Ride Solo Kl - Gua Musang - Cameron - Kl Bersama Modenas Rs200.
Ride solo kali ini aku ke Gua Musang bersama Modenas Pulsar Rs200 melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang. Manakala laluan balik ke Kuala Lumpur aku memilih laluan Sg Koyan - Cameron Highland - Tapah dan melalui hiway Plus menuju Kl.
Aku sengaja memilih laluan bercampur ini (jln biasa, hiway, berbukit dan berliku) untuk menikmati "feel" sebenar menunggang Modenas Pulsar Rs200.
Keluar dari rumah sekitar 8.00 pagi aku melalui Mrr2 untuk masuk ke Hiway Karak menuju Bentong. Laluan ini sememangnya popular dan di gemari oleh rider tak kira ber Cc kecil atau besar. Lokasi tumpuan mengasah skil meleper katanya. Sekali sekala layan konar memang best tambah pula Modenas Rs200 ini adalah jenis "sport bike". Teringat zaman muda (80an) ketika menunggang Trs, Rxz dan Honda Raider pantang jumpa konar pasti "konar baring".
Aku singgah di kedai Lemang Tok Ki di Bentong utk bersarapan tapi kerana masih awal (9 pg) lemang dan rendang masih belum ready utk jualan so aku sarapan nasi lemak sahaja.
Aku meneruskan perjalanan ke Raub yang jaraknya lebih kurang 30km dari Bentong. Laluan di sini agak lurus dan kurang kenderaan menggunakanya membolehkan aku bergerak pantas sekitar 120 kmj. Aku tidak singgah di Raub dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis melalui "laluan Altenatif" (seperti yang tertera pada papan tanda) ke Kota Bharu. Laluan ini agak sempit kerana ia bukan laluan utama ke Gua Musang. Laluan sejauh lebih kurang 30 km ini melalui kampong2 dan ladang kelapa sawit bertemu semula ke laluan utama Gua Musang sebelum simpang ke Kuala Lipis. Walaupun melalui berhampiran pekan Kuala Lipis aku meneruskan perjalanan tanpa singgah di Kuala Lipis kerana perjalanan ke Gua Musang agak jauh dan perjalanan ini aku rancang hanya untuk pergi ke Gua Musang dan balik pada hari yang sama. Ini bermakna mahu atau tak mahu aku mesti balik Kuala Lumpur hari ini juga.
Perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang sejauh lebih kurang 100km ini mengambil masa sekitar 1 jam. Ada hiway 4 lorong sepanjang lebih 30 km yang masih belum siap dilaluan ini memberi ruang kepada aku untuk memecut lebih laju sehingga 140 kmj. Aku sampai di Gua Musang lebih kurang jam 12.15 tengah hari dan ronda ronda di pekan lama dan pekan baru Gua Musang.
Majoriti penduduk disini adalah kaum Melayu jarang jarang kelihatan kaum lain.
Setelah berehat hampir 2 jam di sini aku memenuhkan semula tangki minyak dan menyambung semula perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik agak lebih pantas kerana aku tidak singgah dimana mana kerana laluan ini adalah sama dengan laluan ketika aku datang tadi sehingga ke simpang Sg Koyan. Selepas memasuki simpang Sg Koyan dan Cameron Higland laluan di sini agak mencabar sedikit kerana sempit dan tidak berapa elok tapi ada juga kenderaan berat menggunakannya. Aku menunggang dengan lebih slow dan berhati hati di sini.
Sampai di Sg Koyan aku meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Laluan Sg Koyan - Cameron juga merupakan antara laluan kegemaran mat mat motor kerana laluannya yang berliku liku tapi agak bahaya sedikit kepada penunggang yang pertama kali menggunakan laluan ini kerana permukaan jalannya yang tidak begitu baik di sesetengah tempat. Nasib aku hari ini agak baik kerana sebaik sahaja sampai berhampiran sebuah pos kediaman orang Asal hujan baru mula turun dengan lebat beserta angin kuat. Aku sempat singgah di sebuah medan selera disitu. Sempat juga bersembang dengan orang Asal yg turut sama menumpang berteduh. Mereka turut bertanya dan turut meminati motosikal Modenas yang aku naiki. Lawo kata mereka. Ramah dan bersopan juga anak anak muda orang Asal ni, sebelum bergerak selepas hujan teduh mereka beri nasihat kepada aku "ok pakcik hati hati jalan basah tu" sambil melambai tangan kpd aku. Aku jawab "ok..orite terima kasih" dan terus bergerak menghala Cameron Highland.
