Thursday, August 24, 2017

Ride Solo Bersama Modenas Rs200 Kuala Lumpur - Gua Musang

Ride Solo Kl - Gua Musang - Cameron - Kl Bersama Modenas Rs200.

Ride solo kali ini aku ke Gua Musang bersama Modenas Pulsar Rs200 melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang. Manakala laluan balik ke Kuala Lumpur aku memilih laluan Sg Koyan - Cameron Highland - Tapah dan melalui hiway Plus menuju Kl.
Aku sengaja memilih laluan bercampur ini (jln biasa, hiway, berbukit dan berliku) untuk menikmati "feel" sebenar menunggang Modenas Pulsar Rs200.
 Keluar dari rumah sekitar 8.00 pagi aku melalui Mrr2 untuk masuk ke Hiway Karak menuju Bentong. Laluan ini sememangnya popular dan di gemari oleh rider tak kira ber Cc kecil atau besar. Lokasi tumpuan mengasah skil meleper katanya. Sekali sekala layan konar memang best tambah pula Modenas Rs200 ini adalah jenis "sport bike". Teringat zaman muda (80an) ketika menunggang Trs, Rxz dan Honda Raider pantang jumpa konar pasti "konar baring".
Aku singgah di kedai Lemang Tok Ki di Bentong utk bersarapan tapi kerana masih awal (9 pg) lemang dan rendang masih belum ready utk jualan so aku sarapan nasi lemak sahaja.
 Aku meneruskan perjalanan ke Raub yang jaraknya lebih kurang 30km dari Bentong. Laluan di sini agak lurus dan kurang kenderaan menggunakanya membolehkan aku bergerak pantas sekitar 120 kmj. Aku tidak singgah di Raub dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis melalui "laluan Altenatif" (seperti yang tertera pada papan tanda) ke Kota Bharu. Laluan ini agak sempit kerana ia bukan laluan utama ke Gua Musang. Laluan sejauh lebih kurang 30 km ini melalui kampong2 dan ladang kelapa sawit bertemu semula ke laluan utama Gua Musang sebelum simpang ke Kuala Lipis. Walaupun melalui berhampiran pekan Kuala Lipis aku meneruskan perjalanan tanpa singgah di Kuala Lipis kerana perjalanan ke Gua Musang agak jauh dan perjalanan ini aku rancang hanya untuk pergi ke Gua Musang dan balik pada hari yang sama. Ini bermakna mahu atau tak mahu aku mesti balik Kuala Lumpur hari ini juga.


Perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang sejauh lebih kurang 100km ini mengambil masa sekitar 1 jam. Ada hiway 4 lorong sepanjang lebih 30 km yang masih belum siap dilaluan ini memberi ruang kepada aku untuk memecut lebih laju sehingga 140 kmj. Aku sampai di Gua Musang lebih kurang jam 12.15 tengah hari dan ronda ronda di pekan lama dan pekan baru Gua Musang.
Majoriti penduduk disini adalah kaum Melayu jarang jarang kelihatan kaum lain.

Setelah berehat hampir 2 jam di sini aku memenuhkan  semula tangki minyak dan menyambung semula perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik agak lebih pantas kerana aku tidak singgah dimana mana kerana laluan ini adalah sama dengan laluan ketika aku datang tadi sehingga ke simpang Sg Koyan. Selepas memasuki simpang Sg Koyan dan Cameron Higland laluan di sini agak mencabar sedikit kerana sempit dan tidak berapa elok tapi ada juga kenderaan berat menggunakannya. Aku menunggang dengan lebih slow dan berhati hati di sini.



