Ride Santai Bersama Modenas Pulsar Rs200
Kali ini aku nak citer ride santai sehari bersama Modenas Pulsar Rs200. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.30 malam sejauh 468 kilometer.
Ketika berada diatas hiway Plus menuju ke Bidor aku hanya menunggang sekitar 125 - 130 kmj sahaja tapi sekali sekali terlajak juga hingga 150 kmj hehehe. Di atas hiway Rs200 ini memang mantop dan sedap ditunggang, dgn kelajuan 130 kita masih tak rasa laju dan kadang kadang tak sedar meter dah cecah 140 kmj.. Lari 150 pun masih sedap dan tak bergoyang walaupun ketika memotong bas express atau lori yang turut mencuba mendapatkan top terbaik mereka. Perjalanan ke Bidor sejauh 130 km ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit (tunggangan berhemah dan bersopan).tapi tak membosankan.
Selepas sarapan dan berehat seketika di Bidor aku meneruskan perjalanan menuju ke Bagan Datuk melalui jalan Bidor - Teluk Intan.
Dari Bidor aku terus ke Bagan Datuk kerana waktu masih awal dan bercadang untuk makan tengah hari di T Intan. Laluan di sini ada yang ok ada yang tak berapa ok tapi dengan Rs200 tak jadi masaalah. Dengan jentera berkuasa kuda 24.5 ini memotong kereta dan lori kecil atau besar menjadi mudah dan menyeronokan dengan hamburan kuasa nya yang padu. Dengan brek Abs yang dibekalkan kepada Modenas Rs200 ini aku merasa lebih yakin ketika berada dibelakang bontot kereta yang kadang kadang menekan brek mereka secara mengejut. Aku sampai di Bagan Datuk sekitar jam 12.15 tengahari. Bergambar dan berehat sambil pekena nescafe O dan rempeyek disini sebelum bergerak semula menuju ke Teluk Intan.
Sepanjang perjalanan dari Bagan Datuk dan hampir sampai ke Teluk Intan aku mengharung hujan yang kadangkala renyai dan ada masa lebat(Kelajuan sekitar 60 - 70 kmj). Hujan berhenti lebih kurang 5 kilometer dari bandar T Intan. Di T Intan aku singgah makan tengahari di sebuah kedai nasi kandaq paling tersohor di Teluk Intan.
Selepas berehat dan mengambil beberapa gambar di Ikon T Intan iaitu Menara Condong aku menyambung semula perjalanan dan singgah mengisi minyak di simpang empat Hutan Melintang untuk pulang ke Kl melalui Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar(Bno), Sekinchan, Sg Besar, Tanjong Karang dan Kuala Selangor sebelum memasuki Hiway Latar menuju ke Kl.
Sepanjang laluan ini tiada koner koner yang menarik untuk menguji skil aku bersama Rs200 tp ketika melalui koner di hiway sebelum ini Rs200 memang terbaik walaupun ditunggang pada kelajuan 150kmj!
Dalam perjalanan pulang ke Kl aku singgah di Bno untuk menikmati mee udang yang semakin popular dikalangan penunggang2 motorsikal berkumpulan. Selepas melepasi Bandar Tanjung Karang aku singgah sekali lagi untuk mencuba cendol durian disini. Rasa "cendol durian special" nya tidak menepati cita rasa aku tapi harganya agak ok hanya Rm7.00 shj. Tiba di Kuala Selangor aku singgah sekali lagi untuk menaiki puncak Bkt Melawati. Aku tidak singgah lama disini dan hanya mengambil beberapa keping gambar kerana kertika itu ramai pelancong dari dalam dan luar negara berada di atas bukit tersebut.
Aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kl melalui hiway Latar dan masuk hiway Plus sebelum memasuki hiway Duke dan mengakhiri perjalanan seharian bersama Modenas Rs200 pada hari ini.
Aku sangat berpuashati seharian menunggang bersama Modenas Rs200 walaupun beberapa kali mengharungi hujan harii ini. Sehingga ini tiada apa apa isu yang timbul setakat hampir 5000 km meter Rs 200 ini berjalan.
Antara ciri ciri menarik yang terdapat pada Modenas Rs200 ini:
1. Brek Abs (depan)
2. Enjin automatik mati jika masuk gear tapi stand tidak dinaikan dengan betul.
3. Selesa ketika menunggang
4. Reka bentuk menawan.
5. Harga sangat murah bagi sebuah jentera sport bike 200cc (bawah rm12k)
6. 3 plug
7. Top speed 152kmj
8. Tangki besar (13 ltr)
Ciri ciri tidak menarik Modenas Rs200
1. Tiada penunjuk gear.
2 Bunyi agak kasar tapi sedap didengar ketika ditunggang laju.
Untuk markah kepuasan tunggangan Modenas Rs200 ini aku bagi 4 bintang.
Catatan perjalanan
1. Top speed- 150kmj
2. Jarak- 468 km
3. Masa- 11 jam
4. Petrol(97)- 14.9 ltr
5. Kos Petrol- Rm 34.25
6. Penggunaan petrol- 31 Km/ltr
#Fb Modenas Bajaj Rs & Ns 200 Fan Club
No comments:
Post a Comment