KAwasaki H2R motosikal terpantas di Dunia.
993cc, 310 kuasa kuda.
Thursday, July 13, 2017
Wednesday, July 5, 2017
Ride Bersama Modenas Rs200
Ride bersama Modenas Pulsar Rs200
Kali ini Ride Solo bersama Modenas Rs200 sebuah sport bike pertama jenama Modenas yang dibawa masuk dari India, popular dengan nama Bajaj. Modenas Pulsar Rs200 direka bentuk sangat menarik bagi sebuah sport bike kecil, berkuasa, selesa, mantap dan yang penting kualiti dan harganya yang mampu dimilik.
Tepat 8.15 pagi aku bergerak menuju ke hiway Duke setelah mengisi full tank di petrol pam jalan Genting Kelang. Perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan apabila berada di atas hiway kerana ketika ini orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Kelajuan tunggangan ketika ini hanya sekitar 90kmj shj. Setelah melepasi Tol Jalan Duta aku mula memecut pada sekitar 120 - 125 kmj. Dengan enjin berkapasiti 199cc tak terasa sangat laju jika dibandingkan dengan menunggang kapcai 150cc pada kelajuan yang sama.
Selepas melepasi persimpangan Ipoh - Kelang keadaan trafik semakin selesa dan kurang kenderaan. Disini aku mula memecut dengan lebih laju iaitu antara 130 - 135kmj (masih dalam mood utk menyesuaikan diri dengan baby Sport bike ini) . Setelah berasa agak selesa dan mula serasi aku mula memecut lebih deras lagi sekitar 135 - 140kmj. Tiada apa apa masaalah ketika berkelajuan ini.
Bermula dari R&R Rawang hingga ke Tol Simpang Pulai aku memecut Modenas Rs200 pada kelajuan antara 135 - 140kmj, kekadang terembat juga hingga mencecah kepada 152kmj (cut off 152kmj).
Rs200 dibekalkan dengan 24.5 kuasa kuda menjadikannya sebagai sebuah sport bike kecil yang berkuasa ketika berada diatas jalan raya. Menunggang Rs200 sangat selesa, seatnya tidak begitu keras dan tidak menyakitkan bontot dan telor anda hehehe. (Ada beberapa org kawan bertanyakan isu ini) walaupun membongkok sedikit namun ia selesa dan tidak menyusahkan penunggang terutama kepada penunggang yang berumur di bawah 40an. Aku tak ada rasa sakit pinggang ketika dan selepas menunggang Modenas Rs200 ini. Modenas Rs200 juga dibekalkan dengan brek Abs yang sangat berkesan ketika memberek dalam keadaan jalanraya yang basah dan licin. Kedudukan cermin pandang belakang memudahkan penunggang melihat ke belakang. Pecutan dan ketika mengambil selekoh(145kmj) sangat mantap tiada "bergoyang atau berbuai-buai"
Satu-satunya kekurangan yang aku perasan pada Rs200 ialah ia tidak dibekalkan dengan "indicator gear"!
Perjalanan pergi Kl - Bt Gajah
*Jarak = 201 kilometer
* Petrol = Rm 19.00
* Kelajuan = 130 - 140kmj
* 1 ltr = 23km
* Masa .= 1jam 30 mnt
Aku sampai di tol Simpang Pulai pada 9.30 pagi dan terus menuju ke Kellie Castle sebuah "istana" yang tidak siap pembinaannya, milik warga British untuk bergambar kenangan di sini. Selepas bergambar, seperti yang dirancang dari awal aku terus menuju ke Bt Gajah untuk bersarapan di gerai Man Mee Kari, sebuah kedai menjual mee kari yang popular di sekitar Bt Gajah dan Ipoh. Semasa berada di sini aku ditemani oleh seorang rakan semasa bersekolah di SYS Bt Gajah iaitu Zian dan seorang lagi rakan dari kampung aku Jaa. Kami bersurai pada jam 12.15 tghari dan aku merancang untuk terus balik ke Kl. Nasib tidak baik, selepas bergerak hampir 100 meter dari sebuah petrol pam di Bt Gajah, enjin Rs200 aku mati secara tiba-tiba di tengah jalan. Aku singgah di sebuah kedai motosikal berhampiran untuk mendapatkan bantuan tp malangnya mereka tidak dapat membantu (mungkin kerana Rs200 motosikal ini baru di Malaysia).
Setelah memaklumkan masaalah ini ke dalam group whatsapp, aku di hubungi oleh seseorang dari Modenas Gurun Kedah dan bertanyakan masaalah yang aku hadapi. Setelah diberi penjelasan pegawai tersebut telah berjanji untuk membantu menyelesaikan masaalah yang aku hadapi dengan bantuan "Modenas Support Team" dari Ipoh. Setelah menunggu hampir dua jam sebuah van dan seorang staff dari Modenas Support Team Ipoh sampai dan terus memeriksa Rs200 aku. Masaalah yang dia jangka ialah ada kaitan dengan sensor pada side stand. Setelah beliau memeriksa dan usik usik sikit, Rs200 aku sudah boleh hidup dan bergerak semula. Terima kasih kepada Modenas Support Team dan bro Hafis yang datang memberi bantuan dan pertolongan yg di perlukan. Support Team seperti ini mungkin tidak ada pada penjual motosikal jenama lain.
Terbaek dan tahniah Modenas Support Team!
Setelah semuanya selesai aku terus bergerak balik ke Kl. Sampai di Gua Tempurung hujan mula turun tapi aku tetap meneruskan perjalanan kerana bagi aku hujan bukanlah halangan kepada penunggang solo seperti aku. Dalam jarak beberapa kilometer hujan mula berhenti dan aku mula memecut laju, kali ini aku menambah kelajuan kepada 140 - 150kmj. Aku mula yakin untuk menunggang lebih laju setelah mendapat beberapa info berguna dari bro Haris yang datang memberi bantuan tadi. Sepanjang perjalanan sehingga masuk hiway Duke berjalan dgn lancar. Beberapa kali aku "full gas" dan dapat top speed 152 kmj(cut off) Aku sampai di Kl (jln Genting Klang) lebih kurang pada jam 5.40 ptg.
Perjalanan balik ke Kl
* Jarak = 224 kilometer
* Petrol = Rm 24.50
* Kelajuan = 140 - 150 kmj
* 1 ltr = 20km
* Masa = 1 jam 45 mnt (hujan)
#Fb Modenas Bajaj Rs & Ns 200 Fan Club.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perjalanan
"Iron Butt Ride 1600 Kilometer" Asri Mohd AsriMalaysia
Ride solo "Ride Iron Butt 1600 Kilometer" *1609 Kilometer *20 jam 40 minit * Modenas RS200 Kuala Lumpur - Dang Bay Johor...
-
EKZOS AHM Ekzos AHM adalah satu nama besar dan sudah popular dikalangan peminat peminat Kapcai dan perlumbaan Cub Prix tempatan sejak seki...