Ada berita gembira yang dinanti nantikan oleh peminat HONDA CBR 250RR di Malaysia, model Sportbike keluran Honda yang dikilangkan di Indonesia ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2018.
Menurut sumber dari Boon Siew Honda, kelewatan kemasukan Honda CBR250RR ke Malaysia berbanding negara lain adalah kerana pihak BSH perlu memastikan model berkenaan dibangunkan mengikut spesifikasi Euro. Terdapat lebih daripada 70 komponen HONDA CBR250RR yang perlu ditukar bagi membolehkan model ini menerima piawaian itu dan seterusnya dibawa masuk ke Malaysia.
Pihak Boon Siew Honda sudah pun menghantar permohonan daripada Honda Jepun untuk membenarkan Honda CBR250RR dimasuk ke pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun kemungkinan besar harga Honda CBR250RR ini akan menjadi lebih mahal di Malaysia berbanding di Indonesia dan Jepun kerana kadar cukai yang dikenakan agak tinggi dan faktor permintaan yang rendah.Dengan andaian harga yang ditawarkan sekitar Rm 30k pasti ia menjadi satu masaalah kepada peminat Sportbike disini. Harga tersebut hampir sama dengan jentera 650cc dari jenama motosikal popular yang lain.
Sebagai maklumat HONDA CBR250RR di Jepun dijual pada harga RM29,000.00 Manakala harga jualan di Indonesia pula hanya sekitar RM23,000.00.
BERBALOIKAH UNTUK ANDA MEMILIKINYA?
# Fb Honda Rs150R (Semangat Impian)
# Kelab Premier Honda RS150R