Thursday, March 16, 2017

Kawasaki Ninja 650 ABS 2017

Susuk Ninja 650 ABS lebih cantik dan menawan. Selepas dipamerkan kepada umum bulan lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan Kawasaki Ninja 650 dijual pada harga RM37,189 termasuk GST. Harga diumumkan secara rasmi lebih murah berbanding ketika pengenalannya sekitar RM38,000. Bagaimanapun, harga bagi Ninja 650 Edisi Khas (SE) dijual pada harga RM38,189 berikutan beberapa penambahan menjadikannya lebih sporty.


Antaranya penutup pelana tunggal, pelindung angin gelap, jalur rim dan penghadang radiator. Kawasaki Ninja 650 serba baru dijana enjin berkembar selari 650cc dengan tumpuan julat rendah-pertengahan yang kuat dan pakej casis ringan serta tirus. Jentera kelas pertengahan ini memberi pilihan alternatif kepada penunggang yang gemarkan motosikal berfairing penuh. Wajah sporty Ninja 650 direka dengan bentuk fizikal yang tirus dan padat, khas untuk memberikan imej motosikal ringan, lincah serta sporty. Dibekalkan dengan nadi 649cc sejukan cecair DOHC lapan injap suntikan bahan api menawarkan kuasa maksimum 68PS pada 8,000rpm manakala tork setinggi 65.7Nm pada 6,500rpm. Ninja 650 dilengkapi Sistem Anti-Kekunci (ABS) Bosch 9.1M bersama brek cakera kelopak depan berkembar bersaiz 300mm dan cakera tunggal belakang bersaiz 220mm. Gab8ungan angkup hadapan dwi-piston, silinder induk dan pad brek menawarkan sentuhan brek terbaik. Ini membolehkan kuasa membrek yang optimum disamping menyumbang kepada imej sporty.



Antara ciri baru Ninja 650 ABS ini ialah ketinggian tempat duduk yang serendah 790mm dan casis tirus memudahkan kaki menjejak permukaan jalan raya. Motosikal ini juga dilengkapi cermin pelindung angin depan sporty boleh laras. Lampu belakang LED berbentuk X menambahkan lagi imej soprty jentera. Ninja 650 serba baru ini boleh didapati dalam dua warna antaranya hijau dan jingga.

FB@ Honda RS150R Center (Semangat Impian)

Tuesday, March 14, 2017

Mee Udang Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam

Mee Udang Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam

Mee Udang Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali Mee Udang BNO terletak di Utara Negeri Selangor dalam Daerah Sabak Bernam.
Terletak ditepi pantai Bagan Nakhoda Omar  berhampiran Jeti Nelayan dimana terdapat dua buah gerai milik PBT yang menjalankan perniagaan Mee Udang dan beraneka jenis masakan panas. Keistimewaan Mee Udang disini ialah kerana kuahnya pekat,udangnya banyak dan yang paling penting adalah rasanya yang ada umphhh.. sedap!


Pada harga Rm 8.50 sepinggan ianya sangat berbaloi bagi penggemar Mee Udang yang datang dari jauh. Terdapat juga kerang bakar dijual disini dengan harga Rm 6.50 sebakul.

Untuk sampai ke gerai Mee Udang BNO jika anda dari Kuala Lumpur akan mengambil masa hampir 1 jam 30 mnt bergantung kpd speed anda ketika menunggang. Jarak dari Kuala Lumpur ke Bagan Nakhoda Omar lebih kurang 150 km melalui Hiway Plus dan Hiway Latar. Dari Hiway Latar anda akan memasuki jln lama untuk sampai ke BNO. Dalam perjalanan anda akan melalui beberapa buah pekan seperti Kuala Selangor,Tanjong Karang,Sekincan dan Sg Besar.

 

Lokasi Bagan Nakhoda Omar adalah lebih kurang 20 km dari pekan Sabak Bernam. Untuk sampai ke BNO anda belok kekiri memasuki laluan ke Air Tawar sebelum pekan Sabak Bernam mengikut arahan papan tanda yang tersedia. Jarak dari simpang tiga ke Mee Udang BNO anggaran 10 km. Laluan dari Simpang 3 ini menuju ke BNO lebar dan lebih cantik jika dibandingkan dengan jalan besar Sabak Bernam - Tjg Karang.