Walaupun hujan sudah berhenti tapi permukaan jalan masih basah dan air bertakung. Aku bernasib baik kerana selalu mengingatkan diri sendiri supaya lebih berhati hati ketika melalui jalan basah atau jalan berliku yang sunyi kerana jika terbabit dengan perkara yang tidak baik tiada siapa akan membantu dan jika ada, bantuan akan lambat sampai.
Di laluan ini aku terlanggar satu lopak yang dipenuhi air tapi bernasib baik kerana kelajuan aku ketika itu hanya sekitar 50 kmj sahaja. Alhamdulillah selamat. Perjalanan seterusnya agak menyeronokkan dan santai sambil layan konar kerana jalan sudah mula kering dan tidak hujan, dapat juga mengasah bakat terpendam di laluan berliku disini tapi tidaklah sehebat rakan rakan lain yang jauh lebih hebat sehingga ada yang mampu mencecah kepala ke jalanraya hehehe.
Sampai ke Cameron jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Terlewat setengah jam dari jangkaan asal kerana terpaksa berhenti untuk berteduh tadi. Seperti biasa apabila pergi Cameron Highland tempat utama yang menjadi tumpuan aku ialah mencari air buah kelapa laut Afrika, jagung rebus dan minum teh. Selepas membeli setongkol jagong rebus di Kea Farm aku singgah di gerai menjual air kelapa laut Afrika. Mungkin kerana kerap singgah minum air kelapa nya setiap kali aku ke Cameron, brother yang menjual buah itu memberi aku isi kelapa laut yang sudah dikeluarkan isinya secara percuma yang harga jualannya RM10 sebekas. Sebelum turun meninggalkan Cameron aku singgah untuk minum secawan teh 0 panas di sebuah cafe berhampiran sebuah ladang teh sekitar jam 6.50 petang.
Dalam perjalanan turun ke Tapah tiada sebuah pun kenderaan yang turun dari Cameron sepanjang perjalanan menuruni bukit sehingga ke bawah (simpang lata Kuala Woh). Aku hanya bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang menuju ke Cameron Highland. Inilah kali pertama aku menuruni Cameron Highland di waktu malam dengan menunggang motorsikal (ada seram juga bila hari sudah mula gelap) Jalan yang sunyi, gelap, berliku liku, berlubang dan bertampal di sana sini menyebabkan aku menunggang dengan lebih berhati hati. Sampai di kaki bukit hari sudah gelap dan aku meneruskan perjalanan dan singgah di R&R Tapah untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Seperti biasa apabila berada diatas hiway jiwa kelajuan akan muncul secara tiba tiba. Apatah lagi apabila sudah berada diatas "sport bike" Modenas Rs200 yang berkuasa ini tanpa disedari "trottle" terpulas habis. Sekali sekala apabila menjeling ke papan meter digital, nombor sudah menunjukan 148kmj atau 150kmj. Top speed dan keupayaan Modenas Rs200 tidak perlu diragukan, marbeless!
Sekali lagi aku singgah di R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut yang sudah mula kosong.Selepas selesai mengalas perut aku meneruskan perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah aku rasa sangat berpuas hati mengharung perjalanan yang sejauh 674 kilometer ini dari Kl - Bentong - Cameron - Kl. Aku selamat sampai dirumah dengan penggunaan petrol (ron 97) sebanyak 21 ltr sekitar pukul 9 malam.
23 Ogos 2017
Fb Modenas Bajaj Rs & Ns & V15 Fan Club
Thursday, August 24, 2017
Wednesday, August 9, 2017
Ride Santai Bersama Modenas Pulsar Rs200
Ride Santai Bersama Modenas Pulsar Rs200
Kali ini aku nak citer ride santai sehari bersama Modenas Pulsar Rs200. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.30 malam sejauh 468 kilometer. Ketika berada diatas hiway Plus menuju ke Bidor aku hanya menunggang sekitar 125 - 130 kmj sahaja tapi sekali sekali terlajak juga hingga 150 kmj hehehe. Di atas hiway Rs200 ini memang mantop dan sedap ditunggang, dgn kelajuan 130 kita masih tak rasa laju dan kadang kadang tak sedar meter dah cecah 140 kmj.. Lari 150 pun masih sedap dan tak bergoyang walaupun ketika memotong bas express atau lori yang turut mencuba mendapatkan top terbaik mereka. Perjalanan ke Bidor sejauh 130 km ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit (tunggangan berhemah dan bersopan).tapi tak membosankan. Selepas sarapan dan berehat seketika di Bidor aku meneruskan perjalanan menuju ke Bagan Datuk melalui jalan Bidor - Teluk Intan.
