Tuesday, August 1, 2017

Kembara Solo 3 Negara

Kembara Solo 3 Negara Bersama Modenas Pulsar NS200.

Tarikh  = 24 - 31 July 2017.
Tempoh Perjalanan: 8 hari 7 malam
Jarak  = 3567 km.
Total Perbelanjaan = +- Rm1450.00.

Motorsikal Modenas Ns200 Buatan India

Jenis Enjin: Satu Silinder,4 lejang. SOHC 4 Injap.
Sesaran 199.5cc
Kuasa Kuda: 23.5Ps
Berat: 155kg
Top Speed: 148 km/h
Brek: Cakera depan dan belakang

Sepanjang 8 hari menunggang/bersama Modenas Ns200 aku tidak menghadapi sebarang masalah pada enjin mahupun semasa menunggang. Perjalanan sejauh lebih dari 3500 kilometer berjalan lancar seperti yang telah dirancang lebih awal. Walaupun pada usia yang sudah mencecah 5 series namun tiada masalah sakit pinggang atau kebas bontot sepanjang kembara solo 3 buah negara ini.
Penggunaan petrol juga boleh di kategorikan sebagai menjimatkan seperti motorsikal jenama popular dari negara Jepun. Jika anda menunggang apa apa jenama motorsikal sekalipun, pada kelajuan yang tinggi atau "full throttle" jentera anda pasti menghirup petrol dengan pantas. Untuk tunggangan santai NS200 mampu pergi sejauh 35 - 40 km/liter.
 Kelajuan Ns200 sangat memuaskan hati, ia mampu meluncur pantas pada kelajuan 148 kmj!. Namun jika dipasang "top box" pada NS200 kelajuan nya akan berkurangan sedikit antara 5-6kmj. Modenas NS200 menggunakan kombinasi 3 plug dan ini mungkin membuatkan "pick up" nya lebih power sedikit berbanding motorsikal yang menggunakan 1 plug. Dengan berat 155kg yang dimiliki oleh NS200 penunggang tidak akan terasa bergoyang sangat ketika melalui jalan2 yang beralun atau bertampal pada kelajuan yang tinggi. Kuasa ditangan anda, anda hanya perlu memulas sahaja untuk memilih kelajuan yang anda inginkan (berhati hati dijalanraya) . Jika anda memiliki jiwa kelajuan dan santai, anda pasti akan berpuas hati memiliki sebuah motorsikal "Naked" 200cc yang beharga di bawah Rm 10k.



Tunggangan ketika dikawasan berselekoh juga tidak menghampakan. Sepanjang perjalanan lebih 3.5 ribu kilometer banyak kawasan berselekoh aku lalui seperti hiway karak, Cameron Highland dan laluan di Krabi. Semuanya aku tempuhi dengan mudah  bersama NS200. Walaupun aku bukan dari geng kaki2 meleper tapi aku merasa yakin ketika mengambil selekoh tanpa merasa ragu ragu atau bimbang. Memang sedap layan konar bila sudah biasa dan serasi dengan Ns200.


Pengalaman aku menunggang mendaki 3 bukit iaitu Cameron Highland, Bukit Tinggi dan Genting Highland bersama Ns200 juga sangat menarik. Kemampuan NS200 mendaki bukit disamping mengambil selekoh tajam tidak boleh dipertikaikan. Segalanya terletak ditangan anda, anda berani anda akan menjadi orang pertama sampai ke kemuncak!
Tangkai petrol NS200 yang besar (12ltr) membolehkan anda bergerak sejauh lebih kurang 340km dengan sekali isian sahaja..
Antara ciri menarik yang terdapat pada  Ns200 ialah enjin akan mati secara otomatik jika "side stand" tidak diangka dengan betul.



Ada beberapa isu kecil yang aku dapati kurang memuaskan pada Ns200 namun ia tidak menganggu/menjejaskan tunggangan anda bersama Ns200.

1. Tiada penunjuk gear.
2. Bunyi enjin agak kasar.
3. Susah sikit utk "free" gear.


Pada keseluruhan nya prestasi dan quality Modenas Ns200 tidak banyak perbezaan dengan motorsikal jenama lain yang popular dan sudah berpuluh tahun dikeluarkan, menunggang didalam kawasan bandar, Hiway lurus, jalan berbukit atau selekoh sama sahaja. Pada pandangan aku Modenas NS200 mungkin lebih baik sedikit dari jenama lain selain dari negara Jepun.

Tepuk dada tanya poket..

Terima Kasih
Modenas Malaysia
GIvi Malaysia
#FB Modenas Bajaj Rs &Ns 200 Fan Club
#FB Asri Mohd Asri

No comments:

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...