Wednesday, December 13, 2017

Test Ride Modenas Ct115s

Test Ride Modenas Ct 115s


Sepanjang hampir 2 minggu bersama Modenas Ct 115s dan menunggang lebih dari 6 ribu kilometer barulah aku tahu bahawa motorsikal ini bukan sembarangan motorsikal seperti yang aku anggap sebelum ini, motorsikal bertaraf "second class". Aku berani berkata begitu kerana Modenas Ct 115s ini ada kelebihannya tersendiri. Antaranya, walaupun berada diposisi gear ke 4 namun ia masih boleh memulakan pergerakan dengan baik dan lancar, kelajuan setanding dengan yang sekelas dengannya, pick up cun dan di bawah seat terdapat ruang untuk menyimpan barang penting seperti dompet, wang  dan hand phone untuk mengelak dari basah jika menunggang didalam hujan. Dan yang menariknya juga Ct115s ini ialah ia dilengkapi dengan pengecas hand phone!.


Ada power.
Ketika menunggang mendaki bukit kemampuan Modenas sangat mantop. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gurun Kedah Ct115s mampu mendaki bukit yang ada sepanjang perjalanan tanpa menukar kedudukan di gear 4 walaupun Modenas Ct yang aku bawa dipasang dengan top & side box Givi beserta 7 - 8 kg muatan  didalamnya.

Kelajuan
Kelajuan Modenas Ct115s ini boleh dikatakan setanding dengan jenama terkenal yang lain. Dilaluan lurus dan landai kelajuan maksima yang aku dapat ialah sekitar 130 Kilometer Sejam..ok tak?

Kawalan dan brek
Kawalan ketika menunggang Ct tiada masaalah, ketika layan koner di "1000 corners" Mae Hong Sun tak ada rasa goyang atau berbuai, tayar Emos yang digunakan juga ok jer.. Brek depan dan belakang berfungsi dan mencengkam dengan baik ketika melakukan brek menuruni bukit curam dan ketika membrek secara mengejut.


Dengan enijin 114cc dan 8.8 kuasa kuda Modenas Ct adalah sesuai untuk semua golongan termasuk yang muda kerana penampilan reka bentuknya yang lebih sporty dan menawan.

*Enjin 4 lejang
*8.8kuasa kuda
*Kelajuan 4 gear
*Penghidup enjin auto dan endang
*Penggunaan petrol 43km/liter.
*Muatan Tangki 4.5 liter
*Dua warna pilihan yang menarik iaitu corak grafik sporty Cherry Red (Merah) dan Livia Blue (Biru).
*Jaminan 2 tahun atau 20 ribu kilometer
*Harga Ct115s termasuk Gst sekitar RM5K masih didalam lingkungan harga mampu milik.
#TerusMembara

Tuesday, December 12, 2017

Kembara Dengan Kapcai Modenas Ct115s ke "Thousand Corners@Thailand"


Kembara Thousand Corners @Thailand Bersama Modenas CT 115s

30 Nov - 10 Dec 2017

Kembara kali ini aku bersama 2 lagi rakandari Kedah yang menunggang Modenas Kriss MR2.  "Flag off" dari Gurun dilakukan oleh Tuan Yaacob Coo Modenas pada pukul 3 petang 30 Nov 2017.

Perjalanan sebenar kami merentasi Thailand bermula awal pagi 1 Dec kerana pada 30 Nov kami bermalam di Danok disebabkan ada sedikit masaalah berkaitan dengan urusan dokumentasi yang berubah di bahagian imigresen Thailand.

Laluan kami dari Danok hingga ke persinggahan pertama kami di Chumphon dan malam kedua di Nakon Sawan  sehingga melepasi pekan Tak adalah laluan lurus dan landai yang tidak memberikan sebarang masaalah kepada kami dan motorsikal Modenas yang kami tunggang. Cabaran laluan berliku hanya bermula apabila kami mula menghampiri Mae Sot. Cabaran bukan setakat jalan berliku tetapi juga cabaran dari laluan yang sedang dalam naik taraf kepada 2 lorong sehala dan penurapan semula. Banyak kerja kerja membaiki dan menaik taraf jalan sedang dilakukan sepanjang perjalanan kami di Thailand.
 Kami selamat sampai ke Mae Sot lebih kurang pukul 11 pagi dan terus mencari kedai makan untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Mae Sariang yang jarak nya lebih 200 kilometer. Sepanjang laluan ke Mae Sariang yang berliku dan berbukit ini tiada sebarang pekan ditemui hanya hutan tebal, bukit bukau dan perkampungan kecil sahaja. Namun jalan rayanya tetap cantik dan selamat untuk pengguna. Pemandangan dilaluan ini juga menarik dengan keujudan perkampungan orang asal Thai dan kawasan sawahnya. Kami sampai di Mae Sariang sekitar jam 6 petang tapi suasana di sini sudah gelap seperti pukul 7.30 malam waktu Malaysia.
Kami mula merasai cuaca sejuk di Mae Sariang dan aku mula memakai 3 lapis baju termasuk ridding jaket. Mae Sariang adalam malam ketiga perhentian kami.


