Saturday, May 5, 2018

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia


Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer"

*1609 Kilometer
*20 jam 40 minit
* Modenas RS200
Kuala Lumpur - Dang Bay Johor - Bukit Kayu Hitam - Kuala Lumpur.
26 - 27 Apr 2018



Alhamdulillah telah berjaya melakukan tunggangan sejauh lebih dari 1600km dalam masa 20 jam dengan selamat dan mengikut syarat seperti yang ditetapkan oleh "Iron Butt Association USA".

Bermula dari Setapak Jaya seawal 5.00 pagi aku bergerak menuju ke Johor Bharu melalui lebuh raya Utara - Selatan. Sepanjang perjalanan lebih 300 km hingga ke Danga Bay aku berhadapan dengan beberapa kali cuaca berhujan dan cuaca yang sejuk. Sebelum sampai di Danga Bay pada 9.30 pagi aku singgah di R&R Machap untuk mengisi petrol dan di R&R Pandan untuk sarapan pagi.
Dari Danga Bay sambung semula perjalanan juga melalui lebuh raya Utara - Selatan untuk menuju ke Bukit Kayu Hitam,Kedah yang jaraknya lebih kurang 800 kilometer. Aku singgah di beberapa tempat seperti di Pagoh, R&R Rawang dan R&R Bukit Gantang untuk mengisi petrol, mengalas perut dan berehat seketika sebelum sampai di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 6.03 petang mengikut jam yang terdapat pada motorsikal Modenas Rs200 yang aku tunggang untuk ride Iron Butt hari ini.


Untuk ride Iron Butt ini, aku tidak banyak singgah dan mengambil gambar kerana tujuan ride ini hanya untuk menamatkan perjalanan sejauh sekurang kurangnya 1600 kilometer dalam masa 24 jam.

Dari Bukit Kayu Hitam aku sambung semula perjalanan untuk balik semula ke Kuala Lumpur dan menamatkan ride Iron Butt yang jarang dilakukan dan kurang popular di Malaysia. Aku sampai dan singgah di Simpang Taiping untuk mengisi petrol dan "makan malam" di sebuah petrol pam.


Untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur sejauh 250 kilometer dari Simpang Taiping aku hanya menunggang pada kelajuan sekitar 120 kmj sahaja.
 Aku singgah di petrol pam R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut dengan sebiji roti dan air mineral. Aku menyambung semula perjalanan dengan perasaan lega dan gembira kerana hasrat untuk menunggang sejauh 1600 kilometer hampir menjadi kenyataan dengan menunggang motosikal yang diedarkan oleh Modenas.


Aku sampai ke rumah pada jam 1.17 pagi, 27 April 2018 dengan disambut oleh isteri aku sebagai saksi aku memulakan dan menamatkan perjalanan "Iron Butt " selain resit isi petrol dan gambar di lokasi, saksi permulaan dan penamat amat penting untuk mendapatkan sijil, pihak Iron Butt USA akan menghubungi saksi untuk pengesahan.

Syukur Alhamdulillah perjalanan pada keseluruhannya berjalan lancar dan selamat tanpa menghadapi masaalah besar. Terima kasih kepada En. Safrin dari Modenas yang mencetuskan idea tentang ride Iron Butt ini dan kepada semua yang membantu dan memberi sokongan.

*Oleh kerana kurang arif untuk mendapatkan sijil dari Iron Butt USA, aku hanya memohon pengiktirafan dan pengesahan ride solo 1600 kilometer ini dari sebuah Akademi Keselematan (BHM) yang turut mengeliarkan sijil ala ala Iron Butt USA untuk penunggang tempatan yang telah bejaya melakukan tunggangan sejauh 1600 kilometer dalam masa 24 secara solo atau berkonvoi. Sijil keluaran BHM ini dikenali sebagai Sijil VX1000miles Trooper.



#Modenas
#ShadMalaysia
#NorPuteh

Monday, April 16, 2018

SYM VF3i

SYM VF3i RAJA KAPCAI TERBARU PALING BESAR DAN PALING BERKUASA DIDUNIA.

MForce Bike Holdings Sdn Bhd,  pengedar tunggal motosikal jenama SYM di Malaysia telah melancarkan sebuah model moped terbaru yang berkuasa paling tinggi dan berkapasiti Cc terbesar didunia iaitu SYM VF3i dan menariknya Malaysia telah dipilih sebagai negara pertama di dunia yang menerima SYM VF3i ini. Reka bentuk menarik dan sporty yang ditampilkan pasti akan menarik minat golongan muda dan pertengahan umur untuk memiliki sebuah kapcai berkuasa tinggi tetapi pada harga yang mampu dimiliki. (Harga rendah dari Honda Rs150 dan Y15)

SYM VF3i dilengkapi dengan lampu besar depan, lampu belakang dan lampu signal LED. Terdapat 3 warna yang ditawarkan iaitu biru dan merah untuk model standard dan hitam matte untuk versi model SE.
SYM VF3i turut mendapat pengiktirafan penarafan euro 3. Untuk kemudahan pemilik SYM VF3i, pengecas handphon disediakan dibawah tempat duduk.

SYM VF3i menggunakan enjin:
SOCH Empat Lejang
Satu Silinder
Penyejukan Cecair
Enjin Suntikan Bahan Api
Kuasa Kuda 17.7  pada 8,500 rpm
Tork 15.3 Nm pada 7,500 rpm
Saiz Blokb Pembakaran 65.3 X 57.8.
Kelajuan Maksima 155Kmj
Berat Bersih 124Kg
Tayar Depan 90/80R17
Tayar Belakang 120/70R17
Fork Teleskopik
Muatan Tangki 7 Liter.

SYM VF3i standard akan dijual pada harga RM8,467.28 manakala  hitam matte SE, pada harga RM8,785.28 (harga termasuk GST, tanpa insurans).

SYM VF3i yang dijangka akan mula berada diatas jalan raya pada penghujung bulan May ini ditawarkan dengan jaminan Mforce Bike Holding selama dua tahun atau 20,000 km.




Perjalanan

"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia

Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...