Selamat Menunggang dan Mencuba Mee Udang BNO.
15 Mac 2017

Fb@ Honda RS150R Center (Semangat Impian)

Saturday, March 11, 2017

Benelli 150cc Kapcai

Model Moped Benelli 150cc Bakal Dilancarkan awl April.
Berita baik untuk peminat kapcai Premium berkuasa tinggi.Model moped Benelli 150cc bakal dilancarkan awal April depan. Menurut sumber, model moped itu akan dikenali sebagai Benelli RSF 150i. Ia akan dipasankan dengan enjin 150cc SOHC. Manakala rekaannya pula hampir sama seperti gambar dilampirkan. Moped yang dipadankan enjin bersesaran 150cc itu turut mematuhi tahap piawaian “EURO STANDARD” selain dilengkapi ciri-ciri utama seperti suntikan bahan api, gear 6-kelajuan dan sistem penyejukan air. Enjin model moped Benelli berkenaan sudah diuji secara menyeluruh sejauh 20,000km.


Bagaimanapun,masih belum ada sebarang maklumat termasuk spesifikasi penuh moped ini. Adakah model terbaru yang dibawa oleh Benelli ini mampu memberi saingan kepada Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Modenas Moped yang juga merancang untuk melancarkan motosikalnya pada tahun ini.

Wednesday, March 8, 2017

All New Honda CBR 250RR

All New Honda CBR 250RR

Spesifikasi   
* Type Mesin : 4-Stroke, 8-Valve, Parallel Twin Cylinder
* Kapasitas Mesin : 249.7 cc
* Siatem Bahan Bakar : PGM-FI
* Suspensi Depan : Inverted Telescopic
* Suspensi Belakang : Aluminum Swing Arm
* Rem Depan : Hydraulic Disc,Dual Piston
* Rem Belakang : Hydraulic Disc, Single Piston
* Horsepower – 36.3 @ 12,500 RPM
* Torque – 16.6 TQ (ft/lb) @ 10,500 RPM
* Tayar Depan : 110/70 – 17 54S (Tubeless)
* Tayar Belakang : 140/70 – 17 66S (Tubeless)
* Top Speed : 168 Kmj
Harga      - Tiada



Honda CBR 250RR merupakan salah satu produk motor Honda terbaru yang sudah mula dipasarkan di luar Negara pada penghujung tahun lepas. Jentera terbaru Honda ini kemungkinan besar tidak dibawa masuk ke Malaysia kerana harganya yang agak keras!.
Honda CBR 250RR ini dilengkapi dengan mesin 4-Stroke, 8-Valve, Parallel Twin Cylinder yang memliki kapasiti mesin sebesar 249.7 cc serta mampu menghasilkan tenaga dan tork yang besar. "Superbike"  ini juga dilengkapi tekonologi PGM-Fi yang membuatkan prestasi  motor ini semakin optima namun jimat bahan bakar.

Fb @Honda Rs 150r Center (Semangat Impian)


Monday, March 6, 2017

Kembara Solo Mengelilingi Semenanjung Malaysia

Catatan Kembara Solo Mengelilingi Semenanjung Bersama Honda Kapcai (Honda Rs 150R)
 7 Feb - 13 Feb 2017.

Jarak Perjalanan 3085.7 Kilometer.
Tempoh Perjalanan 7 hari 6 malam.
Tanpa bantuan Gps.


Hari Pertama 7 Feb (Selasa)
 8.45 pg: Memulakan Kembara dengan persinggahan pertama di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dan mengambil gambar sebagai kenangan.

Laluan di Selangor.
Shah Alam - Klang - Banting - Pantai Kelanang - Morib - Bagan Lalang - Sepang.

Laluan di Negeri 9: Lukut - Port Dikson - Pasir Panjang - Linggi

Laluan di Melaka: Sg Udang - Tanjong Kling - Bandar melaka - Merlimau. Bt Gajah.

Laluan di Johor: Muar - Parit Jawa - Batu Pahat. 

