Mee Udang Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam
Mee Udang Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali Mee Udang BNO terletak di Utara Negeri Selangor dalam Daerah Sabak Bernam.
Terletak ditepi pantai Bagan Nakhoda Omar berhampiran Jeti Nelayan dimana terdapat dua buah gerai milik PBT yang menjalankan perniagaan Mee Udang dan beraneka jenis masakan panas. Keistimewaan Mee Udang disini ialah kerana kuahnya pekat,udangnya banyak dan yang paling penting adalah rasanya yang ada umphhh.. sedap!
Pada harga Rm 8.50 sepinggan ianya sangat berbaloi bagi penggemar Mee Udang yang datang dari jauh. Terdapat juga kerang bakar dijual disini dengan harga Rm 6.50 sebakul.
Untuk sampai ke gerai Mee Udang BNO jika anda dari Kuala Lumpur akan mengambil masa hampir 1 jam 30 mnt bergantung kpd speed anda ketika menunggang. Jarak dari Kuala Lumpur ke Bagan Nakhoda Omar lebih kurang 150 km melalui Hiway Plus dan Hiway Latar. Dari Hiway Latar anda akan memasuki jln lama untuk sampai ke BNO. Dalam perjalanan anda akan melalui beberapa buah pekan seperti Kuala Selangor,Tanjong Karang,Sekincan dan Sg Besar.
Lokasi Bagan Nakhoda Omar adalah lebih kurang 20 km dari pekan Sabak Bernam. Untuk sampai ke BNO anda belok kekiri memasuki laluan ke Air Tawar sebelum pekan Sabak Bernam mengikut arahan papan tanda yang tersedia. Jarak dari simpang tiga ke Mee Udang BNO anggaran 10 km. Laluan dari Simpang 3 ini menuju ke BNO lebar dan lebih cantik jika dibandingkan dengan jalan besar Sabak Bernam - Tjg Karang.
Selamat Menunggang dan Mencuba Mee Udang BNO.
15 Mac 2017
Fb@ Honda RS150R Center (Semangat Impian)
No comments:
Post a Comment