Hari ke empat adalah hari yang sangat di nantikan kerana kami dijangka akan sampai ke tempat yang menjadi impian ramai bikers Malaysia tak kira pemilik motorsikal Cc kecil atau besar untuk sampai ke sini iaitu Mae Hong Sun yang terkenal dengan "Thousand Corners" nya!
 Walaupun jarak antara Mae Sariang dan Mae Hong Sun hanya 100 km tetapi kami mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai ke MHS kerana laluannya yang berliku liku, berbukit dan juga berhenti bergambar dilokasi lokasi yang menarik. Layan koner disini memang best dan menarik kerana laluan nya agak cantik dan konernya pendek sesuai untuk motor kapcai. Ketika melalui kawasan seperti ini aku sentiasa berada dibelakang 2 rakan yang hebat dan nampak lancar  dan biasa melentok liuk laju di lalu "cecah lutut" ini.

Alhamdulillah.. akhirnya setelah meredah lebih 2 ribu kilometer dari Kuala Lumpur  dan puas layan beribu konar..impian untuk menjejak kaki ke MHS tercapai hanya dengan menaiki kapcai Modenas Ct115. Sesuatu yang tidak diduga sebelum ini. Tiada sebarang masaalah dihadapi ketika mengambil selekoh dan mendaki bukit walaupun Modenas Ct115 aku di pasang dengan top dan side box Givi.


Setelah mengambil sijil sebagai bukti telah sampai ke MHS dengan bayaran 60 Baht, bergambar kenangan dan singgah untuk makan, kami meneruskan perjalanan ke Pai satu pekan yang popular dikalangan pelancong dari Eropah. Sampai di sini kami menukar minyak hitam yang kami bawa dan dikenakan caj 20 bht untuk sebuah motorsikal. Di Pai kami bertemu dengan beberapa kumpulan bikers dari Malaysia yang turut bermalam di sini.

Hari kelima kami di negara "Gajah Putih ini cuaca masih sejuk mencecah 17 darjah celcius. Dari Pai kami menuju ke Chiang Rai dan bermalam disini. Dari awal permulaan perjalanan laluannya masih berliku seperti ular sawa kena bedal tapi semakin ok apabila 20 - 30 km menghampiri pekan Chiang Rai. Disini cuacanya juga sejuk dan kami memilih bilik yang tidak beraircond ketika bermalam disini.

Dari Chiang Rai kami menuju ke Mae Sai iaitu sebuah pekan yang terletak di utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar. Di Mae Sai terletak nya "Batu Tanda" tanah paling utara di Thailand. Jarak antara Chiang Rai dan Mae Sai lebih kurang 60km sahaja.
 Perjalanan  yang telah aku tempuhi bersama Modenas CT115 dari Kuala Lumpur hingga ke Mae Sai tanah paling utara di Thailand ialah 3988 kilometer. Alhamdulillah tiada masaalah.

Di Mae Sai kami bernasib baik kerana sampai awal dan sempat bergambar dengan motorsikal berhampiran batu tanda sempadan antara Thailand dan Myanmar. Jika terlewat motorsikal tidak boleh dibawa masuk kerana laluan nya akan dipenuhi dengan barang barang peniaga dikawasan tersebut. Selepas bergambar dan bersarapan disebuah kedai makan Muslim, kami bergerak semula turun kebawah menuju Golden Triangle iaitu sempadan 3 negara yang dipisahkan oleh dua batang sungai yang mengalir dari Myanmar dan Laos tapi bersatu di sempadan Thailand. Dari Golden Triangle kami turun lagi menuju ke Uttaradit dan bermalam disini. Sepanjang laluan dari Chiang Rai - Mae Sai dan Uttaradit dikiri dan kanan laluan dipenuhi dengan kawasan sawah padi yang sangat luas dan berlatar belakangkan bukit bukau yang menarik.