PENGALAMAN
Pertama kali sampai dan ketahui adanya Pantai Kelanang di Banting. Menunggang dalam keadaan berhujan bermula dari Bagan Lalang hingga ke Melaka. Buat pertama kalinya aku sampai di Pantai Tanjong Kling Melaka. Sempat beli dan makan kueh keria Melaka yg sedang popular pada masa kini. Perjalanan seterusnya menuju ke selatan iaitu Muar dan Bt Pahat. Sampai di Bt Pahat lebih kurang pukul 7 malam. Singgah makan dan bermalam di sini.

JARAK PERJALANAN 453.5 Km


Hari ke 2
8 Feb (Rabu)

Laluan di Johor. Batu Pahat - Senggarang - Rengit - Benut - Pontian - Tjg Piai - Kukup - Pekan Nenas - Johor Bharu - Kota Tinggi.

PENGALAMAN

7.45pg: Keluar hotel dan mencari gerai utk sarapan pagi. Bergerak selepas sarapan dgn tujuan utama utk sampai ke Tanjung Piai Daerah daratan paling hujung di Asia. Tapi nasib tidak berapa baik setibanya di Pontian aku telah ditahan selama beberapa jam di Balai Polis Pontian. Aku ditahan kerana memasuki dan mengambil sekeping gambar di hadapan Balai tanpa meminta izin. Setelah disoal oleh beberapa pegawai dan anggota mereka berpuas hati dgn penjelasan, aku telah dibebaskan. Alhamdulillah. Meneruskan perjalanan ke Tanjong Piai tempat yang paling ingin dilawati. Tiada apa yg menarik cuma ada resort dan Taman Negara disana. Singgah untuk lunch di Kukup. Makanan mahal, sebelah kepala ikan masak asam pedas+ikan bilis goreng+teh 0 Rm 24!. Ketika sedang menjamah makanan tiba tiba hp berbunyi. Jeng jeng jeng..rupa rupanya panggilan dari anggota polis Ipd Pontian yang mahu aku datang semula ke Ipd Pontian untuk disoal siasat sekali lagi. Bagai pepatah "Berani Kerana Benar" aku bersedia utk disoal semula dan meminta masa sedikit kerana aku baru mula menjamah makanan ketika itu. Setelah selesai menikmati kepala ikan masak asam pedas aku terus menuju ke Ipd Pontian.
Sebaik tiba disana aku telah menemui pegawai yg membuat panggilan tadi. Disinilah aku mula disoal dengan berbagai soalan oleh beberapa pegawai tinggi Ipd Pontian dan berlarutan hampir 4 jam. Walaupun dalam siasatan namun layanan yang diberikan sangat memuaskan. Makan dan minum juga diberi oleh mereka. Setelah segala keterangan diambil aku dibebaskan lebih kurang pada jam 4.30 petang. Aku meneruskan perjalanan melalui Pekan Nenas menuju ke Kota Tinggi melalui pekan Jb, hujan renyai kadang kala lebat bermula dari Pekan Nenas hingga ke Kota Tinggi. Aku bermalam disini.

JARAK PERJALANAN 260.8 Km


Hari ke 3.
9 Feb ( Khamis)

Laluan di Johor. Kota Tinggi - Desaru - Penggerang - Tjg Pengeleh - Kuala Sedeli - Tenggaroh - Jemaluang - Mersing. Laluan yang dilalui diPahang. Kuala Rompin, Nenasi, Pekan. Bermalam di Pekan.

 PENGALAMAN.