Dari Bidor aku terus ke Bagan Datuk kerana waktu masih awal dan bercadang untuk makan tengah hari di T Intan. Laluan di sini ada yang ok ada yang tak berapa ok tapi dengan Rs200 tak jadi masaalah. Dengan jentera berkuasa kuda 24.5 ini memotong kereta dan lori kecil atau besar menjadi mudah dan menyeronokan dengan hamburan kuasa nya yang padu. Dengan brek Abs yang dibekalkan kepada Modenas Rs200 ini aku merasa lebih yakin ketika berada dibelakang bontot kereta yang kadang kadang menekan brek mereka secara mengejut. Aku sampai di Bagan Datuk sekitar jam 12.15 tengahari. Bergambar dan berehat sambil pekena nescafe O dan rempeyek disini sebelum bergerak semula menuju ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan dari Bagan Datuk dan hampir sampai ke Teluk Intan aku mengharung hujan yang kadangkala renyai dan ada masa lebat(Kelajuan sekitar 60 - 70 kmj). Hujan berhenti lebih kurang 5 kilometer dari bandar T Intan. Di T Intan aku singgah makan tengahari di sebuah kedai nasi kandaq paling tersohor di Teluk Intan.
Selepas berehat dan mengambil beberapa gambar di Ikon T Intan iaitu Menara Condong aku menyambung semula perjalanan dan singgah mengisi minyak di simpang empat Hutan Melintang untuk pulang ke Kl melalui Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar(Bno), Sekinchan, Sg Besar, Tanjong Karang dan Kuala Selangor sebelum memasuki Hiway Latar menuju ke Kl. Sepanjang laluan ini tiada koner koner yang menarik untuk menguji skil aku bersama Rs200 tp ketika melalui koner di hiway sebelum ini Rs200 memang terbaik walaupun ditunggang pada kelajuan 150kmj! Dalam perjalanan pulang ke Kl aku singgah di Bno untuk menikmati mee udang yang semakin popular dikalangan penunggang2 motorsikal berkumpulan. Selepas melepasi Bandar Tanjung Karang aku singgah sekali lagi untuk mencuba cendol durian disini. Rasa "cendol durian special" nya tidak menepati cita rasa aku tapi harganya agak ok hanya Rm7.00 shj. Tiba di Kuala Selangor aku singgah sekali lagi untuk menaiki puncak Bkt Melawati. Aku tidak singgah lama disini dan hanya mengambil beberapa keping gambar kerana kertika itu ramai pelancong dari dalam dan luar negara berada di atas bukit tersebut. Aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kl melalui hiway Latar dan masuk hiway Plus sebelum memasuki hiway Duke dan mengakhiri perjalanan seharian bersama Modenas Rs200 pada hari ini.
Aku sangat berpuashati seharian menunggang bersama Modenas Rs200 walaupun beberapa kali mengharungi hujan harii ini. Sehingga ini tiada apa apa isu yang timbul setakat hampir 5000 km meter Rs 200 ini berjalan.
Antara ciri ciri menarik yang terdapat pada Modenas Rs200 ini:
1. Brek Abs (depan)
2. Enjin automatik mati jika masuk gear tapi stand tidak dinaikan dengan betul.
3. Selesa ketika menunggang
4. Reka bentuk menawan.
5. Harga sangat murah bagi sebuah jentera sport bike 200cc (bawah rm12k)
6. 3 plug
7. Top speed 152kmj
8. Tangki besar (13 ltr)
Ciri ciri tidak menarik Modenas Rs200
1. Tiada penunjuk gear.
2 Bunyi agak kasar tapi sedap didengar ketika ditunggang laju.
Untuk markah kepuasan tunggangan Modenas Rs200 ini aku bagi 4 bintang.
Catatan perjalanan
1. Top speed- 150kmj
2. Jarak- 468 km
3. Masa- 11 jam
4. Petrol(97)- 14.9 ltr
5. Kos Petrol- Rm 34.25
6. Penggunaan petrol- 31 Km/ltr
#Fb Modenas Bajaj Rs & Ns 200 Fan Club

Tuesday, August 1, 2017
Kembara Solo 3 Negara
Kembara Solo 3 Negara Bersama Modenas Pulsar NS200.
Tarikh = 24 - 31 July 2017.
Tempoh Perjalanan: 8 hari 7 malam
Jarak = 3567 km.
