Konvoi MotoGp 2017 Honda Rs 150R
Lebih 500 pemilik motosikal Honda Rs 150R telah menyertai konvoi Boon Siew Honda yang menaja sebahagian dari perbelanjaan ke Moto Gp Sepang 2017. Konvoi pada hari ini telah bermula dari Taman Tasik Cyberjaya pada pukul 9.30 pagi melalui lebuhraya Elite dan lebuhraya Klia yang mengambil masa hampir setengah jam. Perjalanan Konvoi Honda Rs menjadi mudah, selesa dan teratur kerana diiringan "out rider" dari anggota polis trafik PDRM.
Sebelum perjalanan bermula peserta konvoi sudah mula berkumpul seawal 7.30 pagi di Tasik Cyberjaya. Beberapa acara telah diadakan sebelum perjalanan konvoi bermula, antara nya penyerahan goodies dari BSH, sesi bergambar group group Rs yang datang dari seluruh negara, senamrobik ringan, ucapan dari CEO BSH, taklimat perjalanan ringkas dari wakil PDRM, bacaan doa dan flag off oleh CEO BSH Nagata San dan Dato Sri Tan Hui Jing.
Konvoi Honda Rs yang berbaju merah dan vest yang diberi oleh BSH telah selamat sampai kelitar SIC Sepang sekitar 10.00 pagi dan kami terus menuju ketempat parkir yang disediakan khas untuk pemilik motorsikal dari pelbagai kategori jenama Honda termasuk dari Thailand dan Singapura yang turut mendapat tajaan separuh dari BSH. Setelah bergambar dikawasan parkir kami memasuki kawasan Litar Sepang untuk melihat lihat dan berehat dikawasan yang dikhaskan untuk penaga menjual makanan dan merchandise, xsesories dan alat ganti dari pelbagai jenama permotoran terkemuka dunia seperti Honda, Yamaha, Kawasaki, KTM, Modenas dan Benelli, Rcb, Uma Racing, Ngk, Komine, Alpinestar dan lain lain. Group Honda Rs mula memasuki bahagian tempat duduk "grandstand" apabila acara Moto 3 hampir bermula.
Semasa perlumbaan berlangsung pehak BSH telah menyediakan makan tengahari, buah epal dan minuman ringan kepada semua peserta konvoi(jimat kos makan&minum hehehe). Ada sedikit kelemahan dari segi agihan makanan yang tidak teratur dimana peserta berebut untuk mendapat makanan dan kehabisan makanan. Kumpulan kedua terpaksa menunggu hampir 45 mnt untuk mendapat makanan dari pembekal. Diharap BSH dapat membaiki kelemahan tersebut ditahun akan datang.
Pada keseluruhan nya peserta konvoi berpuas hati dan berterima dengan pehak BSH especially kepada Mr. Nagata San yang bermurah hati menganjur dan menambah bilangan peserta pada tahun ini(170 orang) berbanding pada tahun lepas(35 org) untuk Rs dari Kl&Selangor.
#TahniahBsh
#SatuHati
#FbHondaRs150RSemangatImpian
No comments:
Post a Comment