7.30 Pg: Sarapan di hotel 8.30 pg bergerak menuju destinasi utama hari ini iaitu Pengerang yang dikatakan akan dibangunkan sebagai pusat petroleum utama dengan kos berbillion Ringgit. Singgah di Desaru tapi kawasan pantainya ditutup kerana dalam proses baik pulih. Ramai pengunjung beralih ke Pantai Balau yang tidak jauh dari Desaru. Dari Desaru sudah ada laluan untuk ke Pengerang melalui Teluk Rumania. Laluan dari Teluk Rumania ke Pengerang masih dalam baik pulih dan perlu berhati hati ketika melalui jalan ini. Sampai di Pengerang terkejut juga kerana ia hanyalah sebuah kampung kecil yang pada mulanya aku
sangkakan ada pekan kecil. Singgah makan ikan bawal masak kari seekor sebesar tapak tangan berharga Rm 8. Perjalanan seterusnya menuju Kuala Sedeli patah balik melalui jalan Kota Tinggi menuju Desaru. Di Sedeli buat pertama kalinya dapat merasa makan Belangkas yang dimasak sambal. Rasa lebih kurang rasa ketam tapi isinya sangat sedikit. Setelah berehat hampir setengah jam bergerak semula menuju Pekan Pahang melalui satu laluan baru didalam ladang kelapa sawit milik Fgv dan Felda Tenggaroh. Laluan sepanjang lebih 20km ini sangat sunyi dan kurang kenderaan melaluinya. Sepanjangg perjalanan hanya bertembung dengan beberapa buah kenderaan sahaja. Sampai di Pekan Pahan lebih kurang 7.30 malam dan bermalam di sini. Hotel tak seberapa tapi caj mahal.

JARAK PERJALANAN 510.4 Km.


 Hari ke 4
10 Feb ( Jumaat)

 Laluan di Pahang:  Pekan - Kuantan, Tlk Cempedak - Beserah - Cherating.

Laluan di Terengganu. Chukai - Kerteh - Paka - Dungun - Marang - Kuala Terengganu - Bandar Permaisuri - Jerteh.

Laluan di Kelantan. Pasir Puteh - Peringat - Kubang Kerian - Kota Bharu. Bermalam di Kota Bharu.

 PENGALAMAN.

7.15 Pg: Keluar hotel terus kegerai bersarapan roti jala cicah kari dan 2 biji kueh serta nescafe 0 kurang manis digerai tepi jalan besar Pekan Kuantan. Bergerak 8.45 pg menuju Kuantan dan berhenti sebentar di Teluk Cempedak,tidak ramai pelancong hari ini mungkin kerana hari bekerja. Sampai di Kerteh bertembung dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dan memiliki hobi yang sama iaitu menunggang secara solo. Berasal dari Kuantan katanya, dan bercadang ke Kota Bharu. Menggunakan motosikal Honda Wave.. Baru aku tahu rupa rupanya ada airport di Kerteh. Sambung perjalanan bergerak naik keatas menuju Dungun. Selepas melepasi pekan Dungun aku meneruskan perjalanan hingga ke Marang. Singgah sebentar di Masjid milik Presiden Parti Pas. Di situ juga terdapat pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia. Aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sempat singgah sebentar di Pantai Bt Buruk dan Pasar Payang di Kuala Terengganu. Selepas berehat beberapa ketika aku meneruskan perjalanan Kembara Solo menuju Kota Bharu. Tiba di Kota Bharu terus lajak ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) untuk mencari bilik penginapan tetapi tiada kekosongan disitu dan kembali semula ke Kb dan selepas mengambil makan malam terus mencari hotel dan bermalam di Kb.

JARAK PERJALANAN 497.8 Km



 Hari ke 5
11 Feb (Sabtu)

Laluan diKelantan: Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang - Jeli.

Laluan di Perak: Grik - Pengkalan Hulu.

Laluan di Kedah: Baling - Sik - Gulau - Naka - Pokok Sena - Kuala Nerang - Padang Sanai - Sintok -Changlun. Bermalam di Changlun.

