Sepanjang hampir 2 minggu bersama Modenas Ct 115s dan menunggang lebih dari 6 ribu kilometer barulah aku tahu bahawa motorsikal ini bukan sembarangan motorsikal seperti yang aku anggap sebelum ini, motorsikal bertaraf "second class". Aku berani berkata begitu kerana Modenas Ct 115s ini ada kelebihannya tersendiri. Antaranya, walaupun berada diposisi gear ke 4 namun ia masih boleh memulakan pergerakan dengan baik dan lancar, kelajuan setanding dengan yang sekelas dengannya, pick up cun dan di bawah seat terdapat ruang untuk menyimpan barang penting seperti dompet, wang dan hand phone untuk mengelak dari basah jika menunggang didalam hujan. Dan yang menariknya juga Ct115s ini ialah ia dilengkapi dengan pengecas hand phone!.
Ada power.
Ketika menunggang mendaki bukit kemampuan Modenas sangat mantop. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gurun Kedah Ct115s mampu mendaki bukit yang ada sepanjang perjalanan tanpa menukar kedudukan di gear 4 walaupun Modenas Ct yang aku bawa dipasang dengan top & side box Givi beserta 7 - 8 kg muatan didalamnya.
Kelajuan
Kelajuan Modenas Ct115s ini boleh dikatakan setanding dengan jenama terkenal yang lain. Dilaluan lurus dan landai kelajuan maksima yang aku dapat ialah sekitar 130 Kilometer Sejam..ok tak?
Kawalan dan brek
Kawalan ketika menunggang Ct tiada masaalah, ketika layan koner di "1000 corners" Mae Hong Sun tak ada rasa goyang atau berbuai, tayar Emos yang digunakan juga ok jer.. Brek depan dan belakang berfungsi dan mencengkam dengan baik ketika melakukan brek menuruni bukit curam dan ketika membrek secara mengejut.
Dengan enijin 114cc dan 8.8 kuasa kuda Modenas Ct adalah sesuai untuk semua golongan termasuk yang muda kerana penampilan reka bentuknya yang lebih sporty dan menawan.
*Enjin 4 lejang
*8.8kuasa kuda
*Kelajuan 4 gear
*Penghidup enjin auto dan endang
*Penggunaan petrol 43km/liter.
*Muatan Tangki 4.5 liter
*Dua warna pilihan yang menarik iaitu corak grafik sporty Cherry Red (Merah) dan Livia Blue (Biru).
*Jaminan 2 tahun atau 20 ribu kilometer
*Harga Ct115s termasuk Gst sekitar RM5K masih didalam lingkungan harga mampu milik.
#TerusMembara
No comments:
Post a Comment