuan 130 kita masih tak rasa laju dan kadang kadang tak sedar meter dah cecah 140 kmj.. Lari 150 pun masih sedap dan tak bergoyang walaupun ketika memotong bas express atau lori yang turut mencuba mendapatkan top terbaik mereka. Perjalanan ke Bidor sejauh 130 km ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit (tunggangan berhemah dan bersopan).tapi tak membosankan. Selepas sarapan dan berehat seketika di Bidor aku meneruskan perjalanan menuju ke Bagan Datuk melalui jalan Bidor - Teluk Intan.


 Dari Bidor aku terus ke Bagan Datuk kerana waktu masih awal dan bercadang untuk makan tengah hari di T Intan. Laluan di sini ada yang ok ada yang tak berapa ok tapi dengan Rs200 tak jadi masaalah. Dengan jentera berkuasa kuda 24.5 ini memotong kereta dan lori kecil atau besar menjadi mudah dan menyeronokan dengan hamburan kuasa nya yang padu. Dengan brek Abs yang dibekalkan kepada Modenas Rs200 ini aku merasa lebih yakin ketika berada dibelakang bontot kereta yang kadang kadang menekan brek mereka secara mengejut. Aku sampai di Bagan Datuk sekitar jam 12.15 tengahari. Bergambar dan berehat sambil pekena nescafe O dan rempeyek disini sebelum bergerak semula menuju ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan dari Bagan Datuk dan hampir sampai ke Teluk Intan aku mengharung hujan yang kadangkala renyai dan ada masa lebat(Kelajuan sekitar 60 - 70 kmj). Hujan berhenti lebih kurang 5 kilometer dari bandar T Intan. Di T Intan aku singgah makan tengahari di sebuah kedai nasi kandaq paling tersohor di Teluk Intan.


Selepas berehat dan mengambil beberapa gambar di Ikon T Intan iaitu Menara Condong aku menyambung semula perjalanan dan singgah mengisi minyak di simpang empat Hutan Melintang untuk pulang ke Kl melalui Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar(Bno), Sekinchan, Sg Besar, Tanjong Karang dan Kuala Selangor sebelum memasuki Hiway Latar menuju ke Kl. Sepanjang laluan ini tiada koner koner yang menarik untuk menguji skil aku bersama Rs200 tp ketika melalui koner di hiway sebelum ini Rs200 memang terbaik walaupun ditunggang pada kelajuan 150kmj! Dalam perjalanan pulang ke Kl aku singgah di Bno untuk menikmati mee udang yang semakin popular dikalangan penunggang2 motorsikal berkumpulan. Selepas melepasi Bandar Tanjung Karang aku singgah sekali lagi untuk mencuba cendol durian disini. Rasa "cendol durian special" nya tidak menepati cita rasa aku tapi harganya agak ok hanya Rm7.00 shj. Tiba di Kuala Selangor aku singgah sekali lagi untuk menaiki puncak Bkt Melawati. Aku tidak singgah lama disini dan hanya mengambil beberapa keping gambar kerana kertika itu ramai pelancong dari dalam dan luar negara berada di atas bukit tersebut. Aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kl melalui hiway Latar dan masuk hiway Plus sebelum memasuki hiway Duke dan mengakhiri perjalanan seharian bersama Modenas Rs200 pada hari ini.


Aku sangat berpuashati seharian menunggang bersama Modenas Rs200 walaupun beberapa kali mengharungi hujan harii ini. Sehingga ini tiada apa apa isu yang timbul setakat hampir 5000 km meter Rs 200 ini berjalan.

Antara ciri ciri menarik yang terdapat pada Modenas Rs200 ini:
1. Brek Abs (depan)
2. Enjin automatik mati jika masuk gear tapi stand tidak dinaikan dengan betul.
3. Selesa ketika menunggang
4. Reka bentuk menawan.
5. Harga sangat murah bagi sebuah jentera sport bike 200cc (bawah rm12k)
6. 3 plug
7. Top speed 152kmj
8. Tangki besar (13 ltr)

Ciri ciri tidak menarik Modenas Rs200
1. Tiada penunjuk gear.
2 Bunyi agak kasar tapi sedap didengar ketika ditunggang laju.

Untuk markah kepuasan tunggangan Modenas Rs200 ini aku bagi 4 bintang.

Catatan perjalanan
1. Top speed- 150kmj
2. Jarak- 468 km
3. Masa- 11 jam
4. Petrol(97)- 14.9 ltr
5. Kos Petrol- Rm 34.25
6. Penggunaan petrol- 31 Km/ltr

#Fb Modenas Bajaj Rs & Ns 200 Fan Club

Tuesday, August 1, 2017

Kembara Solo 3 Negara

Kembara Solo 3 Negara Bersama Modenas Pulsar NS200.