Sampai di Sg Koyan aku meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Laluan Sg Koyan - Cameron juga merupakan antara laluan kegemaran mat mat motor kerana laluannya yang berliku liku tapi agak bahaya sedikit kepada penunggang yang pertama kali menggunakan laluan ini kerana permukaan jalannya yang tidak begitu baik di sesetengah tempat. Nasib aku hari ini agak baik kerana sebaik sahaja sampai berhampiran sebuah pos kediaman orang Asal hujan baru mula turun dengan lebat beserta angin kuat. Aku sempat singgah di sebuah medan selera disitu. Sempat juga bersembang dengan orang Asal yg turut sama menumpang berteduh. Mereka turut bertanya dan turut meminati motosikal Modenas yang aku naiki. Lawo kata mereka. Ramah dan bersopan juga anak anak muda orang Asal ni, sebelum bergerak selepas hujan teduh mereka beri nasihat kepada aku "ok pakcik hati hati jalan basah tu" sambil melambai tangan kpd aku. Aku jawab "ok..orite terima kasih" dan terus bergerak menghala Cameron Highland.
Walaupun hujan sudah berhenti tapi permukaan jalan masih basah dan air bertakung. Aku bernasib baik kerana selalu mengingatkan diri sendiri supaya lebih berhati hati ketika melalui jalan basah atau jalan berliku yang sunyi kerana jika terbabit dengan perkara yang tidak baik tiada siapa akan membantu dan jika ada, bantuan akan lambat sampai.
Di laluan ini aku terlanggar satu lopak yang dipenuhi air tapi bernasib baik kerana kelajuan aku ketika itu hanya sekitar 50 kmj sahaja. Alhamdulillah selamat. Perjalanan seterusnya agak menyeronokkan dan santai sambil layan konar kerana jalan sudah mula kering dan tidak hujan, dapat juga mengasah bakat  terpendam di laluan berliku disini tapi tidaklah sehebat rakan rakan lain yang jauh lebih hebat sehingga ada yang mampu mencecah kepala ke jalanraya hehehe.

Sampai ke Cameron jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Terlewat setengah jam dari jangkaan asal kerana terpaksa berhenti untuk berteduh tadi. Seperti biasa apabila pergi Cameron Highland tempat utama yang menjadi tumpuan aku ialah mencari air buah kelapa laut Afrika, jagung rebus dan minum teh. Selepas membeli setongkol jagong rebus di Kea Farm aku singgah di gerai menjual air kelapa laut Afrika. Mungkin kerana kerap singgah minum air kelapa nya setiap kali aku ke Cameron, brother yang menjual buah itu memberi aku isi kelapa laut yang sudah dikeluarkan isinya secara percuma yang harga jualannya RM10 sebekas. Sebelum turun meninggalkan Cameron aku singgah untuk minum secawan teh 0 panas di sebuah cafe berhampiran sebuah ladang teh sekitar jam 6.50 petang.


Dalam perjalanan turun ke Tapah tiada sebuah pun kenderaan yang turun dari Cameron sepanjang perjalanan menuruni bukit sehingga ke bawah (simpang lata Kuala Woh). Aku hanya bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang menuju ke Cameron Highland. Inilah kali pertama aku menuruni Cameron Highland di waktu malam dengan menunggang motorsikal (ada seram juga bila hari sudah mula gelap) Jalan yang sunyi, gelap, berliku liku, berlubang dan bertampal di sana sini menyebabkan aku menunggang dengan lebih berhati hati. Sampai di kaki bukit hari sudah gelap dan aku meneruskan perjalanan dan singgah di R&R Tapah untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Seperti biasa apabila berada diatas hiway jiwa kelajuan akan muncul secara tiba tiba. Apatah lagi apabila sudah berada diatas "sport bike" Modenas Rs200 yang berkuasa ini tanpa disedari "trottle" terpulas habis. Sekali sekala apabila menjeling ke papan meter digital, nombor sudah menunjukan 148kmj atau 150kmj. Top speed dan keupayaan Modenas Rs200 tidak perlu diragukan, marbeless!
Sekali lagi aku singgah di R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut yang sudah mula kosong.Selepas selesai mengalas perut aku meneruskan perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah aku rasa sangat berpuas hati mengharung perjalanan yang sejauh 674 kilometer ini dari Kl - Bentong - Cameron - Kl. Aku selamat sampai dirumah dengan penggunaan petrol (ron 97) sebanyak 21 ltr sekitar pukul 9 malam.

23 Ogos 2017
Fb Modenas Bajaj Rs & Ns & V15 Fan Club

No comments:

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...