EKZOS AHM
Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak sekian lama. AHM mula dikeluarkan pada awal tahun 90an oleh Ampang Hoong Motor yang berpusat di Kuala Lumpur. Kehebatan dan kemampuan Ekzos AHM buatan Malaysia ini telah mendapat kepercayaan dari beberapa pasukan Cub Prix yang menggunakan Ekzos AHM untuk pasukan mereka. AHM juga terkenal dikalangan pengguna motorsikal berkuasa tinggi.
Untuk mendapat kepastian kehebatan dan kepower'an ekzos AHM yang diperbuat dari stailess steel ini, admin telah diberi peluang oleh bro Hanif dari HA Crew Motorsports yang juga merupakan "dyno tuner" di NKS Dyno Centre untuk mencuba mengguna ekzos AHM M3 SP pada motorsikal Honda Rs 150 admin selama satu minggu dan hasil nya.. sangat memuaskan hati!
AHM juga mengeluarkan 2 jenis material untuk ekzos mereka iaitu stainless steel dan Titanium. Untuk Honda RS 150 juga mempunyai ekzos yang diperbuat dari Titanium yg berkualiti tinggi.
Admin telah melakukan beberapa "test power" keatas ekzos AHM seperti di dalam bandar (Kuala Lumpur) dan diatas Highway (Kl - Seremban)
1. Dalam Bandar.
Ekzos AHM sangat sesuai digunakan jika anda seorang mat motor yang suka menciluk di celah celah kereta, merempit atau main pick up ketika berhenti dilampu merah. Dengan ekzos AHM motorsikal admin terasa melonjak kehadapan dengan lebih pantas berbanding pengguna ekzos standard. Anda juga pasti akan menjadi perhatian pengguna jalan raya yang lain sekiranya menggunakan ekzos AHM tanpa menggunakan DB killer kerana bunyi Ekzos AHM M3 SP tanpa Db killer lebih menjadi lebih bingit dan mengaum. (Jika disaman oleh abam polisi tanggong sendiri yer..hehehe).
2. Highway ( Kl - Seremban)
Diatas highway power motorsikal Honda Rs admin ternyata berbeza sekali, dengan AHM M3 SP cepat dan mudah sangat mendapat cut off pada setiap gear (pulas jer cut off, pulas jer cut off). Dari segi kelajuan juga terasa ketara peningkatan nya, kebiasaan top speed @cut off honda Rs admin hanya 142 kmj shj (itu pun ketika turun bukit dan jarang jarang dapat cut off) dan diatas jalan lurus dan rata hanya mampu cecah paling laju 138 kmj shj, tapi dengan Ekzos AHM M3 SP Honda Rs standard admin boleh cecah top speed @ cut off145 kmj! (Tegak).
Dilaluan lurus dan rata senang senang cecah 140 kmj dan selalu sangat dapat top speed dan cut off..Power kan?
Hasil ujian
Kesimpulan nya dengan penggunaan Ekzos AHM M3 SP prestasi Honda Rs admin terasa ada peningkatan dan "semakin kedepan" berbanding pengguna Ekzos standard. Dan yang penting, menurut kata bro Hanif, ekzos AHM tidak mengganggu atau menjadi punca kerosakan kepada enjin motorsikal anda. Dan yang menarik nya ekzos AHM tidak "makan minyak".
Bagi admin tidak rugi untuk memiliki sebatang AHM yang mampu meningkatkan prestasi enjin anda yang boleh dimiliki pada harga yang sangat berpatutan dan mampu bersaing dengan ekzos yang diimport dari luar.
"Menang membeli menang memakai"
Sebarang pertanyaan berkaitan Ekzos AHM sila LIKE/FOLLOW FB HA Crew Motorsports
#Fb Benelli RFS 150i Yamaha Y 15 Honda Rs 150R Belang 150R
Saturday, November 25, 2017
Wednesday, November 1, 2017
Konvoi Honda Rs 150R MotoGp 2017
Konvoi MotoGp 2017 Honda Rs 150R
Lebih 500 pemilik motosikal Honda Rs 150R telah menyertai konvoi Boon Siew Honda yang menaja sebahagian dari perbelanjaan ke Moto Gp Sepang 2017. Konvoi pada hari ini telah bermula dari Taman Tasik Cyberjaya pada pukul 9.30 pagi melalui lebuhraya Elite dan lebuhraya Klia yang mengambil masa hampir setengah jam. Perjalanan Konvoi Honda Rs menjadi mudah, selesa dan teratur kerana diiringan "out rider" dari anggota polis trafik PDRM.
Sebelum perjalanan bermula peserta konvoi sudah mula berkumpul seawal 7.30 pagi di Tasik Cyberjaya. Beberapa acara telah diadakan sebelum perjalanan konvoi bermula, antara nya penyerahan goodies dari BSH, sesi bergambar group group Rs yang datang dari seluruh negara, senamrobik ringan, ucapan dari CEO BSH, taklimat perjalanan ringkas dari wakil PDRM, bacaan doa dan flag off oleh CEO BSH Nagata San dan Dato Sri Tan Hui Jing.
Konvoi Honda Rs yang berbaju merah dan vest yang diberi oleh BSH telah selamat sampai kelitar SIC Sepang sekitar 10.00 pagi dan kami terus menuju ketempat parkir yang disediakan khas untuk pemilik motorsikal dari pelbagai kategori jenama Honda termasuk dari Thailand dan Singapura yang turut mendapat tajaan separuh dari BSH. Setelah bergambar dikawasan parkir kami memasuki kawasan Litar Sepang untuk melihat lihat dan berehat dikawasan yang dikhaskan untuk penaga menjual makanan dan merchandise, xsesories dan alat ganti dari pelbagai jenama permotoran terkemuka dunia seperti Honda, Yamaha, Kawasaki, KTM, Modenas dan Benelli, Rcb, Uma Racing, Ngk, Komine, Alpinestar dan lain lain. Group Honda Rs mula memasuki bahagian tempat duduk "grandstand" apabila acara Moto 3 hampir bermula.
Semasa perlumbaan berlangsung pehak BSH telah menyediakan makan tengahari, buah epal dan minuman ringan kepada semua peserta konvoi(jimat kos makan&minum hehehe). Ada sedikit kelemahan dari segi agihan makanan yang tidak teratur dimana peserta berebut untuk mendapat makanan dan kehabisan makanan. Kumpulan kedua terpaksa menunggu hampir 45 mnt untuk mendapat makanan dari pembekal. Diharap BSH dapat membaiki kelemahan tersebut ditahun akan datang.
Pada keseluruhan nya peserta konvoi berpuas hati dan berterima dengan pehak BSH especially kepada Mr. Nagata San yang bermurah hati menganjur dan menambah bilangan peserta pada tahun ini(170 orang) berbanding pada tahun lepas(35 org) untuk Rs dari Kl&Selangor.
#TahniahBsh
#SatuHati
#FbHondaRs150RSemangatImpian

Subscribe to:
Posts (Atom)
Perjalanan
"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia
Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...
-
EKZOS AHM Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak seki...