Dari Uttaradit kami bergerak ke arah Bangkok dengan jangkaan akan bermalam di Phatum Thani sebuah bandar dipinggir Bangkok. Jarak antara Uttaradid adalah sekitar 626 kilometer. Dalam perjalanan kami sempat singgah disebuah kedai makan milik warga Myanmar Muslim yang menjual roti canai dan dan teh tarik. Beliau pernah berkerja di Ampang katanya. Dilaluan ini juga terletaknya Route 12 yang terkenal dengan kawasan yang memiliki pemandangan alam semulajadi yang menarik. Terdapat juga kawasan rehat untuk membeli cenderahati disini. Kebanyakan yang singgah disini adalah penunggang motorsikal. Laluan ini kebanyakannya lurus dan panjang sesuai kalau nak test top speed hehehe. Kami sampai di Phatum Tani kira kira pukul 7.00 malam dan seperti biasa singgah di 7E untuk caj tenaga sebelum check in dan bermalam disini. 7E adalah tempat yang paling mudah, cepat dan murah untuk mendapat makanan Halal sepanjang kami berada disini

Dari Phatum Tani kami bergerak keluar lebih awal kerana bimbang tersangkut didalam kesesakan jalan raya. Perjalanan hari kelapan bersama Modenas CT 115 sudah menghampiri penghujungnya kerana perjalanan hari ini dirancang untuk singgah di Hat Yai. Jarak antara Phatum Tani dan Hat Yai lebih dari 1000 kilometer. Laluan di sini lurus dan landai memudahkan perjalanan walaupun kami hanya menunggang sebuah kapchai. Tidak banyak singgah untuk makan minum dan bergambar disini. Pada kelajuan purata 110 kmj kami akhirnya sampai di Hat Yai pada jam 10 malam. Ini adalah perjalanan  paling jauh dan paling lama yang kami lakukan dengan jarak 1049 kilometer dan selama 17 jam!
Makanan tiada masaalah di Hat Yai kerana banyak kedai makan Muslim disini. Penduduk nya juga ramai yang fasih berbahasa Malaysia dan ramai pelancong Malaysia berada disini.

Kami bergerak lewat dari Hat Yai lebih kurang 12 tengahari kerana destinasi kami di negara "gajah putih" akan berakhir di Danok yang hanya lebih kurang 55 kilometer sahaja dari Hat Yai.
Kami tiba di Danok lebih kurang jam 12.45 tengahari dan terus singgah di sebuah restoran di pekan Danok untuk rehat rehat dan bersedia untuk memasuki semula sempadan. Aku sempat membeli pulut hitam sekilo sebagai buah tangan.

Selesai urusan di kaunter imigresen kami singgah di Bike Meet 2017 di Bkt Kayu Hitam dan kami bertuah kerana diberi sehelai tshirt "event" oleh salah seorang ajk penganjur.

Perjalanan kami bertiga bersama motorsikal Modenas MR2 dan CT115 berakhir di sini kerana 2 lagi rakan aku berasal dari Kedah. Aku meneruskan perjalanan ride solo untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pada mulanya aku merancang untuk terus ke Kuala Lumpur kerana hari masih cerah tetapi selepas Sg Petani hujan mula turun kadang kala lebat. Keadaan cuaca seperti ini tidak menyakinkan aku untuk terus pulang malam ini, aku mengambil keputusan unyuk bermalam di Simpang Taiping.


Dari Simpang Taiping adalah perjalanan terakhir Kembara 1000 Corners@Thailand. Dari Simpang aku menggunakan Hiway PLUS sehingga ke Simpang Pulai dan mula menggunakan laluan persekutuan hingga ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ini aku singgah di beberapa tempat untuk berehat sambil makan dan minum. Singgah dan bergambar di atas jambatan tertinggi Malaysia yang baru siap dibina di Rawang dan sampai kerumah pada pukul 3.30 petang.
Syukur Alhamdulillah..segala nya berjalan lancar mengikut program yang diatur tiada sebarang masaalah yang kami dan motorsikal kami hadapi sepanjang "Kembara ke 1000 Corners@Thailand.

* Jarak perjalanan = 5900 KM
* Tempoh Kembara = 12 hari 11 malam
*29 Nov - 10 Dec 2017
* Kos Petrol di Thailand = 3240 Bht
* 37 kali berhenti isi petrol
*Penggunaan petrol dl Thailand 109 liter
* Kos Hotel = 5258 Bht
* Perbelanjaan Keseluruhan Rm 2075.00

Tq
#Modenas
#GIVIMalaysoa
#GracshawHelmet
#SyukurAlhamdulillah

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...