Total Perbelanjaan = +- Rm1450.00.
Motorsikal Modenas Ns200 Buatan India
Jenis Enjin: Satu Silinder,4 lejang. SOHC 4 Injap.
Sesaran 199.5cc
Kuasa Kuda: 23.5Ps
Berat: 155kg
Top Speed: 148 km/h
Brek: Cakera depan dan belakang
Sepanjang 8 hari menunggang/bersama Modenas Ns200 aku tidak menghadapi sebarang masalah pada enjin mahupun semasa menunggang. Perjalanan sejauh lebih dari 3500 kilometer berjalan lancar seperti yang telah dirancang lebih awal. Walaupun pada usia yang sudah mencecah 5 series namun tiada masalah sakit pinggang atau kebas bontot sepanjang kembara solo 3 buah negara ini.
Penggunaan petrol juga boleh di kategorikan sebagai menjimatkan seperti motorsikal jenama popular dari negara Jepun. Jika anda menunggang apa apa jenama motorsikal sekalipun, pada kelajuan yang tinggi atau "full throttle" jentera anda pasti menghirup petrol dengan pantas. Untuk tunggangan santai NS200 mampu pergi sejauh 35 - 40 km/liter.
Kelajuan Ns200 sangat memuaskan hati, ia mampu meluncur pantas pada kelajuan 148 kmj!. Namun jika dipasang "top box" pada NS200 kelajuan nya akan berkurangan sedikit antara 5-6kmj. Modenas NS200 menggunakan kombinasi 3 plug dan ini mungkin membuatkan "pick up" nya lebih power sedikit berbanding motorsikal yang menggunakan 1 plug. Dengan berat 155kg yang dimiliki oleh NS200 penunggang tidak akan terasa bergoyang sangat ketika melalui jalan2 yang beralun atau bertampal pada kelajuan yang tinggi. Kuasa ditangan anda, anda hanya perlu memulas sahaja untuk memilih kelajuan yang anda inginkan (berhati hati dijalanraya) . Jika anda memiliki jiwa kelajuan dan santai, anda pasti akan berpuas hati memiliki sebuah motorsikal "Naked" 200cc yang beharga di bawah Rm 10k.
Tunggangan ketika dikawasan berselekoh juga tidak menghampakan. Sepanjang perjalanan lebih 3.5 ribu kilometer banyak kawasan berselekoh aku lalui seperti hiway karak, Cameron Highland dan laluan di Krabi. Semuanya aku tempuhi dengan mudah bersama NS200. Walaupun aku bukan dari geng kaki2 meleper tapi aku merasa yakin ketika mengambil selekoh tanpa merasa ragu ragu atau bimbang. Memang sedap layan konar bila sudah biasa dan serasi dengan Ns200.
Pengalaman aku menunggang mendaki 3 bukit iaitu Cameron Highland, Bukit Tinggi dan Genting Highland bersama Ns200 juga sangat menarik. Kemampuan NS200 mendaki bukit disamping mengambil selekoh tajam tidak boleh dipertikaikan. Segalanya terletak ditangan anda, anda berani anda akan menjadi orang pertama sampai ke kemuncak!
Tangkai petrol NS200 yang besar (12ltr) membolehkan anda bergerak sejauh lebih kurang 340km dengan sekali isian sahaja..
Antara ciri menarik yang terdapat pada Ns200 ialah enjin akan mati secara otomatik jika "side stand" tidak diangka dengan betul.
Ada beberapa isu kecil yang aku dapati kurang memuaskan pada Ns200 namun ia tidak menganggu/menjejaskan tunggangan anda bersama Ns200.
1. Tiada penunjuk gear.
2. Bunyi enjin agak kasar.
3. Susah sikit utk "free" gear.
Pada keseluruhan nya prestasi dan quality Modenas Ns200 tidak banyak perbezaan dengan motorsikal jenama lain yang popular dan sudah berpuluh tahun dikeluarkan, menunggang didalam kawasan bandar, Hiway lurus, jalan berbukit atau selekoh sama sahaja. Pada pandangan aku Modenas NS200 mungkin lebih baik sedikit dari jenama lain selain dari negara Jepun.
Tepuk dada tanya poket..
Terima Kasih
Modenas Malaysia
GIvi Malaysia
#FB Modenas Bajaj Rs &Ns 200 Fan Club
#FB Asri Mohd Asri

Subscribe to:
Posts (Atom)
Perjalanan
"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia
Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...
-
EKZOS AHM Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak seki...