PENGALAMAN

8.00 Pg: Selepas selesai bersarapan di hotel aku meneruskan Kembara solo menuju Rantau Panjang. Hujan baru sahaja berhenti ketika aku memulakan perjalan. Sebelum sampai Rantau Panjang ada satu kawasan dimana berpuluh buah lori pengangkut tanah menggunakan laluan tersebut untuk memindah tanah kekawasan lain. Kerna hujan baru berhenti jalan tersebut dipenuhi lumpur2 bewarna merah menyebabkan motor Rs aku menjadi comot seperti masuk sawah bendang! Selepas bergambar di Rantau Panjang aku meneruskan perjalanan menghala ke Jeli dan singgah mengisi petrol sebelum menuju Pengkalan Hulu. Walaupun tidak hujan namun cuaca sejuk dikawasan bukit itu memaksa aku menyarung baju hujan untuk mengurangkan kesejukan. Laluan dari Jeli ke Grik ok dan banyak kenderaan menggunakanya. Tiada rasa risau dilaluan ini. Sampai di Pengkalan Hulu singgah di sebuah kedai motosikal untuk membeli sarung tangan yang tercicir semasa di Kb. Rm 15 shj😁😁.
Singgah sebentar di pos Imigresen Pengkalan Hulu. Tak masuk Siam. Kembara seterusnya menuju Baling Kedah yang tidak berapa jauh dari Pengkalan Hulu. Jalan rayanya ok. Selepas pekan Baling aku menuju Sik melalui satu jalan yang sunyi dan zig zag. Hanya bertembung dengan beberapa biji kenderaan shj..Syukur Alhamdulillah tiada masaalah. Singgah lunch di Sik makan kari ikan semilang. Singgah di Masjid Sik isi petrol dan gerak ke Pokok Sena. Dari Pokok Sena terlajak beberapa km kerana brader penjual air memberi maklumat yang tidak betul arah jalan menuju Sintok. Setelah mendapat info laluan yang sebenarnya aku bergerak ke Kuala Nerang kemudian Padang Terap dan Padang Sanai untuk ke Sintok (Uum).
Di laluan ini adalah laluan yang paling menyeramkan! Sepanjang hampir 30 km jalanya sunyi berbukit bukau,dikelilingi hutan dan ada kawasan yang berlubang dan berpasir. Tiada perkampongan disini. Pada satu ketika aku hampir terjatuh kerana terlanggar lubang yang agak dalam pada kelajuan 80 - 90 kmj! Selepas kejadian itu aku merasakan rim belakang gelong seperti tayar kekurangan angin. Nak berhenti untuk melihat keadaan sebenarnya, risau juga kerana berada ditengah tengah hutan lbh kurang 18 km dari Sintok (Uum). Mahu tak mahu terpaksa teruskan perjalanan dengan kelajuan 50 - 60 kmj. Hampir setengah jam aku berada dalam keadaan kerisauan dan bermacam macam ayat dan doa dibaca akhirnya sampai juga ke bulatan Uum sintok dan nasib baik ada sebuah bengkel motosikal yg buka disitu. Setelah diperiksa oleh pomen rupa rupanya angin tayar hadapan telah berkurangan akibat dari terlanggar lubang tadi. Alhamdulillah selesai satu masaalah. Singgah dan bermalam di Pekan Changlun. Di sini dua rakan Rs iaitu Zek Changlun dan cikgu Bani dari Jitra datang bersembang sambil meneman aku mendobi pakaian kotor. Hampir lima hari tidak bersembang..😁😁

JARAK PERJALANAN 493.5 K.



 Hari ke 6
12 Feb ( Ahad)

Laluan di Kedah: Changlun - Bkt Kayu Hitam.

Laluan di Perlis: Arau - Cuping - Padang Besar - Kangar - Kuala Perlis

Laluan di Kedah: Simpang Empat - Air Hitam - Alor Star - Sg Petani - Pantai Merdeka.

Laluan di Pulau Pinang: Butterworth - Georgetown - Bt Feringghi - Balik Pulau - Bayan Lepas - Jambatan ke 2 -

 Laluan di Perak: Simpang Taiping. Bermalam di Simpang Taiping.