Tarikh  = 24 - 31 July 2017.
Tempoh Perjalanan: 8 hari 7 malam
Jarak  = 3567 km.
Total Perbelanjaan = +- Rm1450.00.

Motorsikal Modenas Ns200 Buatan India

Jenis Enjin: Satu Silinder,4 lejang. SOHC 4 Injap.
Sesaran 199.5cc
Kuasa Kuda: 23.5Ps
Berat: 155kg
Top Speed: 148 km/h
Brek: Cakera depan dan belakang

Sepanjang 8 hari menunggang/bersama Modenas Ns200 aku tidak menghadapi sebarang masalah pada enjin mahupun semasa menunggang. Perjalanan sejauh lebih dari 3500 kilometer berjalan lancar seperti yang telah dirancang lebih awal. Walaupun pada usia yang sudah mencecah 5 series namun tiada masalah sakit pinggang atau kebas bontot sepanjang kembara solo 3 buah negara ini.
Penggunaan petrol juga boleh di kategorikan sebagai menjimatkan seperti motorsikal jenama popular dari negara Jepun. Jika anda menunggang apa apa jenama motorsikal sekalipun, pada kelajuan yang tinggi atau "full throttle" jentera anda pasti menghirup petrol dengan pantas. Untuk tunggangan santai NS200 mampu pergi sejauh 35 - 40 km/liter.
 Kelajuan Ns200 sangat memuaskan hati, ia mampu meluncur pantas pada kelajuan 148 kmj!. Namun jika dipasang "top box" pada NS200 kelajuan nya akan berkurangan sedikit antara 5-6kmj. Modenas NS200 menggunakan kombinasi 3 plug dan ini mungkin membuatkan "pick up" nya lebih power sedikit berbanding motorsikal yang menggunakan 1 plug. Dengan berat 155kg yang dimiliki oleh NS200 penunggang tidak akan terasa bergoyang sangat ketika melalui jalan2 yang beralun atau bertampal pada kelajuan yang tinggi. Kuasa ditangan anda, anda hanya perlu memulas sahaja untuk memilih kelajuan yang anda inginkan (berhati hati dijalanraya) . Jika anda memiliki jiwa kelajuan dan santai, anda pasti akan berpuas hati memiliki sebuah motorsikal "Naked" 200cc yang beharga di bawah Rm 10k.



Tunggangan ketika dikawasan berselekoh juga tidak menghampakan. Sepanjang perjalanan lebih 3.5 ribu kilometer banyak kawasan berselekoh aku lalui seperti hiway karak, Cameron Highland dan laluan di Krabi. Semuanya aku tempuhi dengan mudah  bersama NS200. Walaupun aku bukan dari geng kaki2 meleper tapi aku merasa yakin ketika mengambil selekoh tanpa merasa ragu ragu atau bimbang. Memang sedap layan konar bila sudah biasa dan serasi dengan Ns200.


Pengalaman aku menunggang mendaki 3 bukit iaitu Cameron Highland, Bukit Tinggi dan Genting Highland bersama Ns200 juga sangat menarik. Kemampuan NS200 mendaki bukit disamping mengambil selekoh tajam tidak boleh dipertikaikan. Segalanya terletak ditangan anda, anda berani anda akan menjadi orang pertama sampai ke kemuncak!
Tangkai petrol NS200 yang besar (12ltr) membolehkan anda bergerak sejauh lebih kurang 340km dengan sekali isian sahaja..
Antara ciri menarik yang terdapat pada  Ns200 ialah enjin akan mati secara otomatik jika "side stand" tidak diangka dengan betul.



Ada beberapa isu kecil yang aku dapati kurang memuaskan pada Ns200 namun ia tidak menganggu/menjejaskan tunggangan anda bersama Ns200.

1. Tiada penunjuk gear.
2. Bunyi enjin agak kasar.
3. Susah sikit utk "free" gear.


Pada keseluruhan nya prestasi dan quality Modenas Ns200 tidak banyak perbezaan dengan motorsikal jenama lain yang popular dan sudah berpuluh tahun dikeluarkan, menunggang didalam kawasan bandar, Hiway lurus, jalan berbukit atau selekoh sama sahaja. Pada pandangan aku Modenas NS200 mungkin lebih baik sedikit dari jenama lain selain dari negara Jepun.

Tepuk dada tanya poket..

Terima Kasih
Modenas Malaysia
GIvi Malaysia
#FB Modenas Bajaj Rs &Ns 200 Fan Club
#FB Asri Mohd Asri

Thursday, July 13, 2017

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...