PENGALAMAN

Selepas sarapan roti telor dan sebungkus nasi lemak aku terus bergerak ke Bkt Kayu Hitam satu kawasan perniagaan barang barang dari Siam yang popular pada satu ketika dahulu. Pada ketika ini kawasan tersebut ditutup kerana kerja kerja pembinaan semula sedang dilakukan. Ambil gambar dan terus menghala Padang Besar di Perlis. Di Padang besar suasana masih sunyi dan kedai kedai masih belum dibuka utk perniagaan. Kerana Kembara Solo bukan untuk bershoping atau jalan jalan cari makan, aku meneruskan perjalanan menuju Kangar di Perlis melalui jalan dalam tanpa melalui Cuping dan hiway Changlun - K. Perlis. Dari Kangar terus ke K. Perlis. Disini cadangnya nak makan laksa kak su tp laksa kak su tutup hahahaha. Singgah juga makan di K.Perlis tapi dikedai lain dan menu lain. Selepas rest lebih setengah jam sambung semula ride Kembara solo ke selatan untuk menuju Pantai Merdeka di Kedah. Dalam perjalanan melalui beberapa pekan kecil seperti Air Hitam, Simpang Empat, Sala, Guar Cempedak dan lain lain. Sampai di Pantai Merdeka singgah minum dan pekena nasi ayam sebelum meneruskan perjalanan. Dari P. Merdeka menuju pula ke Butterworth untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama aku menaiki feri membawa motosokal. Tambang yang dikenakan adalah Rm 2. Sampai di Jeti Pulau Pinang aku terus memulakan perjalanan untuk mengelilingi Pulau Pinang melalui Padang Kota Lama Bt Ferringhi, Balik Pulau, Bayan Lepas dan menuju Jambatan ke 2 Pulau Pinang untuk masuk ke Tanah Besar. Dari Jambatan ke 2 aku meneruskan perjalanan untuk singgah bermalam di Simpang Taiping. Di Taiping sempat singgah diner di kedai kuew teow Dolly yang popular di Taiping. Sampai di Simpang 7.30 dan bermalam disini.

JARAK PERJALANAN 487.7 Km.




Hari ke 7
13 Feb ( Isnin)

Laluan di Perak: Simpang - Trong - Segari - P. Remis - Lumut - T. Intan - Hutan Melintang.

Laluan di Selangor: Sabak Bernam - Sekinchan - Tjg Karang - Kuala Selangor - Jeram - Kapar - Kelang - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Kl (laluan motosikal Federal Hiway)dan sampai Rumah.

 PENGALAMAN

7.30 pg: Sarapan pagi roti canai cicah kari kepala ikan Semilang diSimpang. Gerak ke Lumut melalui Trong. Sebelum sampai P. Remis guna jalan lama dlm ladang kelapa sawit tidak banyak kenderaan menggunakan laluan tersebut. Merbahaya kpd penunggang solo terutama di waktu malam. Sebelum sampai Lumut dapat melihat kapal kapal dagang yg berlabuh di Pelabuhan Lumut. Singgah minum dan berehat di Lumut. Meneruskan perjalanan ke Teluk Intan melalui kawasan sawah padi di Seberang Perak. Sampai Teluk Intan singgah makan mee rebus Mastan Ghani yg popular disana. Bergambar di Menara Condong Teluk Intan. Meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir (rumah aku ler) melalui Hutan Melintang dan masuk sempadan Negeri Selangor melalui Sabak Bernam. Banyak jalan yg tidak rata dan rosak disini dan hampir hampir berlaku kemalangan disini kerana lampu signal sebuah bas yang ingin membelok kekanan tidak berapa jelas..berderau darah aku! (jalan masih dalam kerja baik pulih) Singgah di masjid Kuala Selangor dan meneruskan perjalanan ke Klang. Dari Klang terus menuju Masjid Shah Alam tempat pertama berhenti dan bergambar. Sampai di Shah Alam lebih kurang jam 5 ptg. Bergambar dan terus menuju kedai motor di jalan Pahang untuk menukar minyak hitam. Dan tamatnya Kembara Solo Mengelilingi Semenanjung apabila sampai ke rumah pada lebih kurang pukul 6.30 ptg 13 Feb 2017.

JARAK PERJALANAN 382 Km



Perbelanjaan keseluruhan.

Makan&minum = Rm 185.90
Hotel= Rm 530
Petrol= Rm 224.15
Total = Rm 940.05

FB Honda RS 150R Center (Semangat Impian)

Tq: My wife Roslina & Son
       SHAD Malaysia
       Gracshaw Helmet
       Hj Suhaimi (SYS)
       Ezwan

     7 Feb - 13 Feb 2017

Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...